Taat kepada pemimpin yang dipilih majoriti

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini khas untuk mengucapkan Happy Birthday kepada YAB Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak yang menyambut ulang tahun ke 57 pada hari ini. DS Najib Razak seorang pemimpin muda yang berani membawa perubahan negara dalam suasana politik yang sangat berbeza. Adalah sangat diharap DS Najib berjaya untuk mentransformasi Malaysia dan khasnya Bumiputera yang jauh ketinggalan dalam apa juga bidang.

DS Najib bersama jemaah Tabligh

Dalam sebuah negara hanya ada satu ketua yang dipilih dengan berbagai cara dan untuk Malaysia secara pilihanraya. Adalah wajib untuk rakyat mentaati Ketua Negara bagi memastikan negara tersebut berjalan dengan lancar. Taat bukan bermakna rakyat tidak boleh membantah atau meluahkan perasaan tidak gembira terhadap sesuatu polisi dan perancangan Kerajaan. Seandainya Rakyat tidak taat kepada Ketua Negara hanya kerana mereka dalam kumpulan politik yang berbeza ianya akan membawa suatu budaya yang tidak sihat. Seandainya kumpulan politik yang lain pula menang pada pilihanraya yang akan datang maka sudah pasti kumpulan politik yang kalah akan mengikut budaya tidak taat kepada Ketua Negara seperti yang telah diamalkan sebelumnya. Siapa yang rugi, sudah pasti Negara dan Rakyat biasa yang bukan semuanya minat berpolitik.

Barang siapa tidak menyukai sesuatu pada pemimpin, hendaklah ia bersabar, karena barangsiapa keluar dari pemimpin sejengkal saja, ia mati dalam keadaan mati jahiliyah.” (Muttafaq Alaih). Sumber

Rasulullah berwasiatkan, ”Saya wasiatkan kepada kalian untuk mendengar dan taat walaupun yang memimpin kalian itu adalah seorang hamba sahaya. Dan saya yakin suatu saat nanti kalian akan hidup pada masa di mana terdapat perbedaan dan perselisihan yang begitu tajam di antara kalian. Bila pada situasi seperti itu, hendaklah kalian berpegang teguh dengan sunnahku juga dengan sunnah para khalifah penggantiku, dan hendaklah kalian memperjuangkan sunnah itu dengan semaksimal mungkin. Dan hendaklah kalian waspada dengan hal-hal yang dibaru-barukan, karena hal yang dibaru-barukan itu adalah bid’ah, dan bid’ah adalah kesesatan.” Sumber.

Perjalan Malaysia dan khasnya kaum Bumiputera masih terlalu jauh dan berliku untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum Cina. Bayangkan seandainya semua subsidi untuk Bumiputera ditarik balik, apa akan berlaku? Tetapi sudah pasti budaya subsidi tidak boleh berterusan sampai bila-bila untuk menjadikan Malaysia negara yang kompetitif di dunia. Tanyalah rakan-rakan kita yang bekerja dan belajar di luar negara, adakah negara lain menyediakan subsidi sebanyak Malaysia??

Sekali lagi Happy Birthday DS Najib Razak….perjalanan kita masih jauh lagi.

[ad#advertlets336]

212 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!