Madu lebah kelulut memang sedap

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setahun yang lalu sahabat baik saya Prof Madya Dr. Shamsul Bahari dan isterinya Pn. Zayda Kassim yang juga rakan sekolah aku ketika belajar di Sekolah Men Sains Johor datang ziarah ke rumah. Baru aku tahu rupanya sahabat aku ini pakar madu tapi bukanlah kisah madu tiga seperti cerita P. Ramlee. Di rumah kami memang tak pernah tak ada stok madu kan makanan sunnah dan disebut dalam Surah An Nahl jadi kalau kita tak amalkan siapa lagi.

Ternak lebah kelulut di belakang rumah
Ternak lebah kelulut di belakang rumah

Kami perbincangan kisah kehebatan 1001 khasiat madu lebah dan khasiat madu lebah kelulut sehingga peluang bisnis yang sangat besar di Malaysia kerana permintaan melebihi penawaran. Bila bercerita kisah madu pasti isu keaslian menjadi topik hangat kerana dalam pasaran terlalu banyak madu sintetik atau pun madu tiruan yang kelihatan seperti madu asli tetapi sangat bahaya kepada kesihatan. Peniaga mafia hanya mementingkan keuntungan kerana mereka tahu permintaa madu sangat tinggi di kalangan rakyat Malaysia terutama apabila dikaitan dengan makanan sunnah.

Sarang lebah kelulut untuk kegunaan sendiri
Sarang lebah kelulut untuk kegunaan sendiri

Dari perbincangan tersebut maka terkeluarlah idea kenapa tidak aku ternak lebah kelulut di rumah jadi sudah pasti dapat madu lebah kelulut yang asli. Terima kasih kepada sahabat ku Mesol yang bagi idea sangat bernas.  Nak minta bantuan daripada Dr. Shamsul agak susah sebab beliau menetap di Kuala Terengganu jadi aku tanya kawan-kawan di Lembah Klang yang boleh membantu. Alhamdulillah rupanya ada seorang bapa pelajar Madrasah Tahfiz An Nur, Tuan Sazali memang pakar tentang lebah kelulut dan tinggal tak jauh di Hulu Langat. Terima kasih kepada Tuan Sazali yang bersusah payah menghantar dan memasang sarang lebah kelulut di malam hari.

Menyedut madu hasil ternakan sendiri
Menyedut madu hasil ternakan sendiri
Madu lebah kelulut asli sangat berkhasiat dan mahal harganya
Madu lebah kelulut asli sangant berkhasiat dan mahal harganya

Hasil daripada idea bernas ini sekarang bukan sahaja aku sudah ada tiga sarang lebah kelulut sendiri malahan Madrasah Tahfiz An nur juga sudah ada lebih daripada 50 sarang lebah kelulut untuk menjana pendapatan madrasah. Alhamdulillah adik aku di Bandar Tenggara Johor juga sudah ada lebih 60 sarang lebah kelulut. Untuk pengetahuan pembaca harga madu lebah kelulut lebih mahal daripada madu lebah biasa sehingga mencecah RM300 – 500 sekilo. Nak kumpulkan madu lebah kelulut boleh sedut dengan mesin atau boleh sedut dengan straw terus dari sarang … peehhh nikmatnya bermadu.

Ustaz Firdaus pakar lebah kelulut
Ustaz Firdaus pakar lebah kelulut

Kepada sahabat yang nak ternak lebah kelulut di rumah bolehlah roger-roger Ustaz Firdaus tapi ustaz jangan lupa percent untuk saya heeeee. Madu lebah kelulut memang sedap tak terlawan dengan madu poligami. Terima kasih kepada semua sahabat jemaah yang membantu sehingga aku mampu menternak lebah kelulut sendiri. Itulah kehebat Jemaah Bisnis Denaihati.

102 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!