Kontroversi Kopitiam Yang tidak ada Sijil HALAL daripada JAKIM
Lebih 11,000 pelawat telah singgah ke entri “Dua Kopitiam yang ada sijil HALAL daripada JAKIM” dan lebih darpada 100 komen, cadangan, pandangan serta kritik telah dikongsikan diruang komen.
Aloqmalai : sijil halal JAKIM tu mahal..that’s why, x byk yg mampu utk apply..dan sebab tu gak la, ada kedai2 yg main tampal ja halal,kdg2 siam nya halal pn ada…xtau la bro sejauh mana kebenarannya.
Immabastard : Jadi kalau termakan di tempat yang tiada logo halal JAKIM, maknanya termakan benda tidak halal ke? Jadi kalau makan di kedai Muslim (dan bukan semua Kopitiam dimiliki non-Muslim), dijamin HALAL ke? Ini masalah orang Islam. Sibuk atas yang zahir (appearance) macam logo la apa la. Atau bersifat pro-Islam sedangkan kedai Islam itu mungkin penuh kekotoran (macam warung-warung dan stall bulan ramadhan). It’s the haramness that must be proven, idiots. Not the reverse.
Bluecrystaldude : yg kat oldtown tu bkn dari JAKIM. but, oldtown is very strict at cleanliness & all that which is required in halal. come on la, kdai makan melayu pun tak bersih la, klu btul2 JAKIM check pun fail jugak. aku pelik la kan ape yg JAKIM nak buat skang ni… nak sibuk2 sgt ngan kopitiam. yg ade2 yg lain tu, yg mlayu jage tu pun kdg2 melecet gak.
[ad#serverfreak]
Mizie : halal bukan dari segi kebersihan tapi.. sumber makanan tu daripada yang haram contohnya : lemak haiwan, xsemestinya babi mungkin dari kura-kura, katak, atau yang xdisembelih cara islam. Ada cafe yg halal spt Secret Recipe walaupun mahal la dari kopitiam yg xder sijil halal jakim.. ala kfc,McD, pizza hut pun ada apply halal jakim why not? apply je la…
Dan banyak lagi komen dan pandangan yang memang panas betul nak tahu boleh terus je ke entri Dua Kopitiam yang ada sijil HALAL daripada JAKIM” dan jangan lupa kongsikan juga pandangan bernas yang boleh menambah baik sistem Sijil HALAL.

Lagi pesanan Allah SWT : “Dan makanlah dari apa yang telah diberikan Allah kepada kamu sebagai rezeki yang HALAL dan BAIK dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.” Al-Ma’idah : 88.
Lebih 40% penduduk Malaysia adalah bukan Islam yang mempunyai hak untuk membuka apa juga konsep restauran yang bersih dan enak dimakan untuk komuniti mereka tanpa boleh dipaksa untuk memohon Sijil HALAL JAKIM. Umat Islam pula mempunyai tanggungjawab sendiri untuk memastikan setiap makanan yang mereka makan adalah HALAL bukan hanya bergantung 100% kepada orang lain untuk menentukan keHALALan makanan yang masuk ke dalam tubuh kita. Bayangkan umat Islam yang menjadi minoriti di sesebuah negara seperti Cambodia, mereka perlu menilai makanan mereka sendiri tanpa badan tertentu untuk menentukan keHALAan makanan mereka. Walaubagaimanapun tetap menjadi satu kesalahan kepada kopitiam yang memaparkan Sijil HALAL palsu.
Cuma ada juga betulnya pandangan dari mizie ni : buat aduan kat jakim bila ada kerjasama bleh la buat tindakan.. polis pun xder report x datang rumah kena samun.
Semak status Halal Jakim online dan SMS @ Halal Jakim
[ad#Adsense300]
