Review Game Facebook Melayu : Kesatria Poyos

2-3 hari lepas aku dapat email : “Kalau atok nak ko buat review mengenai game Facebook berbahasa Melayu, Kesatria Poyos, boleh ker?” Siapa lagi yang nak sokong produk Melayu kalau bukan kita juga jadi jawapan aku adalah Ya, boleh. Tanpa dirancang rupanya blog Hidup Biar Sedap juga buat Review yang sama.

Review Kesatria Poyos seperti yang ditulis oleh Atok : Kesatria Poyos adalah permainan lawan-lawan Bahasa Melayu di Facebook. Mulakan sebagai hulubalang biasa dan seterusnya ke arah seorang Kesatria yang gagah berani lagi poyo!

– engine game ni lebih kurang sama dengan Mafia Wars
– ramai gamers yang saling bantu-membantu, walaupun selalu saling serang menyerang antara satu sama lain
– banyak hadiah misteri dan contest unik disediakan untuk pemain
– tips, strategi dan pengumuman penting mengenai game di sediakan di blog Empayar Poyos http://empayar-poyos.com
– juga dimain oleh seorang selebriti terkenal Malaysia, Farid Kamil! http://empayar-poyos.com/farid-kamil-pun-main-kesatria-poyos/
– game dicipta oleh Atok Nujum http://www.facebook.com/atokpoyogiler.

Antara review/testimonial mengenai Kesatria Poyos dari para pemain:

Mans Ihum : pada mula nyer aku x brminat sangat nak main game poyos nie..sbb bgi aku susuh giler..nasib baik ler si fendy mato ijo tu yang ajar..tq bro…saat nie aku dah kira ok masuk tahap 14,…dan kini aku jadi sorang mat gian dlm game ni..game ni poyos giler..aku suke aku suke..tahniah pada pencipta dan pengasas game ni….mertabatkanlah bahasa melayu dalam menuju arah kemodenan…

Azman Hisyam : setelah aku menjoinkan diri dalam game Kesatria Poyos ini,baru aku sedar bahawa aku sorang yang sungguh bergaya apatah lagi hebat belaka…disebabkan kesatria Poyos ini telah mempoyoskan aku,aku telah dikenali oleh ramai gadis-gadis…hal ini menyebabkan tok nujum mahupun persatuan2 tok-tok sedunia mencemburui kehebatan Kesatria Poyos aku…aku tidak minta semua ini terjadi…dengan berbekalkan bala tentera siput sedut sebanyak 1gig,aku menyeru bahawa menjoinkan la diri dalam game “KESATRIA POYOS” ini,jangan biarkan profile anda tidak mempunyai Kesatria Poyos…Time kasehhhh…

Alip Aieman : Kesatria Poyos ini suatu permainan berbahasa melayu yang sangat seronok . Sesuai untuk semua umur dan lapisan masyarakat . LoL . Aku sangat berbangga kerana Malaysia mempunyai game yang sebegini rupanya . Dalam game nie ada banyak elemen yang dicampurkan seperti cabaran , lawak dan kerjasama ..

ZulFadhli Sharingan Ameterasu : kesatria poyos mmg de bez..gamenye agak mcabar..lbih mncabar dri mafia war..tp lawak pon ade gk..smpai tergelak tergolek ak dibuatnyew…hahaa..ppepon syabas drpd pihak SYABAS kpd org yg cipta game nie krna mmpu mcipta game nie dan bjaye mnrik mnat org len ntuk join main kesatria poyos…smpai ak pon tertarik.hak3..n kpda smue ksatria2 poyos good luck all..smoge thap korang smue cpt naek..n jlnkn misi2 korang dgn sbaek2nyew dn pnuh btnggungjawab….hahahaa…

Ahmad Razien : kita kena tunjuk kat org luar, malaysia jugak ada geme yang setanding dengan kehebatan diorang… cuma diorang takder game yang sepoyo game kita!! Hidup Tok Nujum Poyo!!

Nurazura Aslinda : sape yg cipta game nih? Tak sangka aku telah terjebak dlm pertarungan poyo ni..uhuk..uhuk..

Junizam Aziz : perghh..marvelous…penuh dgn misi poyo yg mendebarkan.. mengeletek jiwa sehingga membuatkan aku tak berhenti tersengih seorang diri…sebagai rakyat malaysia…aku bangga dengan pencapaian hebat rakyat malaysia selaras dengan saranan PM..’rakyat di dahulukan,pencapaian diutamakan’….keep up the good job….bravooo…

Budak Kechik : Kesatria Paling hebat, siapa bermain terus tarik minat, jika tidak ia memang ralat, itulah Kesatria Poyos yang paling kuat…

Jadi kepada yang kaki main game di Facebook boleh terus merasai pengalaman sendiri di http://apps.facebook.com/kesatria-poyos dan kepada yang belum ikut facebook denaihati joom follow di http://facebook.com/denaihati.
[ad#HTML]

125 Comments

    1. @caspian, Caspian dah buat review khas untuk KP.. caya la.. tahniah untuk usaha anda. Semoga lebih ramai menyokong produk tempatan
      .-= Steward John´s last blog ..Slug that fires love darts at its chosen mate | An Important Discovery =-.

  1. huhuh da main game ni..best la jgk..100% made in Malay..uhuhuh..bangga btl ada anak melayu bt game hebat mcm ni..

    1. @Sakira, erm game ni best tp game ni mirip mcm mafia wars je kn..kena cri geng ramai2

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!