Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setahun yang lalu sahabat baik saya Prof Madya Dr. Shamsul Bahari dan isterinya Pn. Zayda Kassim yang juga rakan sekolah aku ketika belajar di Sekolah Men Sains Johor datang ziarah ke rumah. Baru aku tahu rupanya sahabat aku ini pakar madu tapi bukanlah kisah madu tiga seperti cerita P. Ramlee. Di rumah kami memang tak pernah tak ada stok madu kan makanan sunnah dan disebut dalam Surah An Nahl jadi kalau kita tak amalkan siapa lagi.
Kami perbincangan kisah kehebatan 1001 khasiat madu lebah dan khasiat madu lebah kelulut sehingga peluang bisnis yang sangat besar di Malaysia kerana permintaan melebihi penawaran. Bila bercerita kisah madu pasti isu keaslian menjadi topik hangat kerana dalam pasaran terlalu banyak madu sintetik atau pun madu tiruan yang kelihatan seperti madu asli tetapi sangat bahaya kepada kesihatan. Peniaga mafia hanya mementingkan keuntungan kerana mereka tahu permintaa madu sangat tinggi di kalangan rakyat Malaysia terutama apabila dikaitan dengan makanan sunnah.
Dari perbincangan tersebut maka terkeluarlah idea kenapa tidak aku ternak lebah kelulut di rumah jadi sudah pasti dapat madu lebah kelulut yang asli. Terima kasih kepada sahabat ku Mesol yang bagi idea sangat bernas. Nak minta bantuan daripada Dr. Shamsul agak susah sebab beliau menetap di Kuala Terengganu jadi aku tanya kawan-kawan di Lembah Klang yang boleh membantu. Alhamdulillah rupanya ada seorang bapa pelajar Madrasah Tahfiz An Nur, Tuan Sazali memang pakar tentang lebah kelulut dan tinggal tak jauh di Hulu Langat. Terima kasih kepada Tuan Sazali yang bersusah payah menghantar dan memasang sarang lebah kelulut di malam hari.
Hasil daripada idea bernas ini sekarang bukan sahaja aku sudah ada tiga sarang lebah kelulut sendiri malahan Madrasah Tahfiz An nur juga sudah ada lebih daripada 50 sarang lebah kelulut untuk menjana pendapatan madrasah. Alhamdulillah adik aku di Bandar Tenggara Johor juga sudah ada lebih 60 sarang lebah kelulut. Untuk pengetahuan pembaca harga madu lebah kelulut lebih mahal daripada madu lebah biasa sehingga mencecah RM300 – 500 sekilo. Nak kumpulkan madu lebah kelulut boleh sedut dengan mesin atau boleh sedut dengan straw terus dari sarang … peehhh nikmatnya bermadu.
Kepada sahabat yang nak ternak lebah kelulut di rumah bolehlah roger-roger Ustaz Firdaus tapi ustaz jangan lupa percent untuk saya heeeee. Madu lebah kelulut memang sedap tak terlawan dengan madu poligami. Terima kasih kepada semua sahabat jemaah yang membantu sehingga aku mampu menternak lebah kelulut sendiri. Itulah kehebat Jemaah Bisnis Denaihati.
102 Comments
Semalam dah sembang sembang dengan En Hubby, nampaknya dia berminat dengan madu kelulut ni.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Meriahnya Hari Sukan Little Caliphs Semenyih
banyak khasiat madu ni, khasnya untuk minda anak anak yang masih bersekolah.
Curahan rasa Dr Fattah @ ..Tips Pilih Bidang Latihan Separa Perubatan
belum pernah rasa madu kelulut..apatah lagi hidup bermadu dengan isteri-isteri solehah..
jika ditakdirkan alangkah bestnya hidup ini he..he..he…
Curahan rasa mrhanafi @ ..Fahami Proses MNP Dalam Bestmobile
Haha, bermadu pun tak semestinya indah andai niat bermadu bukan kerana Allah.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Meriahnya Hari Sukan Little Caliphs Semenyih
sebut tentang madu ini memang xboleh di nafikan lagi kehebatan dan rahsia yang terkandung di dalam nya,Memang wajar jika harga madu mahal kerana bukan senang untuk mendapatkan nya kan,.
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Platform Luaskan Jaringan Perniagaan Serta Peluang mengembangkan perniagaan Anda Di Halfest 2015
madu kelulut memang sedap n banyak khasiatnya. cuma nak cari pun agak susah berbanding madu jenis lain. 😀
Curahan rasa Oja Samid @ ..Cara Berhenti Merokok dengan Mudah
pernah ambil madu ni, dia ada dlam bentuk stik gitu kan. senang dibawa kemana-mana. anyway kalau ternak sendiri, cemana cara nak handle lebah tu. dia tak gigit ke? maklumlah anak saya kecik2 lagi.
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..10 Tips Kempiskan Perut
Sama lah kan, saya pun terfikir lebah ni tak menggigit ke? Ehehe
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Meriahnya Hari Sukan Little Caliphs Semenyih
Madu kelulut ni memang digemari ramai kerana khasiat dan rasanya. Harganya pun mahal tapi setanding kualiti dan khasiatnya. Macam mudah pula nampaknya nak ternak madu kelulut ni…
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Bila Cendawan Busut Datang Bertamu ~ Alhamdulillah!
jika dapat diusahakan secara besar besaran dan dijenamakan pasti boleh menjadi sumber pendapatan yang lumayan.
Curahan rasa ikhwan @ ..Tips Lulus Peperiksaan Separa Perubatan
Teringat kenangan dulu-dulu menghalau lebah dengan asap di belakang rumah untuk mengambil madunya. Takut juga kalau kena serang….
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Bila Cendawan Busut Datang Bertamu ~ Alhamdulillah!
sedap madu lebah kelulut ni. beza betol dengan madu lebah yg ade kat pasaran skrg.
bagus jugak idea ternak kat rumah. boleh sedut anytime hehe free pon free 🙂
Kan, macam nampak mudah je nak sedut, bolehlah kita cuba 🙂
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Bila Cendawan Busut Datang Bertamu ~ Alhamdulillah!
Memang terbaik ni. Abang ipar saya di Bachok, Kelantan pun sedang usahakan bisnes madu kelulut ni. Potensi memang besar insyaAllah.
Curahan rasa Hilmi @ ..Produk Vitamin Yang Bagus Untuk Tubuh
kawasan mana kat Bachok yang jual madu kelulut? bolehlah terjah ni…
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Epidural Tidak Melumpuhkan, Tapi Ada Syarat Sebelum Buat
Wah first time Ani tengok gambar dekat sarang lebah ni. selalu tak berani huhu. Madu makanan sunnah 🙂
Curahan rasa Ani Haryani @ ..Beruntungnya Wanita! Islam Angkat Darjat Wanita
Memang sedap. Saya pernah juga dapat merasa madu ni walaupun sesudu.
Curahan rasa Wadi Iman Guesthouse @ ..Throwback Thursday – Table Top & Kitchen Cabinet
MashaAllah. Sedapnya saya pernah mencuba sebelum ini. Bila fikirkan, jual madu lebah kelulut ni bagus juga dengan harga pasaran sekarang ini yang agak mahal.
Curahan rasa TruthHalal.my @ ..Apa Itu Fatwa Kebangsaan Malaysia dan Persoalannya
ya.. saya setuju… pada zqman sekarang ni kita kena berusaha mempelbagaikan sumber pendapatan…
Curahan rasa anuar @ ..Dapat Duit Raya Daripada KlikJer.com
Ya, rasa madu kelulut sedikit berbeza jika dibandingkan dengan madu biasa yang kebanyakannya datang dari Timur Tengah. Rasa manisnya tetap ada tetapi kalau dimakan madu ini, di hujung-hujung lidah itu akan terasa sedikit kemasam-masaman. Memang tidak dapat dinafikan lagi akan kelebihan madu kelulut ini yang dapat merawat penyakit-penyakit tertentu dan dapat juga mengekalkan kesihatan pengamalnya. Terima kasih kepada pihak-pihak penyelidik dalam menyumbang kepada penyelidikan madu kelulut ini terutamanya pihak USM Kubang Kerian yang bertungkus-lumus melakukan kajian supaya ia dapat dikomersialkan.
P.S: Madu memang sedap tetapi saya percaya kalau topik ber’madu’ tu bukan semua perempuan suka kan..hehe
secara jujur saya belum pernah lagi makan madu lebah kelulut… saya belum dapat bayanflan kagi bagaimana rasanya… terima kasih diucapkan kepada tuan Denaihati dan rakan2 yang sudi berkongsi info tentang lebah kelulut ni…
Curahan rasa anuar @ ..Dapat Duit Raya Daripada KlikJer.com
Hihi, ye topik bermadu agak sensistif. Tapi Madu kelulut pastinya ramai yang suka..
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Bila Cendawan Busut Datang Bertamu ~ Alhamdulillah!
banyak manfaat untuk kesehatan yang terdapat dalam madu seperti ini. terima kasih udah di share
Curahan rasa cara membuat kartu pelajar @ ..Cara membuat kartu siswa dengan sangat mudah
Comments are closed.