Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setahun yang lalu sahabat baik saya Prof Madya Dr. Shamsul Bahari dan isterinya Pn. Zayda Kassim yang juga rakan sekolah aku ketika belajar di Sekolah Men Sains Johor datang ziarah ke rumah. Baru aku tahu rupanya sahabat aku ini pakar madu tapi bukanlah kisah madu tiga seperti cerita P. Ramlee. Di rumah kami memang tak pernah tak ada stok madu kan makanan sunnah dan disebut dalam Surah An Nahl jadi kalau kita tak amalkan siapa lagi.
Kami perbincangan kisah kehebatan 1001 khasiat madu lebah dan khasiat madu lebah kelulut sehingga peluang bisnis yang sangat besar di Malaysia kerana permintaan melebihi penawaran. Bila bercerita kisah madu pasti isu keaslian menjadi topik hangat kerana dalam pasaran terlalu banyak madu sintetik atau pun madu tiruan yang kelihatan seperti madu asli tetapi sangat bahaya kepada kesihatan. Peniaga mafia hanya mementingkan keuntungan kerana mereka tahu permintaa madu sangat tinggi di kalangan rakyat Malaysia terutama apabila dikaitan dengan makanan sunnah.
Dari perbincangan tersebut maka terkeluarlah idea kenapa tidak aku ternak lebah kelulut di rumah jadi sudah pasti dapat madu lebah kelulut yang asli. Terima kasih kepada sahabat ku Mesol yang bagi idea sangat bernas. Nak minta bantuan daripada Dr. Shamsul agak susah sebab beliau menetap di Kuala Terengganu jadi aku tanya kawan-kawan di Lembah Klang yang boleh membantu. Alhamdulillah rupanya ada seorang bapa pelajar Madrasah Tahfiz An Nur, Tuan Sazali memang pakar tentang lebah kelulut dan tinggal tak jauh di Hulu Langat. Terima kasih kepada Tuan Sazali yang bersusah payah menghantar dan memasang sarang lebah kelulut di malam hari.
Hasil daripada idea bernas ini sekarang bukan sahaja aku sudah ada tiga sarang lebah kelulut sendiri malahan Madrasah Tahfiz An nur juga sudah ada lebih daripada 50 sarang lebah kelulut untuk menjana pendapatan madrasah. Alhamdulillah adik aku di Bandar Tenggara Johor juga sudah ada lebih 60 sarang lebah kelulut. Untuk pengetahuan pembaca harga madu lebah kelulut lebih mahal daripada madu lebah biasa sehingga mencecah RM300 – 500 sekilo. Nak kumpulkan madu lebah kelulut boleh sedut dengan mesin atau boleh sedut dengan straw terus dari sarang … peehhh nikmatnya bermadu.
Kepada sahabat yang nak ternak lebah kelulut di rumah bolehlah roger-roger Ustaz Firdaus tapi ustaz jangan lupa percent untuk saya heeeee. Madu lebah kelulut memang sedap tak terlawan dengan madu poligami. Terima kasih kepada semua sahabat jemaah yang membantu sehingga aku mampu menternak lebah kelulut sendiri. Itulah kehebat Jemaah Bisnis Denaihati.
102 Comments
madu memang baik buat kesehatan. Selain sedap, madu juga dapat mengobati bekas luka. thank you.. 🙂
Curahan rasa Koperasi @ ..Bagaimana Cara Sharing Printer di Windows 7?
madu kelulut memang sedap apa lagi itu adalah obat dan sangat baik untuk kesehatan….
Curahan rasa hasan @ ..Foto Dekorasi Aquascape Indah
Tak tahu pulak yang jenis kelulut nih lagi mahal dari madu yang biasa tuh. Baru lah tahu…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Alfalfa jawapan untuk anda yang mencari Fiber
Fuiyooo… Boleh disedut direct dari sarangnya tuh.. memang kaw2 punya madu tuhh….
Curahan rasa SuperNifz @ ..Alfalfa jawapan untuk anda yang mencari Fiber
wah banyak keuntungannya. bisa dikonsumsi sendiri, dijual juga bisa. sukses untuk ternaknya uztad 😀
Iya betul tuh, boleh memastikan madu sentiasa berada dalam rumah secara tak langsung nih.
orang kampung saya pernah pelihara kelulut ni.. tapi bila masa ada fogging nyamuk aedes.. habis lari semua kelulut ni.. kesian..
Curahan rasa Mus @ ..Memetik Sendiri Buah Longan Kristal Yang Popular Di Sarawak
halaaa.. kesiannya.. jenuh nak kejar balik kalau dah terbang lari tuh…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Alfalfa jawapan untuk anda yang mencari Fiber
Macam mudah je nak ternak madu kelulut ni. Tak mengganggu ke lebah tu nanti kat kawasan rumah kita?
Curahan rasa emalinmohd @ ..5 Sebab Ibu Digalakkan Berjalan Semasa Hamil
saya pun ada persoalan yg sama..nanti bergaduh pulak diorg..huhu
Curahan rasa Vimax Malaysia @ ..Kenapa Lelaki Memilih Vimax?
Haah kan.. idak ker kelulut tuh terbang merayap-rayap ke rumah-rumah orang lain erk??macam bahaya jerkk…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Alfalfa jawapan untuk anda yang mencari Fiber
ape beza dengan madu biasa tu.. dari segi manfaatnya/zat
tq
Ha’ahkan nak tau jugak apa keistemewaan dan perbezaan madu kelulut nih ngan madu yang lain tuh.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Kulit Sentiasa Lembab
tak pernah dengar lg madu kelulut sblm nie..kalau madu tualang tu biasa la dengar
Curahan rasa Coway Malaysia @ ..Coway Water Filter & Coway Water Purifier
Baru dapat rasa madu kelulut semalam. Unik juga rasanya. Pelbagai rasa ada !
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Bila Encik Suami Melihat Wanita Lain Lebih Cantik Daripada Isterinya ~
Rasanya tak semanis madu biasa ke sis? Saya pun tak pernah lagi rasa madu kelulut nih.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Alfalfa jawapan untuk anda yang mencari Fiber
Ternyata madu lebah mempunyai 1001 khasiat dan dikukuhkan dengan penemuan2 saintifik
Memang bagus di jadikan amalan pengambilan madu nih. Insyallah kesihatan akan terjamin.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Kulit Sentiasa Lembab
memang terbaik la sape yg mula2 temui kebaikannya…kalau mase kecik dulu kelulut ni org buat gam haha
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Koleksi Lawak Kartunis Lambok Tribute Lawak Antara Benua Majalah Apo?
nampak bagus sebab ambil madu ni tak perlu pakai pakaian keselamatan, boleh pakai baju biasa saja.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Lulus Peperiksaan Separa Perubatan
Itulah, sedangkan zaman dulu-dulu rasa susah sangat bila nak pungut madu. Dahlah kena berasap bagai, takut disengat pun ye.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Bila Encik Suami Melihat Wanita Lain Lebih Cantik Daripada Isterinya ~
Memang sangat mudah kan sekarang, madu kelulut ni sangat ramai yang menjualnya sekarang
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Senaman Kegel Menguatkan Otot Lantai Pelvik Selepas Bersalin
First time dengar tentang madu kelulut ni… Sebelum ni tahu madu lebah ja…
Curahan rasa azlan @ ..Apple iPhone, iPad dan Apple Yang Baru akan Hadir September ini
madu emang berkhasiat tapi sekarang susah mencari madu yang asli banyak palsu sekarang
Comments are closed.