Poligami Pengalaman Peribadi

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tertarik dengan komen terbaru daripada seorang wanita dalam entri “Kesalahan Besar Suami” : “sy penah dimadukan 2x..mula mmg mrah sbb ditipu…tp akhirnya reda..mungkin sudah ketentuan ilahi…cuba perbaiki kelemahan diri…tp…dia tdk mghargai sgl pengorbanan…diri dn ank2 terus diabaikan bertahun2….sy tetap sabar sehingga kasih yg tersisa lenyap terus krn keegoaannya….akhirnya penantian tiada kesudahan…dr hati terus terluka…sy mengambil langkah demi kebahagiaan diri…akhirnya sy bebas dn kebahagiaan kini milik sy dan ank2…….pengajrannya suami kalau dh curang dia akn teus curang…wpun isteri yg ada setia menanti…so…membebaskan diri lbh baik dr bersama memakan diri.”

Kalau baca komen-komen di entri “Apa salahnya suami berpoligami” majoriti tidak menolak poligami tetapi ramai yang mempersoalkan berapa ramai suami yang benar-benar layak berpoligami.

Poligami terlalu rapat dengan diri aku. Jangan terkejut ya …. Aku belum lagi berpoligami tetapi dikelilingi oleh keluarga dan rakan-rakan yang berpoligami serta teman yang menjadi isteri kedua. Banyak peritistiwa sedih dan lucu yang berlaku di depan mata melihat kehidupan berpoligami antaranya :

1. Seorang teman Chef mempunyai tiga orang isteri yang tinggal serumah. Ketiga-tiga isteri bertungkus lumus berkerjasama mencari rezeki kerana rakan aku ini tidak pernah memberi belanja rumah. Kawan aku ini sibuk melayan awek baru yang bakal menjadi isteri ke empat.

2. Seorang sahabat Ulama yang memang terkenal berkahwin kali ketiga setelah isteri kedua meninggal kerana kanser. Isteri ketiga berusia 21 tahun berhijrah dari agama kristian ke agama Islam, tinggal berjiran dengan isteri pertama. Hidup aman damai kerana Islam dijadikan sebagai panduan dalam membina keluarga yang bahagia.

3. Seorang rakan Master Chef lintang pukang rumahtangga dengan isteri pertama setelah perkahwinan ke dua terdedah. Niat rakan aku ini baik nak selamatkan janda yang baru berhijrah agama ke Islam. Mungkin juga rakan aku ini nak anak perempuan yang tidak diperolehi daripada isteri pertama. Bertahun jugalah nak bagi stabil rumahtangga kedua-dua tu pun setelah berguru dengan beberapa ustaz. Agama juga dapat selamatkan rumahtangga teman aku ni.

4. Kawan perempuan aku ni bermadu jadi isteri ke dua. Kesian juga kerja bertungkus lumus cari rezeki nak besarkan anak dan belanja rumahtangga. Katanya suami tak bagi satu sen pun. Tapi kawan aku selalu redha dengan ujian Allah semuga dia terus kuat.

selamat pengantin madu

Banyak lagi kalau nak cerita kisah poligami yang berlaku sekeliling aku. Ada kes isteri ke dua yang tidak dapat menerima hakikat dia bermadu walaupun sebelum kahwin dah tahu dia bakal jadi isteri kedua. Isteri kedua serang isteri pertama dengan bermacam kata-kata kesat melalui SMS dan panggilan telefon dengan tujuan untuk menguasi suami dan harta benda. Isteri pertama tidak maklumkan pada suami tentangan serangan isteri kedua sebab mungkin dia dah hilang harapan pada suaminya. Anak menjadi penyelamat rumahtangga tapi sampai bila.

Teringat cakap isteri, mana ada lelaki tak nak berpoligami. Memang tak dinafikan semua lelaki ada perasaan nak berpoligami tetapi tak semua lelaki akan berpoligami. Berpoligami memang sunnah Nabi tetapi jodoh ini ketentuan Allah SWT. Ada kawan yang sibuk nak berpoligami tapi sampai sekarang tak termakbul dan ada kawan senyap-senyap je tapi rupanya dah ada tiga. Ada lelaki lebih mengutama urusan lain selain daripada memikirkan poligami kerana sunnah Nabi bukan hanya berpoligami ada beribu lagi yang lain antaranya berniaga dan membantu umat Islam seluruh dunia. Lagi pun hidup di dunia sebentar kebahagian akhirat yang dicari tapi majoriti kita mengejar kebahagian dunia tapi malangnya tak pun bahagia malah rumahtangga jadi bercelaru. Soalnya sampai bila?

Kepada rakan-rakan yang sudah berpoligami good luck to you all, kepada yang belum ada rancangan nak cuba ke?

186 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!