Wikileaks cyber wars start

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dunia dikejutkan dengan keberanian Wikileaks mendedahkan berbagai kepincangan pemimpin dunia khasnya Amerika. Pendedahan demi pendedahan dibuat dengan berani yang akhir pengasasnya Julian Assange telah ditahan atas tuduhan jenayah seksual.

Begitulah kehebatan internet yang boleh menjadi sahabat atau menjadi musuh. Pertuduhan jenayah seksual terhadap Julian Assange hanya alasan. Pasti sekarang ini beliau sedang disoal siasat habis-habisan untuk mendapat sumber segala maklumat yang telah didedahkan. Bayangkan kalau Malaysia yang bertindak begini pasti akan dilabel tidak demokrasi, tiada kebebasan bersuara dan juga mungkin konspirasi. Begitulah cara barat menilai demokrasi dengan double standard.

Berbagai cara telah digunakan untuk memadam Wikileaks dari internet tetapi sehingga hari ini masih gagal. Wikileaks telah mengistiharkan akan terus mendedahkan berbagai dokumen walaupun pengasasnya telah ditahan. Siapa sebenarnya di belakang Wikileaks ni? Mungkinkah Wikileaks permulaan cyber wars?

331 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!