Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah keputusan STAM abang sangat baik. Impian di hati nak sambung belajar ke Universiti Madinah semuga menjadi kenyataan. Memilih universiti untuk sambung belajar sangat penting kerana ia akan menentukan hajat di hati untuk mendapat kerjaya impian tercapai.
Pemilihan universiti perlu bantuan daripada Ibu bapa dan guru-guru supaya pelajar lepasan STAM, SPM dan STPM tidak tersalah pilih. Aku dahulu tidak terpilih untuk ke universiti impian hati dan akhirnya dengan rela memilih untuk masuk ke UKM. Akhirnya belajar lain, bekerja lain dan berkerjaya lain.
Kepada adik-adik yang masih ragu dengan kerjaya yang ingin diceburi mungkin boleh menonton program kerjaya impian yang di siarkan oleh Astro Tutor pada setiap hari Jumaat yang boleh dijadikan panduan untuk memilih kerjaya mengikut bidang yang berdaya saing..
Berikutan sambutan yang menggalakkan daripada musim yang pertama, Astro dengan berbesar hati membawakan Kerjaya Impian untuk musim kedua. Kerjaya Impian Musim Kedua akan bersiaran pada setiap hari Jumaat bermula dari 30 Januari 2015, jam 5.30 petang secara eksklusif di Astro Tutor TV SPM (Saluran 603).
Pemilihan kerja sudah banyak berubah berbanding tahun-tahun kebelakangan kerana perubahan teknologi yang terlalu cepat. Zaman kami dulu tidak pernah terbayang kerjaya sebagai usahawan blogger, usahawan Affiliate, usahawan Facebook, usahawan instagram, usahawan Hartanah, usahawan ubat kuat lelaki atau usahawan emas apatah lagi seperti sekarang berbagai kerjaya baru yang bakal ditampilkan dalam program kerjaya impian musim kedua.
Kerjaya Impian Musim Kedua ini akan menampilkan skop bidang kerjaya yang lebih meluas berbanding kerjaya lazim yang dibawakan semasa musim pertama. Kesemua bidang kerjaya yang ditampilkan untuk musim ini merupakan kerjaya yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi, profesion dengan pendapatan yang lebih lumayan, atau kerjaya baru serta luar dari kelaziman. Antara industri yang ditampilkan adalah seperti keusahawanan, filem dan televisyen, keusahawanan teknologi, media digital, keusahawan minyak dan gas dan pelbagai lagi.
Ramai juga yang mempunyai kerjaya impian di zaman belajar tetapi semuanya tinggal kenangan kerana perubahan masa. Kerjaya boleh menjadi pengalaman yang sangat berharga sebelum menceburi diri dalam dunia perniagaan. Aku sangat menghargai pengalaman berkerja sebagai anggota kerajaan selama lebih 6 tahun dan kemudian berhijrah ke dunia perkerjaan swasta. Kedua-dua pengalaman berbeza yang boleh digunakan dalam kehidupan sebagai seorang blogger dan usahawan.
Apakah kerjaya impian anda? Impian aku nak jadi Usahawan Online Jutawan.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia untuk lulus temuduga kerja kerajaan! Klik Sini
Rahsia Untuk Lulus Temuduga Kerjaya impian samada kerajaan atau swasta! Klik Sini
Rahsia menulis resume yang akan membuatkan bakal majikan jatuh cinta! Klik Sini[/box]
142 Comments
Kerjaya yang cukup bagus sekarang ini..menjadi blogger professional..cuma cabaran kepada income sahaja
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Malaysia Best Blog 2015
Yelah setuju. Dulu study architecture tapi bila dah masuk alam kerja berkenalan dengan dunia bisnes pula. last sekali tinggal jadi pelukis pelan start bisnes. :p
Teringat diri sendiri.. Minat lain.. Study lain.. Kerja lain.. Huhu..
Curahan rasa ReeN @ ..Kelebihan Bonus di Pertengahan Bulan
yg pasti..apa yg kita belajar mungkin tak akan kita guna…tp yakinlah…ilmu Allah yang kita pelajari sudah kita mendapat pahalanya..apatah lagi bila kita beramal….
Curahan rasa hafizmd @ ..Jom Aktifkan Mykad. Kenapa Nak Aktifkan MyKad?
anggaplah ilmu yang kita belajar itu sebagai bonus walaupun kita tak guna semasa di alam pekerjaan
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Tips Mendidik Anak Lelaki
Betul, belum tentu pakai semuanya. Bab beramal tu buatlah sebaiknya dan sebanyak mana yg kita boleh tanpa had…
Curahan rasa Denaihati @ ..Fenomena artis K-Pop perangkap remaja Islam
DT amik kos Banking dan FInance. tapi bila nak kerja ni. tak nak kerja bahagian bank plak. DT suka kerja yang jumpa matahari.. turun site ke.. mencabar skit. kalau duduk kat ofis je tak best… tah lah… sekarang ni mengganggur… tengah fikir nak buat apa lepas ni,, ingat nak sambung belajar..Master in Finance. doakan DT ye
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Resipi Datin Tyka : Ayam Ala Kenny Roggers
wah…DT mmg suka adventure kan? bagus2…moga tercapai cita2 DT…ameen
Curahan rasa hafizmd @ ..Jom Aktifkan Mykad. Kenapa Nak Aktifkan MyKad?
semoga berjaya utk sambung belajar nanti…sambung belajar dalam bidang sama, Banking dan FInance yer…
Curahan rasa Denaihati @ ..Charlie Hebdo lukis lagi kartun Rasulullah
usahawan berjaya… freedom – wanna be a boss.. (not BOSSY )
kini saya berimpian untuk pakar dalam ilmu pembangunan dan potensi manusia..selain minat, ia adalah tuntutan untuk memberi manfaat kepada insan lain
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Formula Terhebat Untuk Menjadi Jutawan (2)
Dulu kan masa kecil kecil nk jadi chef dan penulis mcm arwah ayah,Alhamdulillah impian mnjadi chef sudah terlaksana tetapi sy berhenti kerana ada cita cita lebih besar lagi iaitu bergelar penulis,Doakan saya ya 🙂
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Resepi Kerabu Ayam Cili Padi Yang Menyelerakan
Tahniah tercapai dah cita2, penulis masakan lah bro mesti meletup nanti ni.
Curahan rasa Denaihati @ ..Kerjaya Impian selepas tamat belajar
saya x tau pula ada rancangan kerjaya impian ni, nampak menarik, saya x tau rancangan ni sebab x pakai astro, hehehe
Curahan rasa eBook Bisnes Online @ ..Peluang Data Entry Jobs Dari Malaysia Untuk Anda
dulu masa belajar bercita-cita nak bergaji besar (makan gaji) dan hidup begitu adalah impian. tapi seiring masa rupanya ditakdirkan untuk menjadi wahm seperti sekarang..
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Ankyloglossia Atau Tongue Tie Punca Bayi Sukar Menyusu?
Mungkin pendapatan sekarang jauh lebih baik dari cita2 tu… perancangan Allah sentiasa yg lebih baik.
Curahan rasa Denaihati @ ..Malaysia Best Blog 2015
dulu bila cikgu Tanya dah besar nal jadi ape?jawapan yang famous askar, sekrg boleh kot ajar anak jadi blogger cikgu.
Curahan rasa hafizi @ ..Larian Amal Negeri Melaka 2015
ahahha sama2.. tak askar, polis kan… minat gak jadi askar. tapi berat plak badan ni.. hehehe
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Resipi Datin Tyka : Ayam Ala Kenny Roggers
samalah tu…heee. askar dan polis, jangankan blogger, internet pun belum wujud lagi masa tu…
Curahan rasa Denaihati @ ..Persediaan menghadapi kemerosotan ekonomi dunia
saya alahamdulillah boleh belajar dan bekerja berkaitan dgn minat saya walaupun universiti yg saya belajar bukan pilihan utama saya….
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Telegraf Cinta USD by Hami Asraff
Minat boleh digilap walaupun asalnya kurang. Ramai juga kawan2 lepas dah minat, memang betul2 minat.
Curahan rasa Denaihati @ ..Semakan Keputusan Peperiksaan STAM 2014
Macam-macam cabang kerjaya ada sekarang ni. Kerjaya online pun tak kurang hebatnya.
Curahan rasa Malaysia Tercinta @ ..Trafik Blog Bagi Tahun 2014
dulu-dulu cita2 nak jadi penulis novel….jadi penulis blog pun tunggang langgang…hehehe
Curahan rasa Alin Marlini @ ..Langit Terbuka
Menulis mesti banyak praktislah… awal2 mestilah macam tu…lama-lama mana tau boleh jadi macam CEO karangkraf tu….
Curahan rasa Denaihati @ ..Diskaun sehingga 80% di Karnival Karangkraf 2015
Perancangan dari zaman belajar hingga dah bekerja masih sama.
Dan masih dalam bidang yang sama dan diminati.
Curahan rasa AZENI AHMAD @ ..Rabun mata selepas bersalin? Mitos atau fakta
Comments are closed.