Blog semakin dilupakan kerana berpindah ke Facebook dan Twitter

Spread the love

Salam 1Malaysia, aku mula kenal dengan dunia internet lebih dekat sekitar tahun 1996. Ketika itu majoriti masyarakat tak kenal pun dengan Email. Kalau dapat buka akaun email pun dah rasa bangga dan terasa lebih maju daripada yang lain. Masa tu pun bukan mudah nak dapat line internet  kalau nak laju pun kat office. Aku pernah juga guna akaun dailing Telekom Malaysia (ketika itu belum diswastakan) di rumah tapi punyalah slow macam nak mampus (maaf kasar sikit).

Selepas email kenal pulak Chatting dan YM sana sini orang berchatting dan berYM sehingga ada office yang block line. Ramai jugalah aku kenal awek online ketika itu ada yang cantik, kurus, super gemuk dan ada juga yang ajak kahwin (ha ha ha semua tinggal kenangan). Masa tu tak ada blog kalau nak buat website sendiri kena pandai HTML, aku ada website sendiri guna platform Geocities dan Tripod tapi dah lupa addressnya.

[ad#Mangga 300]

Pertengahan tahun 2000 dunia di kenalkan dengan Blog yang kemudian menjadi kegilaan dan tak kurang ramai yang jadi kaya raya dengan bisnis online. Blog digunakan untuk berbagai tujuan bagi mengantikan website terutama untuk bersosial. Kemudian dunia diperkenalkan dengan Social Networking seperti MySpace dan Friendster. Perlahan-lahan blog semakin ditinggalkan terutama bagi golongan yang menggunakan blog sebagai platform bersosial. Yang paling terkini menjadi kegilaan dunia adalah Facebook dan Twitter. Majoriti individu sehingga syarikat besar menggunakan Facebook dan Twitter. Aku pun ada juga, joom follow  http://twitter.com/denaihati dan http://facebook.com/denaihati.

Hari ini aku baca  Thestar satu kajian menunjukkan daripada 2500 yang di interview 65% telah beralih dari Blog ke Facebook dan Twitter untuk bersosial. Tidak mustahil suatu hari blog juga akan menjadi email, YM dan chatting yang semakin dilupakan.  Perubahan ini berlaku dengan pantas dengan ada produk mobile seperti iPhone, Blackberry dan HTC yang mempunyai fasiliti Facebook dan Twitter. Jika pada awal tahun 2000 manusia tidak pernah terfikir blog, facebook dan twitter. Dan suatu hari nanti Facebook dan Twitter juga akan mengalami nasib yang sama akan dilupakan kerana sudah ada yang baru. Ketika itu apa agaknya platform yang kita akan gunakan??

@Dapatkan terkini berita sukan, problogger, blog teman terpilih, politik dan hiburan di http://info.denaihati.com.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

654 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!