Toshiba Portege Z830 Ultrabook Challenge mendebarkan #toshibaultrabook

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, setelah menggunakan Toshiba Portege Z830 Ultrabook i7 memang nyata banyak perbezaan bukan sekadar retorik sahaja. Toshiba Ultrabook ini buka setakat ringan dan nipis paling best sangat laju. Kalau ultrabook ini dalam sleep mode, nak wake dia kejap je, tak sampai seminit. Dalam dunia sekarang, semua perlu cepat dan pantas supaya produktiviti dapat ditingkatkan. Kelajuan SSD (Solid State Drive) Toshiba Ultrabook ini adalah 90 kali lebih laju berbanding pemacu keras biasa.

AKU berkesempatan membawa gadget kesayangan Toshiba Portege Z830 Ultrabook berlibur di Pekanbaru, Indonesia. Memang tidak terasa mengangkut Toshiba Ultrabook sebab ringan dan nipis. Selalunya sakit jugalah bahu menyandang laptop tapi kali ini memang tak terasa. Bukan setakat ringan dan nipis tapi mudah nak handle semasa nak online di airport sementara menunggu pesawat AirAsia lagi pun baterinya tahan lama lebih 7 jam jadi tak risau nak mencari tempat yang ada electrical outlet.

Teman Pekanbaru sudah jatuh cinta pada Toshiba Portege Z830 Ultrabook

Kawan-kawan di Pekanbaru angkat mata jugalah tengok Toshiba Ultrabook ni. Mereka pun ambil peluang menggunakan Toshiba Ultrabook yang memang belum sampai lagi di Pekanbaru. Mereka ini antara yang pertama di Pekanbaru yang berpeluang pegang dan menggunakan Toshiba Ultrabook. Ada yang tak sabar nak tunggu ultrabook ini dilancarkan di Pekanbaru lansung minta aku belikan di Kuala Lumpur.

20120309-103230.jpg
Crew Pengambaran Toshiba Ultrabook Challenge dan Blogger

Selepas lebih dua minggu menggunakan Toshiba Portege Z830 Ultrabook aku dan 4 Rakan Blogger Malaysia serta 3 Rakan Blogger Singapore telah dikumpulkan di sebuah Banglow di Country Heights Kajang untuk pengambaran cabaran Toshiba Ultrabook. Khabarnya hasil rakaman video ini akan dipaparkan di website Toshiba. Memang mendebarkan sebab tidak pernah dalam sejarah hidup ini mengikuti pengambaran profesional kalau diwawancara di radio adalah banyak kali.

20120309-103303.jpg
DJ Radio Capital.fm mengendalikan Toshiba Ultrabook Challenge

Ini bukan sekadar pengambaran biasa tetapi pengambaran profesional. Awal-awal pagi Blogger, crew pengambaran dan team Toshiba sudah berkampung di Country Heights, Kajang. Selepas sarapan pagi kami hadir sessi penerangan oleh pengarah pengambaran. Tengok video kamera yang banyak dengan crew pengambaran dan menunjukkan yang Toshiba benar-benar bersungguh bukan sekadar sahaja. Bertambah berdebarlah hati semua Blogger terutama aku yang ala-ala kampung ni.

Rupanya Toshiba akan buat pengambaran ala-ala game show. Blogger akan menjadi peserta dan akan berlawan antara satu sama lain untuk mengumpul markah yang paling banyak. Markah yang terkumpul adalah 30% daripada penilaian keseluruhan Projek Toshiba Ultrabook yang menyediakan berbagai hadiah yang hebat. Toshiba Challenge ini terbahagi kepada dua iaitu outdoor dan indoor. Untuk outdoor ada dua permainan yang akan menguji fizikal dan untuk indoor juga ada dua program yang akan menguji minda Blogger. Dah terasa pasti Toshiba Challenge ini sangat mencabar tapi seronok. Semua Blogger Malaysia dan Singapore memang terbaik sebab tak banyak kerenah.

Suasana Outdoor Toshiba Ultrabook Challenge

Semasa berjumpa dengan wakil Toshiba majoriti Blogger minta jasa baik suapaya Toshiba Portege Z830 Ultrabook yang memang best ini terus dihadiahkan kepada Blogger bukan sekadar uji guna dua bulan sahaja. Agak-agak dapat ke ni?

This post is brought to you by Toshiba and Intel. Join the conversation on the Toshiba Portégé Z830 Ultrabook, Inspired by Intel at www.facebook.com/ToshibaNotebookPC.


Spread the love

220 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!