Qurban tanda kita sayang pada keluarga

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, antara yg menarik intipati khutbah yang dibaca oleh khatin ketika solat Jumaat di Surau Al Ikhlas Bukit Belimbing, katanya asbab terlalu sayangnya Nabi Ibrahim a.s kepada anaknya Nabi Ismail a.s maka ALLAH perintah untuk korbankan anak baginda. Baginda taat pada perintah ALLAH dengan redha ingin mengorbankan Nabi Ismail. Atas ketaat tersebut ALLAH ganti Nabi Ismail yang nak di qurban dengan seekor kibas.

qurban kambing kemboja 2015

Kita pun sayang pada isteri dan anak-anak tetapi bila ALLAH perintah berqurban walaupun hanya sunat muakkad iaitu sunat yg dituntut tetapi kita sering bagi alasan tiada duit. Nabi Ibrahim tak ada anak yang lain  selain Nabi Ismail a.s tetapi taatnya pada perintah ALLAH tetap baginda hendak lakukan qurban tersebut. Kalau kita benar-benar sayang kepada isteri dan anak-anak kita dan paling penting taat pada perintah ALLAH pasti kita akan usaha sedaya upaya untuk laksanakan qurban setiap tahun walaupun hanya satu bahagian lembu atau seekor kambing.

qurban lembu kemboja 2015

Sudah pasti kita akan berusaha mencari dana untuk melaksanakan qurban kerana taatnya kita pada perintah ALLAH dan kasih sayangnya kita kepada isteri dan anak-anak. Kalau dengan sengaja memberi alasan tiada duit tanpa berusaha-usaha bersungguh bukankah itu tanda kasih sayang kita hanya di bibir, palsu di sisi ALLAH. Jadi mari kita buktikan kasih sayang kita adalah tulin bukan palsu. Sebenarnya kita tiada alasan untuk tidak melaksanakan ibadah qurban setiap tahun.

Dimana nak laksanakan qurban? Dimana-mana saja yang anda fikir mudah. Kalau nak buat secara online dan nak bantu saudara Islam di Kemboja & seluruh dunia dengan harga qurban yang murah boleh laksanakan di eQurban.com.

qurban kambing Mekah 2015

Kita buat sebab kita sayang pada kaum keluarga dan lebih penting taat pd perintah ALLAH. Apabila Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s taat dengan perintah ALLAH berbagai nikmat baginda berdua dapat. Kita juga akan dapat berbagai manafaat dan nikmat apabila melaksanakan qurban dengan niat kerana ALLAH. Tak percaya laksanakan setiap tahun pasti anda akan merasa nikmat qurban tersebut.

47 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!