Malaysia jadi Mesir?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, gelombang kebangkitan dunia Arab sedang berlansung bermula dari Tunisia. Seluruh dunia melihat kejatuhan dinasti Hosni Mubarak di Mesir setelah memerintah selama lebih 30 tahun. Gelombang revolusi kebangkitan rakyat sedang melanda Algeria, Jordan, Yaman, Bahrain dan tidak mustahil akan menjangkit ke Arab Saudi. Kepada mereka yang memahami sistem politik dan masyarakat negara tersebut pasti tidak terperanjat dengan apa yang sedang berlaku.

Rakyat negara Arab telah lama ditindas oleh pemerintah dengan berbagai kaedah secara nyata atau senyap. Gelombang perubahan demokrasi ketika kejatuhan negara-negara komunis suatu masa dahulu telah sedikit merubah sistem politik negara Arab tetapi masih belum cukup. Golongan kaya bertambah kaya dengan berbelanja jutaan dollar membeli kelab bola sepak europa sedangkan yang miskin terus melarat dengan masalah pengangguran, kemudahan awam yang terbatas, sekatan berpolitik dan sebagainya.

Kejayaan kebangkitan revolusi rakyat Arab cuba untuk dibawa ke Malaysia dengan harapan rakyat akan bangkit menentang kekejaman pemerintah. Secara peribadi berdasar pengalaman pengembara dibanyak negara hasrat besar segelintir ahli politik untuk memanaskan hati rakyat tidak akan berjaya. Setiap pemerintah pasti ada kelemahan tetapi secara keseluruhan kemajuan yang dilaksanakan adalah melebihi kelemahan yang ada. Sistem politik dan prestasi kerajaan di Malaysia jauh berbeza dengan yang berlaku di Negara Arab. Sudah pasti penyokong tegar pemimpin politik akan mengikut apa sahaja kehendak ketua mereka atas maksud perjuangan tetapi majoriti rakyat Malaysia yang tidak taksub kepada kepartian lebih suka melihat negara Malaysia yang aman damai dan bebas membina kehidupan.

Tidak salah untuk mengambil alih pemerintahan dari kerajaan yang sedia ada tapi gunakanlah gelanggang yang betul iaitu ketika Pilihanraya Umum ke 13 kelak. Waktu ini adalah waktu menunjukan prestasi anda sebagai ahli politik yang telah dipilih rakyat bukan sekadar berpidato seperti tin kosong.

Adakah Malaysia akan jadi seperti Mesir?

[ad#nuffnang336]


Spread the love

59 Comments

  1. marilah sama kita berdoa dan berusaha semoga semua rakyat sentiasa mendapat hak-hak nya dengan adil, kurangkan rasuah, kroni,dsbg….semoga Malaysia akan sentiasa kekal aman dan bahagia dulu, kini dan selamanya.
    Kalau m’sia aman, ramai jiran yang boleh tumpang akan nikmat keamanan disini(tumpang sekaki/tumpang tui), kalau kita huru hara, jiran akan cepat pergi dari kita, Dan jangan lupa pula kalau kita aman kita boleh tolong jiran yang susah, kalau kita pun sesak daaa…macamana jiran nak kita bantu….fikir-fikirkan wahai sahabat dan jiran kita(Indonesia,Thailand,Singapura,Filipina,Dll)
    Curahan rasa wak je @ ..penat bebMy Profile

  2. salam semua…perubahan arus politik sekarang adalah sangat jelas bahawa , kuasa rakyat akan mengubah pucuk pimpinan yang hanya mementingkan diri, keluarga,kroni dan sahabat handai dia aje….agihan ekonomi yang adil dan saksama perlu di kekalkan” dia cari dia makan, lu cari lu makan, kenapa kita tak makan sama2″-petikan Singh dalam filem seniman bujang lapok.kenaikan harga barangan,bahan api, kenaikan inflasi,pengangguran,persaingan kehidupan dengan pendatang asing,kenaikan hartanah,pengikisan hak bumiputra dan peribumi,lama menjawat suatu jawatan,monopoli peluang niaga , pengekangan kebebasan bersuara,sekatan hak asasi,adalah antara sebab-sebab sebuah kerajaan akan berubah.
    Dan jangan lupa perubahan kerajaan yang lebih islamik dan religous adalah salah satu tanda-tanda akhir zaman………insaffffffffflah segera
    Curahan rasa wak je @ ..penat bebMy Profile

  3. harap tak terjadi disini… sebarang keputusan yang perlu kita buat biar berlandaskan fikiran yang waras hati yang tenang, bukannya hati yang amarah dan fikiran yang kacau bilau…
    Curahan rasa shay @ ..Penat laMy Profile

  4. gelombang evolusi tu dah sampai kat algeria dan iran. yang terlibat ialah anak muda kerana kekangan diktaktor.sampaikan mahathir boleh cakap yang revolusi tu boleh jadi berlaku kat sarawak sebab taib terlalu lama di puncak.
    Curahan rasa matahari @ ..gelombang akal yang berbezaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!