Assalamualaikum dan salam 1Dunia, minat melabur semakin meningkat di kalangan Rakyat Malaysia. Pelaburan ada macam-macam contohnya ada yang minat melabur di Bursa Saham seperti Bro Kacak ni dan ada yang suka melabur di bidang property seperti Abang Ensem dan Sheikh Ganteng ni. Sejak kebelakangan ini semakin ramai yang terkejar-kejar untuk melabur dalam industri logam bernilai tinggi iaitu Emas dan Perak. Harga emas terkini di pasaran sudah melonjak banyak kalau dibandingkan 4-5 tahun yang lepas.
Apa yang aku kurang berkenan di Malaysia ini ramai sangat yang suka jadi Fund Manager yang tak bertauliah. Contohnya sekarang musim Emas dan Perak maka banyaklah syarikat pelaburan Emas dan Perak yang berdaftar di Malaysia tubuh bagai cendawan. Ramai yang jumpa aku memperkenalkan produk mereka tapi sehingga hari ini memang aku tak layan sebabnya sudah terlalu banyak syarikat pelaburan Emas yang kantoi diserbu Bank Negara dan akhirnya semua pelaburan terbeku dalam akaun. Yang aku tak tahan tu perkataan “Jangan risau pelaburan dapat kelulusan Bank Negara” … pehhh berani betul diaorang ni. Kalau ya nak promosi biarlah patut-patut.
Bank Negara Malaysia telah menyenaraikan 77 Syarikat Pelaburan dan Individu yang berdaftar dan tidak berdaftar di Malaysia dan juga Syarikat Pelaburan dari luar negara yang beroperasi secara online yang semuanya menjalankan operasi tidak mengikut peraturan kewangan di Malaysia.
Berikut antara Syarikat Pelaburan Tidak Sah Di Malaysia :
[box type=”shadow”]
- Arowana Ventures (Unlicensed Activities) – memang banyak dengar kisah scam Arowana ni.
- Genneva Malaysia Sdn Bhd (Gold Investment) – ada kawan ajak join ni.
- FX Primus (Forex Trading) – adalah buka akaun tapi tak buat sebab Forex ni memang super high risk jadi belum ada keberanian.
- Prestige Dairy Farm (Unlicensed Activities) – ehhkk tak kan susu pun jadi pelaburan.
- Titan Group Sdn Bhd (Unlicensed Activities) – harap-harap ini buka Titan Lelaki Kacak yang punya.
- RGCX Trading Corp (Forex Trading) – Rami juga yang email ajak join ni.
- Tabung Dana Ehsan (Unlicensed Activities) – nama je dah boleh kelirukan orang.
- Lagi senarai @ Senarai penuh syarikat pelaburan tak sah di Malaysia (klik) [/box]
Apa juga pelaburan yang kita masuk mestilah atas kesedaran kita kerana setiap pelaburan ada risikonya dan jangan sesekali menyalahkan kawan-kawan yang mengajak kita seperti yang kata Cikgu Amir penipu apabila berlaku kerugian kerana hak membuat keputusan adalah ditangan kita. Kekadang kerugian dalam pelaburan adalah salah satu cara ALLAH SWT nak membersihkan harta kita kerana terlupa nak berkongsi dengan orang lain melalui zakat, infaq dan sedekah.
142 Comments
macam taikkkkkk semua…!!!!!!
Harus berhati-hati dengan hal demikian
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Keutamaan Hikmah Qurban
kena hatilah pasni nak melabur..rupa-rupanya byk juga syarikat Pelaburan yang tidak sah
Curahan rasa Travel Website @ ..Brochures for Travel and Vacation
Paling tidak supaya bisa menghindarinya khan…
Maksudnya kalau sudah tahu maka sedapat mungkin tidak terlibat didalamnya.
Comments are closed.