Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Denaihati Network akan menganjurkan Majlis Sepetang Bersama Blogger seperti yang pernah dijanjikan tahun lepas itu pun kalau masih ingat lagi. Majlis Sepetang Bersama Blogger akan diadakan bersama dengan Seminar Pertama WordPress anjuran Akademi Denaihati. Tak sangka pulak banyak pihak yang nak menaja Majlis Sepetang Bersama Blogger, terima kasih semua.
Antara tujuan Majlis Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati Network :
- Bersuaikenal dengan team Denaihati dan Founder Denaihati (dah tak boleh low profile setelah video founder tersebar 1Dunia).
- Meraikan pembaca setia dan Rakan Blogger yg menyokong blog Denaihati sehingga menang Best of the best blog of the year.
- Pertemuan untuk berkongsi pengalaman antara Blogger berpengalaman dan Blogger baru.
- Pelancaran theme baru blog Denaihati, video pengenalan blog Denaihati dan aplikasi yang dihasilkan oleh team Denaihati.
- Pelancaran beberapa blog baru yang diuruskan oleh team Denaihati.
- Penyerahan cederahati kepada top 10 affiliate eQurban.com.
- Penyerahan hadiah Gadget Impian kepada pemenang yang bertuah.
Majlis Sepetang Bersama Blogger akan diselangselikan dengan berbagai acara yang menarik dan mengejutkan. Insyallah dengan izin ALLAH team Denaihati sedang mengumpul lebih kurang 100 Blogger dari jauh dan dekat untuk berkumpul di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor (klik maps untuk lihat lokasi) pada jam 2.00pm, 15/4/2012.
Para jemputan yang datang akan dihidangankan dengan :
- Perkongsian ilmu berblogging oleh Blogger yang berpengalaman.
- Hidangkan Hi-Tea yang enak.
- Hadiah seperti T-shirt Denaihati, Notepad Denaihati, Keychain Denaihati dan Car Sticker Denaihati.
- Hadiah dari sponsor.
- Cabutan bertuah.
Kepada pembaca setia Denaihati yang teringin untuk bersama di Majlis Sepetang Bersama Blogger sila emailkan “Saya seorang (atau dua orang) ingin ikut serta Majlis Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati Network” dan emailkan ke [email protected]. Jemputan terbuka kepada 25 Blogger pertama dan tarikh tutup pada 11.59pm, 10/4/2012. Kepada peserta akhir Gadget Impian anda semua automatik adalah jemputan hanya perlu sahkan kehadiran melalui email yang sama.
Kepada Blogger yang ingin mempromosi blog, aplikasi dan laman komuniti sila sediakan flyer untuk dimasukan ke dalam beg goodies yang akan diserahkan kepada semua jemputan, sila maklumkan penganjur sebelum 11.59pm, 12/4/21012. Kepada yang sudi nak sponsor majlis seperti wang tunai dan cabutan bertuah sila email ke [email protected] sebelum 11.59pm, 13/4/2012.
Kepada Rakan Blogger yang belum daftar Seminar Pertama WordPress anjuran Akademi Denaihati jangan lambat kerana tempat semakin terhad. Cepat-cepat daftar dan buat bayaran @ Seminar Pertama WordPress.
361 Comments
Salam DH
Saya selalu salut dengan apa yang DH lakukan, rasanya tak ada waktu yang terbuang sia2, semua bermanfaat.
Curahan rasa Mas Gie @ ..Betwin188.com Agen Bola Terbaik Dukung Anti Rasisme EURO 2012
ni yang tngk kat blog2 nie.. ish, ruginye tak perasan entri ni
Curahan rasa Akulah.com @ ..Kanak perempuan dipaksa buat seks oral sampai muntah untuk puas
melihat foto di twitter, meriah sekali acaranya…
Curahan rasa Dadan @ ..Alasan Facebook Membeli Instagram
mesti meriah ni. byk ilmu akan dapat
Curahan rasa Terbelog @ ..Bayi Dua Minggu Mati Dipijak Bapa
yay! i am one of the invitee!
alhamdulillah tak sangka ada rezeki.
Curahan rasa Fuza Marquis @ ..Nafi atau Bukti?
Syioknya….. Moga rezki DH berganda dengan bantuan kongsi ilmu cenggini… 😀
Curahan rasa lAl @ ..Pertabalan AGONG yang menGEGARkan Nusantara.
ameen…moga makin murah rezki DH…
Curahan rasa hafizmd @ ..Bagaimana nak jadi lebih kacak dan anggun?
Assalamualaikum,
Pasti pertemuan ini gempak meriah. Lain kali saya nak join ya.
Curahan rasa mamawana @ ..Ustaz Bollywood : Ustaz Haslin Baharin-
hmm..x dpt join..hr ahad ada kelas..selamat ber hi-tea semua.. 🙂
Curahan rasa Ibu Mifzal Arsyad @ ..Alahai Kesian Anak Ibu
wah…best juga kalau dapat pergi…apakan daya…tak free hari ahad nanti.. tahniah pada semua pemenang
Curahan rasa ainun @ ..Final Badminton Axiata 2012
Sedih tak dapat pergi 🙁
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Tips Kurangkan Pembayaran Cukai LHDN (Individu)
terasa nak join tapi ada hal lainlah pulak..insyallah lain kali
Curahan rasa kak ina kl @ ..Ikan Keli Bakar Atas Kuali
InsyaAllah kak Ina moga di lain masa dapat join event DH ni..
Curahan rasa Myra Jay @ ..Dalam debaran menanti keputusan | Majlis sepetang bersama blogger
Sama lah, banyak sangat asssignment nak di settle kan
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Tips Kurangkan Pembayaran Cukai LHDN (Individu)
Tak layak lagi nak bersama mereka yang hebat …. blog pun pakai blog percuma lagi …wordpress ..dulu pernah la guna ..yg free punya, tapi macam susah lak …:)
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Adam Dan Hawa | 10 Perkara Perlu Dirahsiakan oleh Lelaki Daripada Pasangannya
ish brother hasrulhassan ni , join jek , tk de beza blogspot or wordpress lah ..
Curahan rasa puanbee @ ..Rencah Hidup Suami Isteri : Mancing apa tu ?
Comments are closed.