Denaihati di Malam Anugerah Sosial Media 2012 #MSMW2012
Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tiga tahun dulu semua ini hanya mimpi. Dengan sokongan daripada rakan setia, pembaca, follower, sponsor, penulis jemputan, team Denaihati dan keluarga alhamdulillah mimpi menjadi kenyataan. Benarlah kata bijak pandai, semua kejayaan bermula dengan mimpi.
Blog Denaihati telah memenangi Anugerah Sosial Media untuk tahun 2012 dalam kategori Best of The Best Blog of The Year. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang telah vote dan memilih blog Denaihati sebagai pemenang. Tanpa anda semua, siapalah Denaihati dalam arena blogging ini.


Tak sempat nak ambil gambar semasa ketibaan Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia). Ramai sangat media/press photographer. Sempat shoot gambar pemain alat music ni je. Apa nama alat music ni?




Menurut Ariffshah, dulu dia blogging secara suka-suka. Ada juga yang komen kata blog dia bosan. Tapi sekarang dah mampu dapat award Upcoming Blogger of The Year. Itulah dipanggil rezeki yang tak disangka-sangka. Mungkin dalam tak sedar ada terbuat sesuatu yang menjadikan dia murah rezeki. Semuanya kuasa Allah S.W.T.

Menurut penganjur, event World Bloggers and Social Media Awards ni akan dijadikan event tahunan. Bermakna tahun depan akan ada lagi. Agaknya siapa pula yang akan merangkul piala kemenangan untuk tahun depan? Sekarang dah boleh mula buat persiapan dan atur strategi untuk mantapkan lagi blog masing-masing. Berusahalah sekuat yang boleh kerana usaha itu tangga kejayaan.
