Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah keputusan STAM abang sangat baik. Impian di hati nak sambung belajar ke Universiti Madinah semuga menjadi kenyataan. Memilih universiti untuk sambung belajar sangat penting kerana ia akan menentukan hajat di hati untuk mendapat kerjaya impian tercapai.
Pemilihan universiti perlu bantuan daripada Ibu bapa dan guru-guru supaya pelajar lepasan STAM, SPM dan STPM tidak tersalah pilih. Aku dahulu tidak terpilih untuk ke universiti impian hati dan akhirnya dengan rela memilih untuk masuk ke UKM. Akhirnya belajar lain, bekerja lain dan berkerjaya lain.
Kepada adik-adik yang masih ragu dengan kerjaya yang ingin diceburi mungkin boleh menonton program kerjaya impian yang di siarkan oleh Astro Tutor pada setiap hari Jumaat yang boleh dijadikan panduan untuk memilih kerjaya mengikut bidang yang berdaya saing..
Berikutan sambutan yang menggalakkan daripada musim yang pertama, Astro dengan berbesar hati membawakan Kerjaya Impian untuk musim kedua. Kerjaya Impian Musim Kedua akan bersiaran pada setiap hari Jumaat bermula dari 30 Januari 2015, jam 5.30 petang secara eksklusif di Astro Tutor TV SPM (Saluran 603).
Pemilihan kerja sudah banyak berubah berbanding tahun-tahun kebelakangan kerana perubahan teknologi yang terlalu cepat. Zaman kami dulu tidak pernah terbayang kerjaya sebagai usahawan blogger, usahawan Affiliate, usahawan Facebook, usahawan instagram, usahawan Hartanah, usahawan ubat kuat lelaki atau usahawan emas apatah lagi seperti sekarang berbagai kerjaya baru yang bakal ditampilkan dalam program kerjaya impian musim kedua.
Kerjaya Impian Musim Kedua ini akan menampilkan skop bidang kerjaya yang lebih meluas berbanding kerjaya lazim yang dibawakan semasa musim pertama. Kesemua bidang kerjaya yang ditampilkan untuk musim ini merupakan kerjaya yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi, profesion dengan pendapatan yang lebih lumayan, atau kerjaya baru serta luar dari kelaziman. Antara industri yang ditampilkan adalah seperti keusahawanan, filem dan televisyen, keusahawanan teknologi, media digital, keusahawan minyak dan gas dan pelbagai lagi.
Ramai juga yang mempunyai kerjaya impian di zaman belajar tetapi semuanya tinggal kenangan kerana perubahan masa. Kerjaya boleh menjadi pengalaman yang sangat berharga sebelum menceburi diri dalam dunia perniagaan. Aku sangat menghargai pengalaman berkerja sebagai anggota kerajaan selama lebih 6 tahun dan kemudian berhijrah ke dunia perkerjaan swasta. Kedua-dua pengalaman berbeza yang boleh digunakan dalam kehidupan sebagai seorang blogger dan usahawan.
Apakah kerjaya impian anda? Impian aku nak jadi Usahawan Online Jutawan.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia untuk lulus temuduga kerja kerajaan! Klik Sini
Rahsia Untuk Lulus Temuduga Kerjaya impian samada kerajaan atau swasta! Klik Sini
Rahsia menulis resume yang akan membuatkan bakal majikan jatuh cinta! Klik Sini[/box]
142 Comments
ooohhhhh acikkkk hebatnyeeee kerjaya imipian lepas belajar kawen dngn sy laa nanti yee..huhukss zahidahhhh zahidahhhhhhh
Curahan rasa Vimax Malaysia Original @ ..Pastikan Vimax Malaysia Original 100% dari kami
terima kasih utk info tersebut semoga semua calon berjaya mendapat tempat di universiti.
dulu masa study skt UTM ambik course town planning tp x sempat nak bergelar graduan..skrg nie bekerja dlm sektor perbankan..mmg tiada kena mengena langsung..itu lah namanya ketentuan..
Curahan rasa Nadri Mohd @ ..Gambar Barang-Barang Peninggalan Nabi Muhammad saw
Kita hanya merancang, perancangan Allah sentiasa yang terbaik untuk kita.
Curahan rasa Denaihati @ ..Charlie Hebdo lukis lagi kartun Rasulullah
Betul tu, skarang ni banyak sangat peluang belajar, cuma kita sendiri yang perlu membuat keputusan dengan lebih teliti dengan berbincang dengan ibu bapa contohnya agar kita tak menyesal dikemudian hari.
Curahan rasa Anis Nasuha @ ..Pencuci Pinggan Yang Sangat “Awesome”
Kalau dapat capai apa yang kita cita citakan memang lagi best.. Dengan mencapai kecemerlangan dlm pendidikan maka peluang akan lebih cerah sebenarnya..
Curahan rasa Weschairs @ ..Info Darah (type of blood)
Semoga pada tahun 2015, membuka lebih banyak lembaran kejayaan kepada semua orang.. Hidup zaman sekarang semakin mencabar….
Curahan rasa Anuar @ ..Niche X, Niche Y dan Jutawan Senyap
anak2 perlu dipandu supaya mereka boleh jumpa minat n kelebihan masing2. takdelah stress sangat bila terpaksa buat benda yang diri sendiri tak minat. 🙂
Curahan rasa Oja Samid @ ..9 Tips Elak Kulit Wajah Mengendur Terlalu Cepat
Perlu berbincang dgn anak2 dan mesti ambil kira minatnya supaya lebih dia bersemangat masa dia belajar. Belajar benda yg dia tak minat takut2 ada kesan negatif nanti.
Curahan rasa Denaihati @ ..Blogger Dr. Fatin Liyana dah bertunang rupanya
kejayaan impian meurut saya adalah suatu pekerjaan yang dapat menciptakan lapangan kerja untuk diri dan orang lain. tentunya kejayaan akan diperoleh dengan keberanian dan usaha yang keras..salam sukses
Curahan rasa junaidi blog @ ..Download Razer Game Booster v 4.2.45.0 Terbaru Gratis Full version
Dulu masa belajar tak tahu pun boleh buat dengan jadi surirumah..Sekarang siap ada yang dapat 44-5 angka dengan bisnes online dan menjaga anak sendiri di rumah..
Curahan rasa emalinmohd @ ..Vitamin Harga Murah Bawah RM100.00
biasalah tu kalau time belajar benda lain, time kerja plak kerja benda lain.
normal.
semua nak hidup. hoho..
Curahan rasa titan @ ..Jepun sebagai Destinasi Pelancongan Utama
betul sangat tu… dan jangan mengharap sangat dapat kerja dgn kursus yg kita ambik.
Curahan rasa Denaihati @ ..Malaysia Best Blog 2015
Bagus ada program macam ni… boleh menjadi panduan kepada yg dah abis blajar. utk memilih bidang kerjaya pada masa hadapan.
Curahan rasa Manan Qayyim @ ..Kuasai Aliran Tunai Anda
Alhamdulillah Abang berhasil ya semoga akan berhasil dalam hal selanjutnya di universiti
Curahan rasa blogger bumi lasinrang @ ..Dosa Jariyah (Dosa yang terus Mengalir)
Alhamdulillah, syukur sangat-sangat dapat keputusan yg baik dan mudahan dapat masuk ke Universiti yg diminatinya nanti…InyaAllah
Curahan rasa Denaihati @ ..Persediaan menghadapi kemerosotan ekonomi dunia
samalah dengan aku..belajar lain, kerja lain…tapi tak mengapa ini semua rezeki..cuma jangan terlalu gopoh dalam memilih…minta pendapat daripada mereka yang lebih berpengalaman
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Malaysia Best Blog 2015
zaman dulu lepas SPM ikut je parents suruh ambil course apa, mungkin dulu kurang pendedahan..dan silap diri sendiri tak de cita-cita. tapi sekarang dah tahu nak jadi Jutawan Muslimah.
Curahan rasa Suriya @ ..Resepi Pancake Gebu Khas Bagi Yang Sedang Diet Nak Kurus Bak Model
saya dulu pula keputusan saya buat sendiri..ibu bapa cuma berikan pendapat…pada masa itu saya pilih cvili engineering..tapi sekarang dah lari bidang kerja.hu3
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Malaysia Best Blog 2015
setuju tu, sekarang banyak dah didedahkan dan banyak maklumat mudah dah dapat sebagai rujukan….
Curahan rasa Denaihati @ ..Semakan Keputusan Peperiksaan STAM 2014
Saya ni alhamdulillah dapat kerja yang tak lari jauh dari bidang yang dipelajari di IPTA dulu. Walaupun bukan kerjaya impian kerana masih lagi makan gaji, sekurang-kurangnya dapat jadi platform sebagai persediaan sebelum mendapatkan tapak dalam bidang keusahawanan.
Curahan rasa Sylarius Yusof @ ..Masalah Pangsapuri Kos Rendah, Penyelenggaraan
syukur rezeki bro untuk dapat kerjaya yang lebih kurang sama bidang yang kita belajar…tak macma saya lari jauh sekali daripada apa yang saya belajar dahulu..terpaksa bermula dengan ‘zero’ semula
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Malaysia Best Blog 2015
Saya belajar hubungan antarabangsa tapi dah kelaut pula kerjayanya sekarang
Curahan rasa Zeo Unic @ ..Malaysia Best Blog 2015
Kelaut yang banyak ikan besar-besar ni bro, lebih baiklah……heeee
Curahan rasa Denaihati @ ..Diskaun sehingga 80% di Karnival Karangkraf 2015
Comments are closed.