Cenderahati Untuk Peserta Gadget Impian dan Tugasan Akhir

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, masa untuk meneruskan contest gadget impian yang dah tertangguh untuk memberi ruang program cuti sekolah dan permulaan sessi sekolah Malaysia 2012. Ramai peserta dah tanya bila nak mula peringkat final contest gadget impian.

Minggu lepas team Denaihati dah kirim email kepada semua peserta contest untuk dapatkan alamat. Semua peserta contest layak untuk mendapat sebuah buku tulisan ahli kooperat Tan Sri Muhamad Ali Hashim berjudul “Khalifah Lawan Superman”. Kepada yang belum balas email sila balas kerana proses pengiriman akan bermula. Semuga ada ilmu yang boleh ditimba setelah membaca buku dari tokoh perniagaan yang hebat ini.

20120112-152737.jpg

Berdasarkan analisa daripada semua entri peserta contest tidak sampai 20 penyertaan yang dapat mengumpul total mata retweet, FB like/share, Google +1 dan komen melebihi 1000. Untuk itu keputusan dibuat semua peserta contest yang berjaya mengumpul total mata melebihi 1000 terpilih untuk masuk pusingan akhir contest gadget impian. Senarai peserta akhir tidak dikeluarkan kerana pasti peserta sendiri tahu mereka terpilih atau tidak.

Apa yang perlu dilakukan oleh peserta yang berjaya masuk ke final :

1. Peserta akhir perlu menulis satu entri mengapa anda inginkan gadget impian yang dipilih dan dikirimkan kepada email admin [@] denaihati [dot] com.
2. Atas permintaan ramai peserta kerana perubahan teknologi yang pantas peserta dibenarkan menukar gadget impiam mengikut selera terkini.
3. Entri baru gadget impian untuk peserta akhir mesti sampai ke meja team Denaihati sebelum 11.59pm, 15/1/2012. Sebarang kelewatan jangan ditangisi sekiranya penyertaan ditolak oleh penaja.
4. Arahan pemilihan pemenang akan dibuat dalam entri yang lain.

Terima kasih kepada semua peserta yang telah menyertai contest gadget impian. Jangan kecewa kepada yang tak dapat masuk final kerana banyak lagi peluang yang ada di masa akan datang. Tahniah kepada yang berjaya masuk final teruskan perjuangan sehingga keakhir.

Hidup mesti berani gagal.


Spread the love

195 Comments

  1. SALAM….tumpang tanya…kenapa entri yang saya hantar kat email DH gagal…banyak kali saya cuba…sebelum 15 hari bulan hari tu lagi…dan baru tadi saya hantar…baru dapat…saya masih sempat ke..??

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!