Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillaf dengan izin Allah aku berkesempatan membawa keluarga ke Kemboja pada cuti sekolah baru-baru ini. Kami memulakan kembara Kemboja dengan melawat bandar pelancongan Siem Reap dan kemudian terus ke Phnom Penh dengan menaiki bas dan singgah di beberapa perkampungan Islam. Tujuan aku membawa keluarga adalah :
- Menunjukan aktiviti dan memkenalkan keluarga dengan rakan-rakan yang aku berurusan di Kemboja supaya tiada rasa resah di hati sebab ramai orang kata awek Kemboja cantik-cantik.
- Supaya keluarga dapat melihat sendiri suasana dan budaya umat Islam Kemboja.
- Membawa anak-anak yang hidup agak mewah merasai sendiri susah senang dan mujahadahnya umat Islam Kemboja supaya ada rasa syukur dalam hati dengan setiap pemberian ALLAH.
Kemboja adalah negara pelancungan yang menarik dengan pelbagai produk pelancungan tetapi untuk pelancung Muslim agak sukar kalau tiada orang Muslim yang menemani terutama untuk mendapat Makanan HALAL. Jumlah penduduk Islam di Kemboja hanya sekitar 750,000 daripada 14 juta jumlah populasi. Majoriti kehidupan umat Islam adalah daif. Kerajaan Kemboja tidak menindas tetapi mereka perlu berusaha sendiri tanpa bantuan subsidi seperti di Malaysia (tapi berapa ramai kalangan kita yang bersyukur). Tujuan besar kami di Kemboja dengan bantuan Pejabat Mufti, Cambodia Islamic Center dan Koperasi Muslim Cambodia adalah untuk membantu meningkatkan taraf ekonomi umat Islam. Berbagai perancangan telah dirancangan dan juga sedang dilaksanakan bagi mencapai matlamat tersebut.
Anda juga boleh memberi bantuan kepada umat Islam di Kemboja dengan pelbagai cara seperti :
- Memberi sumbangan kewangan untuk menguruskan Madrasah dan Masjid.
- Menaja pelajar yang layak untuk menyambung pelajaran ke Malaysia.
- Memberi peluang pekerjaan seperti pembantu rumah, pembantu bengkel, pembantu restoran dan lain-lain.
- Berkunjung ke Kemboja melalui travel agen Muslim yang disediakan untuk melihat dan merasai sendiri suasana kehidupan Muslim Kemboja.
- Menjadi ahli Koperasi Muslim Cambodia.
- Membuat usahasama bisnis dengan menyumbangkan sebahagian keuntungan kepada NGO Islam yang berdaftar dengan Pejabat Mufti seperti Cambodia Islamic Center.
- Melatih pemuda Islam dalam sektor yang mereka boleh usahakan di Cambodia.
Jika kita sebagai Umat Islam tidak memberi bantuan kepada Umat Islam yang lain maka siapa lagi yang boleh diharapkan untuk membantu mereka?
Alhamdulillah kembara membawa keluarga ke Kemboja telah berjaya membuka mata hati anak-anak untuk menjadi manusia yang lebih sederhana. Apa yang sekarang sudah kami miliki hanya sebuah impian untuk anak-anak Kemboja. Semuga anak-anak akan terus menjadi manusia yang bersyukur. Kepada ibu bapa yang ada masalah mendidik anak mungkin membawa anak-anak melawat negara miskin atau keluarga miskin boleh membuka sedikit mata hati mereka.
23 Comments
sangat jeli bro untuk mencari peluang beramal bagi sesama
Jeli tu apa sebenarnya bro Munir? adakah ia sama seperti baik?
Curahan rasa Steward John @ ..Hello Diva- Goodbye Hallmark
Jeli itu adalah cerdik melihat peluang.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Download Soal SNMPTN 2011
Sesama muslim kita wajib saling membantu.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Download Soal SNMPTN 2011
sepatutnya kita umat islam yang harus mambantu memalui saluran yang betul ini merukankan tanggungjawab kita bersama membantu saudara2 kita
salam,
saya pernah baca dlm surat khabar cerita kedaifan umat islam disana ,saya nak melawat dan melihat sendiri keadaan mereka di sana.. camna nak kesana?
Salam … Saya bersama 5 lagi rakan (Islam/Kelantan) akan melawat Phnom Penh Julai 2010 ini. Sesiapa yg dapat memberi panduan yang sesuai bagi kami iaitu Tempat menginap/ Makanan Halal/ Ziarah/ Masjid/ Lain2. T.Kasih
itulah hakikatnya.
terkadang kita tidak bersyukur
makan nasi dgn 2 jenis lauk pauk pun dah merungut
.-= Wan Perlis´s last blog ..Anti Earth Hour =-.
@Wan Perlis, di Madrasah CIC lauk daging ni macam raya je selalunya berlauk garam.
bab-bab kerja amal macam ni akupun suka, tak kisah apa bentuk sekalipun, kalau tak dapat bantu dengan kewangan, mungkin boleh bantu dengan buah fikiran, tenaga, dsb..
.-= kulanz´s last blog ..Malubang dan Lagenda Kapal Nahkoda Supirak =-.
@kulanz, betul tu ada macam2 cara kita boleh memberi bukan sekadar wang sahaja.
yups…sokong cadangan pertama tu
tubuhkan tabung dkt gengblogger
@hans, sedang diusahakan tabung khas bagi yg ingin berinfaq.
hari tu saya ada tengok dokumentari di astro oasis yg memaparkan sekolah agama di Cambodia. keadaan kelas yang daif. pelajar2nya cuma makan nasi putih tanpa lauk di dulang beramai-ramai..
.-= Nadri´s last blog ..Cium Anak Pun Boleh Dapat Pahala =-.
@Nadri, kami akan lancar 1 program motivasi yang terbuka kepada student Malaysia untuk tinggal dan belajar bersama dengan pelajar Kemboja di Madrasah terpilih selama 3 minggu. Sambil belajar juga menderma melalu biayai yg kita kumpulkan.
salam, setuju dengan cadangan saudara x-po
bro, apakat ko wujudkan tabung cambodia utk geng2 blogger..insyaallah geng2 blogger akan membantu sbb ada saluran yg betul..
.-= x-po´s last blog ..PATUTKAH LAGU LUAR DIKURANGKAN DI RADIO MALAYSIA? =-.
@x-po, terima kasih jadi penGOMEL pertama. Bagus juga idea ni tapi kita tunggu respond teman-teman lain juga.
Comments are closed.