Kesusahan atau bencana adalah disebabkan apa yang kita lakukan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Mengembara di muka bumi menyaksikan bagaimana kesudahan orang terdahulu“. Kali ini Abang nak berkongsi Tips selesaikan masalah dan berjaya dalam hidup.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Kita selalu mengeloh apabila diuji dengan kesusahan. Sering menyalahkan sahabat dan keluarga tidak mehu membantu apabila kita dalam kesusahan. Sebenarnya segala kesusahan yang menimpa kepada kita adalah kerana kezaliman kita kepada diri kita.

Setiap perbuatan kita pada masa ini akan memberi kesan pada suatu masa di masa hadapan. Bermakna apabila kita susah sekarang pasti ada kesilapan yang kita lakukan suatu saat dahulu samada kita sedar atau tidak sedar.

Penjelasan ini telah sebut dalam Al Quran cuma kita yang tidak pernah ambil tahu atau kita tak pernag teringin nak membaca seperti maksud ayat 30 surah As Syura.

Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.

Setiap tindakan kita hari ini ada kesannya di masa akan datang contoh :

  1. Sebagai usahawan jika hari ini kita rajin promosi bisnis samada berbayar atau tidak berbayar pasti di hari-hari akan datang akan ada jualan. Kalau kita tidak melakukan iklan atau penjenamaan jangan harap bisnis akan berhasil di masa akan datang.
  2. Sebagai ibu apa jika hari ini kita mengajar ilmu dan disiplin yang baik-baik pada anak pasti besar nanti dia menjadi anak yang baik.
  3. Sebagai seorang suami atau isteri jika hari ini kita asyik goyang kaki layan FB tanpa aktiviti yang berfaedah tidak mustahil akan datang isteri atau suami akan lari sebab kurang kasih sayang dan duit memanjang tidak mencukupi.
  4. Sebagai seorang blogger jika hari ini kita malas nak update blog pasti esok lusa pembaca akan berpindah ke blog orang lain dan pengiklan pun tidak berminat untuk membayar perkhidmatan kepada blog kita.

Kita apa yang kita buat, setiap kesusahan adalah kerana kezaliman yang kita lakukan pada diri sendiri bukan kezaliman orang lain apatah lagi bukan kezaliman daripada ALLAH.

Amir Denaihati
Penulis Blog

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

74 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!