Membina jenama besar memang berbaloi

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, membina jenama bukan kerja mudah. Jenama Denaihati sejak dilahirkan pada tahun 2008 sudah beberapa kali di ubah suai mengikut keperluan semasa yang sentiasa berubah pantas bersama perubahan teknologi dunia. Aku sangat mementingkan jenama kerana jenama boleh mengubah kehidupan seseorang ketahap yang tidak pernah difikir oleh kita. Lihat sahaja jenama besar seperti Apple, Samsung, Microsoft, Amway, Milo dan sebagainya, siapa yang tidak kenal.

Sekolah Tinggi Norol Iman sumbangan penderma dari seluruh dunia.
Sekolah Tinggi Norol Iman sumbangan penderma dari seluruh dunia.
Perigi wakaf daripada penderma seluruh dunia.
Perigi wakaf daripada pederma seluruh dunia.

Aku nak kongsikan kisah Aku dan bos Masrukhin Marzoki serta rakan-rakan di Cambodian Muslim Cooperatives mengambil masa lebih 3 tahun membina jenama eQurban. Kami bermula dengan modul sosial bisnis yang tidak pernah dibuat oleh sesiapa di Kemboja jadi sudah pasti mendapat tentangan hebat. Alhamdulillah setelah lima tahun bertapak di Kemboja sudah ramai individu dan NGO yang yakin dengan eQurban sehingga sanggup memberi beratus malahan berjuta dollar untuk membantu saudara Islam di Kemboja. Itulah cara membina jenama perlu kesabaran, istiqomah, strategi yang betul dan jangan pernah putus asa.

Asrama Putri Sekolah Tinggi Norol Iman sumbangan penderma sedunia.
Asrama Putri Sekolah Tinggi Norol Iman sumbangan penderma sedunia.

Jenama eQurban sekarang sudah menjadi jenama besar melangkaui Kemboja membantu saudara Islam di Filipina, Indonesia, Bangladesh, Kazakhstan dan insyaa Allah akan lebih banyak negara akan kita jejaki. Semuanya berlaku dengan izin ALLAH apabila jenama eQurban mendapat kepercayaan. Kepada rakan pembaca yang nak menyokong perjuangan eQurban membantu umat Islam sedunia jom kita tempah qurban dan aqiqah di eQurban.com.

Tanah Wakaf derma dari seluruh dunia.
Tanah Wakaf derma dari seluruh dunia.

Hari ini kami sedang membina jenama baru iaitu Jemaah Bisnis Denaihati. Insyaa ALLAH suatu hari nanti jenama Jemaah Bisnis Denaihati juga akan jadi jenama besar sehebat jenama eQurban. Ketika itu ‪#‎JemaahBisnisDenaihati‬ akan berjalan seiring dengan ‪#‎eQurban‬ membantu umat Islam seluruh dunia. Kalau nak bersama kami berjuang jom lah. Hari ini mungkin hanya impian tetapi esok atau lusa bakal jadi kenyataan dengan kerja berjemaah yang sungguh-sungguh dan istiqomah.

Semuanya sudah terbukti dengan jenama eQurban dan Denaihati. Kenapa tak percaya?

54 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!