Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Denaihati Network akan menganjurkan Majlis Sepetang Bersama Blogger seperti yang pernah dijanjikan tahun lepas itu pun kalau masih ingat lagi. Majlis Sepetang Bersama Blogger akan diadakan bersama dengan Seminar Pertama WordPress anjuran Akademi Denaihati. Tak sangka pulak banyak pihak yang nak menaja Majlis Sepetang Bersama Blogger, terima kasih semua.
Antara tujuan Majlis Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati Network :
- Bersuaikenal dengan team Denaihati dan Founder Denaihati (dah tak boleh low profile setelah video founder tersebar 1Dunia).
- Meraikan pembaca setia dan Rakan Blogger yg menyokong blog Denaihati sehingga menang Best of the best blog of the year.
- Pertemuan untuk berkongsi pengalaman antara Blogger berpengalaman dan Blogger baru.
- Pelancaran theme baru blog Denaihati, video pengenalan blog Denaihati dan aplikasi yang dihasilkan oleh team Denaihati.
- Pelancaran beberapa blog baru yang diuruskan oleh team Denaihati.
- Penyerahan cederahati kepada top 10 affiliate eQurban.com.
- Penyerahan hadiah Gadget Impian kepada pemenang yang bertuah.
Majlis Sepetang Bersama Blogger akan diselangselikan dengan berbagai acara yang menarik dan mengejutkan. Insyallah dengan izin ALLAH team Denaihati sedang mengumpul lebih kurang 100 Blogger dari jauh dan dekat untuk berkumpul di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor (klik maps untuk lihat lokasi) pada jam 2.00pm, 15/4/2012.
Para jemputan yang datang akan dihidangankan dengan :
- Perkongsian ilmu berblogging oleh Blogger yang berpengalaman.
- Hidangkan Hi-Tea yang enak.
- Hadiah seperti T-shirt Denaihati, Notepad Denaihati, Keychain Denaihati dan Car Sticker Denaihati.
- Hadiah dari sponsor.
- Cabutan bertuah.
Kepada pembaca setia Denaihati yang teringin untuk bersama di Majlis Sepetang Bersama Blogger sila emailkan “Saya seorang (atau dua orang) ingin ikut serta Majlis Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati Network” dan emailkan ke [email protected]. Jemputan terbuka kepada 25 Blogger pertama dan tarikh tutup pada 11.59pm, 10/4/2012. Kepada peserta akhir Gadget Impian anda semua automatik adalah jemputan hanya perlu sahkan kehadiran melalui email yang sama.
Kepada Blogger yang ingin mempromosi blog, aplikasi dan laman komuniti sila sediakan flyer untuk dimasukan ke dalam beg goodies yang akan diserahkan kepada semua jemputan, sila maklumkan penganjur sebelum 11.59pm, 12/4/21012. Kepada yang sudi nak sponsor majlis seperti wang tunai dan cabutan bertuah sila email ke [email protected] sebelum 11.59pm, 13/4/2012.
Kepada Rakan Blogger yang belum daftar Seminar Pertama WordPress anjuran Akademi Denaihati jangan lambat kerana tempat semakin terhad. Cepat-cepat daftar dan buat bayaran @ Seminar Pertama WordPress.
361 Comments
wah kirain free DH,,,dilihat dari agendanya bagus sekali..
tidak berkesempatan untuk turut serta,mungkin lain kali kot
Curahan rasa wazy @ ..Tolong Ingatkan Aku…..
teringin nak join tapi rasanya tak free masa tu.. huhu.. melepas peluang nak jumpa pemilik blog ni..
Curahan rasa Myvitrd @ ..Jom Smash Sambil Pandu Pulang Kereta Baru
Mungkin rezeki akan datang kot bro
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Tips Kurangkan Pembayaran Cukai LHDN (Individu)
wah, banyak benar aktiviti menarik. siyes rugi tak dapat join. ades, anyway semoga sukses selalu bro amir hassan rupanya. hehe 🙂
Curahan rasa Mohd Isa @ ..Lelaki Kacak Pelindung Wanita
wah kedengarannya amat mengujakan.semestinya ramai yang tak tidur lena menunggu tarikh bertuah tersebut.ibarat kata orang makan tak kenyang tidur tak tentu duduknya….haha.apapun selamat kepada semua yang bakal akan berkampung biarpun cuma sepetang sahaja di sana nanti.
kalau tggal dekat2 boleh lah nak join…
Curahan rasa Nana @ ..Lelaki menangis? Kenapa dan mengapa?
Setelah berbincang dgn husband, dukacitanya sy tak dapat nk sertai majlis yang best ni… 🙁
Curahan rasa zie fauzi @ ..Majlis Sepetang bersama Blogger anjuran Denaihati | Mood Sedih
jauh kan ..huhu .. sedih lah ..
Curahan rasa puanbee @ ..Aaron Aziz adalah Bintang Paling Popular Berita Harian 2011
sedih jugak Bee… apa kan daya… suami dah beri kata putus…. ikutkan hati nak je terjah….
Curahan rasa zie fauzi @ ..Majlis Sepetang bersama Blogger anjuran Denaihati | Mood Sedih
Sabar ye kak, insyaAllah mudah-mudahan ada rezeki nanti 🙂
Curahan rasa Myra Jay @ ..Dalam debaran menanti keputusan | Majlis sepetang bersama blogger
DH patut buat dekat setiap negeri. Hehe
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Tips Kurangkan Pembayaran Cukai LHDN (Individu)
Tertariknya… Harap harap dapat terpilih untuk sertai…
InsyaAllah dpt punya…
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Koleksi Gambar Sekitar Karpet Merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 2011
sedih la Denaihati. ahad ni ada modul di uitm segamat. tak dapat nak join.
teringin sangat nak join kerana masa ini la dapat bertemu dengan blogger yang sudah tentunya hebat hebat belaka..
iskh memang sedih sangat ni.
rugi sungguh daku
mesti best kalo dpt join
Curahan rasa jedi @ ..aku dan salesman
Confirm lah best 🙂
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Tips Kurangkan Pembayaran Cukai LHDN (Individu)
wahhh……tahniah…macam grand jer majlis… 🙂
Grand-grand baru lah gempak
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Tips Kurangkan Pembayaran Cukai LHDN (Individu)
Salam,
eheemmmm dah email pengesahan kehadiran 😀
Curahan rasa yanmie @ ..From Cameron With Love
Saya titip salam untuk sahabat yang hadir melalui Mbak Yanmie.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Eadweard J. Muybridge | Logo Google Hari Ini
insyaallah bang iwan, bang iwan ngak pergi seminar denaihati?, agaknya siapa blogger indonesia 2 orang yang pergi yea?
Curahan rasa yanmie @ ..From Cameron With Love
Bukan saya Mbak…. kebetulan bertepatan dengan Ujian Nasional disini yang tidak boleh saya tinggalkan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Eadweard J. Muybridge | Logo Google Hari Ini
Myra pun dah email pengesahan jugak.. 🙂
Nanti leh jumpa kakyan dengan Bee 😀
Curahan rasa Myra Jay @ ..Kad Kahwin Fasha Sandha dengan Jejai
Comments are closed.