Emas pelaburan bijak yang perlukan ilmu
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, budget 2013 telah umumkan berbagai bantuan seperti BR1M, bonus untuk penjawat awam, bantuan pendidikan, boucar buku, rebet smartphone dan sebagainya hanya bantuan sementara. Harga barang pasti akan terus naik dengan pergolakan ekonomi dunia yang tak nampak bila akan berakhir. Jadi mulai sekarang kita hanya ada dua pilihan iaitu bagaimana nak tambah income sampingan atau mengurangkan belanja ikut kemampuan.
Ada pulak yang risau nak simpan emas fizikal. Bahaya tu nak simpan emas fizikal banyak-banyak kat rumah mana tahu jadi macam aku rumah kena pecah …. pasti putih mata tengok emas kena rampok. Ada caranya nak melabur dengan emas fizikal ni … macam mana caranya tu kenalah belajar. Agak-agak kalau Denaihati Network buat training pelaburan emas ada ke yang minat nak join?


Ramai juga yang bertanya pelaburan emas online seperti ECMC, RGCX dan VGMC. Jawapan aku, syarikat tersebut adalah syarikat tidak berlesen dan tidak dalam kawalan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Biasalah kawan-kawan akan datang cakap ini bagus itu hebat tapi akhirnya duit kita punya buat keputusan yang betul. Berani buat berani tanggung risiko jangan pulak kalau dah bermasalah akan menyalahkan orang lain.
Dalam pelaburan kita mesti bijak mengukur kemampuan diri sendiri jangan melabur melebih keupayaan kerana semua pelaburan ada risikonya. Banyak syarikat gergasi di Amerika pun boleh tutup setelah dilanda tsunami ekonomi inikan pulak syarikat yang biasa-biasa … tapi jangan pulak lansung tak melabur kerana terlalu takut dengan risiko.
Hidup ini pun penuh dengan risiko bukan sahaja pelaburan.
Emas pelaburan bijak yang perlukan ilmu. Jadi jangan berhenti mencari ilmu.
Joom tengok harga emas terkini
Prinsip pelaburan emas mudah je beli masa harga murah dan jual bila harga mahal. Blogger ini dah buat duit dengan emas fizikal. Kepada yang minat property boleh tanyan Blogger ini dan kepada yang minat jual beli saham boleh tanya Blogger ini. Apa pun bidang tak kisah janji RAJIN jangan MALAS tapi mengeloh dan salahkan orang sana sini … memanglah orang tak suka.

![[Most Recent Charts from www.kitco.com]](https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/10/t24_au_en_usoz_4.gif)