Terkini Mesir jadual gerakan pemindahan Rakyat Malaysia

Spread the love

22/8/13 : Proses membawa pulang pelajar Malaysia di Mesir akan menggunakan pesawat komersial memandangkan penggunaan pesawat tentera akan membabitkan masalah logistik, selain memerlukan kos yang tinggi. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, proses berkenaan sudah bermula malam tadi dengan membuat tempahan tiket penerbangan komersial untuk membawa pulang 3,300 pelajar Malaysia di Mesir melalui Amman, Jordan, Istanbul dan Turki – Sumber

5/7/13 : Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersiap sedia untuk menggerakkan asetnya sekali lagi bagi membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir jika keadaan di negara itu terus bergolak – sumber

Situasi terkini di Mesir bertambah tegang berikutan keganasan dan pertempuran yang tercetus di antara penyokong pro – Mubarak dengan penyokong antikerajaan. Pengumuman Presiden Hosni Mubarak untuk tidak bertanding di dalam pilihan raya Presiden pada bulan September 2011 tidak dapat diterima oleh penunjuk perasaan yang terus berdemonstrasi.

Gerakan pemindahan (evacuation) sedang dilaksanakan.

Semua penuntut dan rakyat Malaysia yang berada di Mesir adalah dilaporkan selamat. Pihak Kedutaan Besar Malaysia terus memantau perkembangan semasa di Mesir dan melaporkan sebarang perkembangan terkini kepada Kementerian Luar Negeri dari masa ke semasa.

Pelajar/rakyat Malaysia sedang berkumpul di tempat-tempat berikut untuk tujuan pemindahan:

·         Kaherah – Jeddah [Tempat berkumpul: Kompleks Haiyyu Ashir dan Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK)];

·         Iskandariah – Jeddah [Tempat berkumpul: Rumah MARA];dan

·         Mansourah – Iskandariah – Jeddah [Tempat berkumpul: Hotel New Mansourah @ 5 Februari 2011.

Sehingga kini, tiga pesawat C-130 Tentera Udara DiRaja Malaysia telah berlepas pada 2 Februari 2011. Pesawat-pesawat lain dijangka memulakan penerbangan mereka pada hari ini, 3 Februari 2011:

i)                    C-130
Tiga pesawat C-130 akan tiba di Jeddah pada 3 Februari 2011 seperti berikut:
–                      4.45pm;
–                      5.55pm; dan
–                      7.28pm

Perkhidmatan ulang-alik (shuttle) di antara Jeddah – Kaherah – Iskandariah akan bermula pada 4 Februari 2011 jam 06.00 pagi kerana enjin pesawat C-130 perlu direhatkan selama 24jam sebelum perjalanan dilakukan.

ii)                  MAS
Pesawat MH8010 (747) telah berlepas pada 9.20am, 3 Februari 2011 dan akan tiba di Kaherah pada 1.45pm. Selepas dua jam di Kaherah, MAS akan memulakan penerbangan ulang-alik (shuttle) untuk seramai 340 penumpang ke Jeddah, yang dijangka pada jam 4.00pm.

iii)                AirAsia

AirAsia X akan tiba di Kaherah pada 12.46pm, 3 Februari 2011 dan akan berlepas dari Kaherah pada jam 2.00pm dengan membawa pelajar dan rakyat Malaysia yang terperangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah ke Jeddah.

Pesawat C-130, MAS dan AirAsia akan membawa bersama-sama bekalan makanan dan peralatan perubatan untuk diagih-agihkan kepada rakyat Malaysia di Mesir.

Kapal Bunga Mas (BM5) sedang melalui Teluk Aden, telah menukar destinasinya dan dijangka berlabuh di Pelabuhan Ain Sukhna, Mesir pada 5 Februari 2011.

Sehingga kini, senarai negara yang telah membawa keluar rakyatnya dari Mesir adalah seperti berikut:

(i)          Jepun – bermula 31 Jan. 2011
(ii)        Indonesia – bermula 1 Feb. 2011
(iii)      China – bermula 31 Jan. 2011
(iv)      India – bermula 31 Jan. 2011
(v)        US – bermula 29 Jan. 2011
(vi)       UK – bermula 2 Feb. 2011
(vii)      Arab Saudi, UAE, Lubnan dan Jordan – bermula 29 Jan 2011
(viii)    Kanada – bermula 1 Feb. 2011

Untuk makluman, perintah berkurung yang dikenakan oleh Kerajaan Mesir di semua bandar raya utama termasuk di Kaherah dan Iskandariah telah dipanjangkan kepada 2.00 petang sehingga 8.00 pagi. Walau bagaimanapun, penunjuk perasaan masih berdemonstrasi di kebanyakan bandar raya utama.

Selain itu semua saluran komunikasi melalui internet/e-mel serta sistem pesanan ringkas (SMS) di kawasan Kaherah, Iskandariah dan beberapa tempat lain masih lagi digantung operasinya oleh Kerajaan Mesir. Walau bagaimanapun, talian telefon bimbit boleh digunakan, tetapi terhad.

Kementerian Luar Negeri dan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah boleh dihubungi seperti berikut:

Bilik Operasi, Kementerian Luar Negeri
Tel:     03-88892746 / 03-88874570 / 03-88874770 /
03- 8892830/019-2784566/019-3414080/019-3154080

Bilik Operasi, Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir
Tel:     00 202 3760 7375 / 00 202 3761 0270

Sumber @ Wisma Putra, PUTRAJAYA


Spread the love

47 Comments

  1. Salam semua warga M’sia….Alhamdulilah dan tahniah kepada semua rakyat M’sia yg berjaya dibawa pulang….tanya dia org tentang nikmat keamanan…syukur tinggal kat M’sia ni…..Terimakasih kepada anggota TUDM yg bekerja kuat hingga ramai yg kurang tidur dan kurang rehat….bagi menjayakan operasi ini…..tahniah kat dia org….sanggup tinggal anak bini dan keluarga demi rakyat M’sia dan negara…..kerajaan kena belanje dia oorg tu…penat beb bukan dekat ko…

  2. Alhamdulilah, sebahagian rakyat Malaysia telah selamat mendarat di KLIA pagi ini. Mereka di sambut besar2an oleh YAB PM dan menteri2 lain. Stesyen TV pun buat liputan langsung pagi ni.Terima kasih kerajaan Malaysia. Harap perkara ini tidak di Politik kan nanti 🙂
    Curahan rasa mekar @ ..Gambar Keluarga DiRaja BruneiMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!