Assalamualaikum dan salam 1Dunia, gelombang kebangkitan dunia Arab sedang berlansung bermula dari Tunisia. Seluruh dunia melihat kejatuhan dinasti Hosni Mubarak di Mesir setelah memerintah selama lebih 30 tahun. Gelombang revolusi kebangkitan rakyat sedang melanda Algeria, Jordan, Yaman, Bahrain dan tidak mustahil akan menjangkit ke Arab Saudi. Kepada mereka yang memahami sistem politik dan masyarakat negara tersebut pasti tidak terperanjat dengan apa yang sedang berlaku.
- Mesir terkini runtuhnya sebuah Dinasti
- Mesir keadaan terkini Rakyat Malaysia kritikal
- Terkini Mesir jadual gerakan pemindahan Rakyat Malaysia
Rakyat negara Arab telah lama ditindas oleh pemerintah dengan berbagai kaedah secara nyata atau senyap. Gelombang perubahan demokrasi ketika kejatuhan negara-negara komunis suatu masa dahulu telah sedikit merubah sistem politik negara Arab tetapi masih belum cukup. Golongan kaya bertambah kaya dengan berbelanja jutaan dollar membeli kelab bola sepak europa sedangkan yang miskin terus melarat dengan masalah pengangguran, kemudahan awam yang terbatas, sekatan berpolitik dan sebagainya.
Kejayaan kebangkitan revolusi rakyat Arab cuba untuk dibawa ke Malaysia dengan harapan rakyat akan bangkit menentang kekejaman pemerintah. Secara peribadi berdasar pengalaman pengembara dibanyak negara hasrat besar segelintir ahli politik untuk memanaskan hati rakyat tidak akan berjaya. Setiap pemerintah pasti ada kelemahan tetapi secara keseluruhan kemajuan yang dilaksanakan adalah melebihi kelemahan yang ada. Sistem politik dan prestasi kerajaan di Malaysia jauh berbeza dengan yang berlaku di Negara Arab. Sudah pasti penyokong tegar pemimpin politik akan mengikut apa sahaja kehendak ketua mereka atas maksud perjuangan tetapi majoriti rakyat Malaysia yang tidak taksub kepada kepartian lebih suka melihat negara Malaysia yang aman damai dan bebas membina kehidupan.
Tidak salah untuk mengambil alih pemerintahan dari kerajaan yang sedia ada tapi gunakanlah gelanggang yang betul iaitu ketika Pilihanraya Umum ke 13 kelak. Waktu ini adalah waktu menunjukan prestasi anda sebagai ahli politik yang telah dipilih rakyat bukan sekadar berpidato seperti tin kosong.
Adakah Malaysia akan jadi seperti Mesir?
[ad#nuffnang336]
59 Comments
kalau la alaysia jd cam mesir, byk rasuah akan dpt diselongkar terhadap org2 yg berkuasa….
Rasanya susah kott…payah org kita nak buat perubahan mcm kat Mesir..ramai yg selesa dgn keadaan sekarang.
My 2 cent.
Curahan rasa yas @ ..Krisis di Mesir Kenyataan dari petugas kita
harap-harap malaysia tak jadi macam mesir. jika nak pilih pemimpin pilhanraya adalah medium yang tepat. merusuh akan merugikan negara.
tapi situasi di mesir belainan. cara penduduk mesir buat camtu untuk menjatuhkan pemerintah yang korup mungkin ada baiknya
Curahan rasa slimdiet2 @ ..Senarai terkini orang terkaya di Malaysia 2011
sangat setuju dengan ada nya Revolusi akan lahir pemimpin-pemimpin baru yang akan lebih maju…
tetapi lebih bagus kalau lahir pemimpin-pemimpin baru tanpa menelan korban yang tidak bersalah.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Beware of Energy Drinks
insyaAllah tidak bro..
yakin, orang kita bukan macam orang arab tu..
Curahan rasa luth textile @ ..Valentine’s Day datang lagi Dimanakah kita
Setuju dengan bro Luth tu..
doakan Malaysia tak jadi macam tulah.takut!!!!! pasal politik2 ni, saya tak berani nak komen cuz tersilap boleh wat gaduh.hehehehehe
Curahan rasa lizz @ ..Mati Itu Pasti
terima kasih gan buat infonya semoga bermanfaat salam kenal aja gan
Curahan rasa Obat Epilepsi @ ..Obat CA Serviks
Kalau sesiapa yang ingat subjek Sejarah semasa sekolah Menengah dahulu bahawa ada angkatan muda yang mendapat inspirasi menentang penjajah kerana kalangan anggota angkatan muda ini kebanyakkan lulusan Al Azhar mendapat inspirasi penentangan penjajahan Perancis di bumi Mesir.
Curahan rasa akubiomed @ ..Angka pertama didalam kehidupan AkuBiomed
MOGA JA NGGAK, NDAK ENAK LAH KACAU GYTU..
Yang namanya kekacauan pastilah berdampak buruk… semoga saja tidak terjadi.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Beware of Energy Drinks
Tentunya dengan senantiasa waspada dengan adanya provokator yang selalu menjadi pemicu untuk memanfaatkan situasi bagaikan memancing di air keruh.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hikmah Maulid Nabi Besar Muhammad SAW
Kita haru smenyaring setiap informasi dan tidak mudah terprovokasi.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hikmah Maulid Nabi Besar Muhammad SAW
Salam,
minta di jauhkan perkara tersebut dari negara kita, mudahan negara kita tetap aman dan damai, sebenarnya kurang arif bab politik nie, apapun diharap perkara sebegitu tidak terjadi di negara kita Malaysia…Amin 🙂
Semoga saja semuanya bisa berlangsung dengan aman dan damai kak Yan…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Beware of Energy Drinks
Malaysia jadi macam mesir? erm… rasanya susah nak berlalu… tp tak mustahil… bila masa rakyat merasakan diri mereka tak dibela oleh pemimpin yang dilantik…
Curahan rasa Budak Melayu @ ..Bila Masa Aku Tidur…
fuh!!
kadang2 tindakan sebegitu boleh membawa padah…
sebab tu kurang berminat dengan dunia politik ni..
macam2 kerenah
Curahan rasa mie @ ..Contest – Kisah Pelaut Terlampau Pilihan
lama tak tinggal jejak kt DH. sy mcm bro azmanishak, kurang arif mahupun minat politik, tak belajar kt politeknik kot
Curahan rasa matjoe @ ..Tips SEO utk Gambar dan Tagging- Labels
cerita tentang demonstrasi daripada rakyat Mesir menjadikan kerajaan hura-hara, kegiatan ekonomi tergendala, menyusahkan orang ramai terutama para pelajar, menyebabkan rakyat menderita akbiat aktiviti tergendala, harga naik dan macam-macam lagi. Seterusnya kejatuhan Hosni Mubarak. Tiada kesudahan selepas ini, adakah Mesir akan mendapat kerajaan dan kepimpinan yang dikehendaki dan lebih baik atau mungkin dari kejam dari sebelumnya. Tindakan yang tidak mengikut al-quran dan hadis..Allah jua yang mengetahui hasil tindakan manusia yang cetek pemikiran..
Curahan rasa sweetmanis @ ..Mood kembali
Melihat kepada keadaan semasa, saya seperti bersetuju agar ianya terjadi. Namun bukanlah secara revolusi, akan tetapi secara evolusi. 🙂
Curahan rasa Hadi Rofiee @ ..Syariah dan Perniagaan Internet
Comments are closed.