Apakah rahsianya? Mungkin ramai diantara anda yang tertanya-tanya bagai mana sesorang blogger itu mampu bertahan dengan keadaan sebegini. Bagi mereka, setiap hari adalah keghairahan untuk berblog. Namun dalam masa yang sama, mereka masih punya masa untuk aktiviti riadah seperti manusia normal yang lain.
- Adakah blogger kenal blog sendiri?
- 7 Perkara Setiap Blogger Perlu Tahu
- Benarkah Blogger Otai dah tak kisah Pagerank?
Assalamualaikum dan salam ceria untuk rakan-rakan yang berada di Blog DenaiHati.Com. Fokus terhadap penulisan adalah satu perkara yang sangat dititikberatkan oleh blogger yang profesional. Perkongsian pada kali ini terlebih dahulu saya menidakkan sama sekali kalau ada yang berkata saya ini seorang pro dalam menulis kemaskini di blog. Ini adalah perkongsian dari apa yang saya lihat oleh mereka yang berpengalaman dalam bidang penulisan terutamanya penulisan blog.
Internet
Merupakan perkara penting untuk seorang blogger. Hidupnya tanpa erti kalau tidak ada internet. Walau bagaimanapun ketiadaan internet bukanlah faktor penghalang untuk mereka tidak mengemas kini blog. Ada sesetengah yang saya perhatikan telah membuat catatan berjadual terlebih dahulu. Mereka membuat persediaan yang rapi sebelum mereka ketiadaan internet. Mungkin sebab mereka bercuti panjang dan sebagainya, maka kaedah melepaskan catatan secara berjadual digunakan. Tetapi sekarang ni sudah canggih.. Kita sudah boleh “live blog”. Apa yang penting… sambungan internet tersedia di telefon bimbit.
Nota
Ramai yang kurang mempraktikkan kaedah ini. Mereka hanya menunggu bila berada di depan komputer untuk mula menulis. Sekiranya anda menulis catatan peribadi, mungkin anda tidak akan rasa kekok kerana perkara tersebut adalah perkara yang anda lalui seharian. Tapi bagaimana pula dengan penulisan yang berkonsepkan MOTIVASI? Kadang-kala nasihat dan kata-kata hikmah itu hanya datang sekali. Sekali ianya terlintas, kalau anda tidak menyalinnya… maka ia akan lenyap begitu saja.
Gambar
Menggunakan gambar sebagai pemudah-cara anda berblog adalah salah satu teknik yang agak berkesan. Tidak semestinya satu catatan itu mesti panjang lebar. Kadang-kala cukup hanya dengan sekeping dua gambar dapat merungkaikan apa yang hendak disampaikan. Menjadi seorang blogger yang agak tegar memerlukan anda memiliki sekurang-kurangnya sebiji kamera digital. Lebih elok ianya adalah kamera kompak untuk mudah dibawa kemana-mana. Ianya dikategorikan “Catatan Bahan Bukti”
Riadah
Perlukah anda terperap sepanjang hari memerah otak untuk menulis blog? Itu adalah satu teknik berblog yang agak kurang SMART. Kenapa perlu pecah kepala dan menjadi buntu? Duduk sampai berjam-lam lamanya di depan komputer… belek catatan yang lepas… tengok twitter… blog hop.. tapi, masih juga tidak datang idea untuk menulis??? Sekiranya anda berhadapan dengan situasi ini, ada baiknya anda tutup komputer anda, dan keluar untuk aktiviti riadah. Lapangkan jiwa. Tapi sebelum keluar, sila bawa 3 perkara yang telah saya catatkan di atas sebagai persediaan seterusnya.
Termenung
Termenung untuk dapatkan idea? Apakah ini benar? Maksud saya, termenung sambil fikirkan sesuatu. Tak perlu menjadi kusut. Sebagai seorang blogger, apa yang ada di sekitar anda andalah perkara yang boleh ditulis. Mungkin semasa anda keluar beriadah tadi, anda nampak tiang lampu yang senget… atau mungkin anda tertarik pada sekawan semut yang sedang menghurung makanan… Tak terfikirkah anda apa yang boleh dicatatkan? Ini merupakan kunci utama. TENUNG, LIHAT & TULIS.
Bebaskan
Bebaskan perasaan anda. Menulis dengan penuh minat. Luahkan apa yang terpendam. Jika selama ini anda rasa was-was untuk menulis satu perkongsian, mungkin boleh cuba kelainan. Tetapi ingat, jangan sampai membawa padah. Walaupun menulis dengan penuh minat dan keghairahan… anda perlu fikirkan soal yang boleh mempengaruhi minda orang lain. Jangan menulis sesuatu perkara yang mendatangkan keburukan kepada orang lain atau menulis sesuatu perkara yang akan menyusahkan diri sendiri. Tulislah apa sahaja selagi ianya tidak melanggar 5RUKUNEGARA.
Muzik
Menulis sesuatu berkaitan dengan muzik boleh dikategorikan sebagai catatan yang beremosi atau catatan menyentuh jiwa. Anda mungkin tertarik pada satu lirik lagu yang membawa erti dalam kehidupan anda. Cari lagi tersebut dalam Youtube, dan letak diblog. Lagu ini sebagai lagu tema untuk anda memulakan catatan. Jangan jadikan lagu tersebut dimain secara automatik. Sebaliknya, berilah peluang kepada pembaca anda untuk memilih sama ada ingin bersama menghayati perasaan dalam penulisan anda bersama lagu itu ataupon tidak.
Kalau nak diikutkan banyak lagi perkara yang mampu anda tulis dalam blog anda selain daripada tajuk:- “Hari ini aku malas…” atau mungkin “Aku tadek idea hari ni” Sila hentikan segera kerana anda sebenarnya membunuh reputasi anda dalam bidang penulisan blog.
Daripada catatan yang agak panjang pada kali ini, apa yang dapat saya rumuskan adalah:-
“Penulisan yang hadir tanpa JIWA adalah ZOMBIE – Azman Ishak”
Akhir kata, saya memohon maaf kalau mungkin catatan dan perkongsian pada kali ini ada menyentuh sensitiviti anda dan menimbulkan rasa ketidakselesaan semasa anda sedang membaca. Kelemahan datangnya dari diri saya dan kebaikan itu datangnya dari Maha Pencipta.
Semoga catatan pada kali ini sedikit sebanyak membantu menaikkan kembali semangat kita semua dalam bidang penulisan blog. Seterusnya bersama-sama memartabatkan bidang penulisan terutamanya dalam Bahasa Melayu atau bahasa ibunda anda masing-masing… Insyaallah.
Keterangan Penulis : Entri ini adalah hasil karya saudara Azman Ishak yang merupakan penulis jemputan tetap di blog ini. Melalui blog Azmanishak.com beliau banyak berkongsi kisah kehidupan dan tips teknologi terkini. Projek terbaru beliau adalah kakikomplen.com.
[ad#nuffnang336]
84 Comments
jika kurang membaca memang sukar mendapatkan idea yang baik untuk menulis blog melainkan ‘hari ini aku tiada idea’
Curahan rasa yangbaik @ ..Malaysia Social Media Week 2012 | Upcoming Blogger of The Year
tips yang menarik yang menambah wawasan terutama bagi pemula seperti saya…
Curahan rasa Dadan @ ..KIAT ESEMKA DIMINATI PEJABAT
Satu perkongsian yang menarik. Segala tugas memerlukan perancangan. Tanpa perancangan maka akan menemui kegagalan. Kita perlu bersikap terbuka, sedia memberi kelainan bagi menentukan pembaca sentiasa tertarik dengan sumbangan kita.
Curahan rasa shahrir hj ahmad @ ..Just a few Facebook Facts and Figures
saya sendiri selama ini sentiasa tercari-cari idea apa yg nak dikongsikan menerusi blog.minat untuk berblog memang kuat tetapi apa yang menjadi penghalang ialah kekurangan atau “zero”idea.terima kasih denaihati di atas perkongsian tips tersebut.Ianya amat2 membantu terutama untuk diri saya.
Terima kasih denaihati buat tips2 di atas
Curahan rasa Rina As @ ..Cara Submit Sitemap di Yahoo Site Explorer
sekarang nieh ramai sangat blogger yang jadikan blog sebagai diari harian .. termasuk saya jugak lah tuh…
kalau nak lagi mudah dan idea yang datang secara tiba-tiba tuh tak hilang boleh update secara live di mana pun berada…
apa pun perkongsian yang amat berguna
Curahan rasa namia @ ..aKu KeNa JaDi TeRLaLu BeRaNi unTuK TiDaK RaSa TaKuT
Update secara live juga bagus tapi antara cara mengelakkan idea yang terlintas daripada terlupa ialah dengan menaip di dalam hp dan menyimpannya. Maklum, kekadang idea ni datang tidak menentu. Dalam bas, tengah berborak dengan kawan..
Curahan rasa Julmazli Dempollok @ ..Apakah Kelebihan Pemasaran Artikel (Article Marketing)?
satu tips yg amat bagus utk blogger peribadi macam saya..tq
Curahan rasa Zarul Umbrella @ ..Bagaimana Saya “Feel”kan sesebuah Lagu
….Kesudian tuan berkongsi tips amat saya hargai, memang susah utuk terus menulis tanpa idea-idea baru. Namun akan diusahakan tanpa rasa jemu.
terima kasih….
wah… tips yg sangat menarik!
insyaAllah akan di praktikkan. 🙂
Curahan rasa Junaidiey @ ..Hacking Panda Security For Beginners
saya kalau nak cari idea kat tandas..banyak idea dtg mencurah-curah. (^^)
Memang ternyata susah sangat nak cari idea untuk menulis entri dekat blog.. ingat nak mencuba liveblogging pulak tapi masih tercari2 artikel pasal benda tu.. yer la, sekurang-kurangnya blog kita nampak updated sikit walaupun poskan gambar2 jer.
dengan membaca postingan ini tentunya banyak masukan yang berharga.
Curahan rasa SEO FRIENDLY @ ..5 Essential Techniques in Building a SEO Website
Dan alangkah baiknya tips yang berguna langsung diaplikasikan.
Curahan rasa SEO FRIENDLY @ ..5 Essential Techniques in Building a SEO Website
saya rasan neng cantik pun telah banyak idea blognya pun banyak nian artikelnya dalam seminggu
Curahan rasa News Blog @ ..Komodo Island is the NEW 7 Wonders of The World
Sebelum tulis perlukah kita fikirkan, orang suka ke tak dengan tulisan aku ni…?
Curahan rasa muss @ ..Cina Islam -Idham Lim
Yer la.. selalu juga saya bertanya kepada diri mengenai benda tu… takut2 kita bersusah payah menulis tapi tak dapat feedback dari orang lain kan
Yakin saja bro… yang penting ada artikel yang terbit pasti mendapat feedback.
Kalau la saya ni ada keyakinan macam Bang Iwan khan namanya udah bagus tu
Saya malah belum dapat visitor nih..
Curahan rasa SEO FRIENDLY @ ..5 Essential Techniques in Building a SEO Website
Pastinya kalau sekali terbit postingan tu memang banyak feedback kan
Postingan saya yang kayangnya kurang feedback.
Curahan rasa SEO FRIENDLY @ ..5 Essential Techniques in Building a SEO Website
Apalagi pengunjung yang memang sudah kita kenal.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Indosiar Merger Dengan SCTV
Hahah.. kalau macam tu sudah pasti la.. rakan blogger yang selalu singgah
Curahan rasa Steward John @ ..Ada bau lowyat ker dekat sini
Termasuk saya yang pernah singgah disana.
Curahan rasa SEO FRIENDLY @ ..5 Essential Techniques in Building a SEO Website
hanya saja selama ini saya jarang mampir karena saya cuman menggunakan browser MF yang tidak bisa membuka blog Bro Steward dari sini.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Indosiar Merger Dengan SCTV
Haha.. tak pe la Bang Iwan.. Apa2 pun terima kasih
Curahan rasa Steward John @ ..Ada bau lowyat ker dekat sini
saya biasa masuk mengguna browser Google Chrome.
Bang Iwan juga rajin juga yah masuk dekat blog lain.. bagus ni
Saya juga sering melawat ke negara tetangga.
Curahan rasa SEO FRIENDLY @ ..5 Essential Techniques in Building a SEO Website
Comments are closed.