Charlie Hebdo lukis lagi kartun Rasulullah

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada pertengahan 2012 tabloid Charlie Hebdo telah menerbitkan karikator bogel Nabi Muhammad yang telah mendapat tentangan seluruh umat Islam dunia. Berbagai peringatan telah diberi kepada ketua editor Charlie Hebdo dan kepimpinan Perancis tetapi atas prinsip “kebebasan bersuara” tiada tindakan telah dilakukan sehingga berlaku tragedi serangan pejabat Charlie Hebdo.

12 orang termasuk ketua editor dan kertunis telah terkorban apabila pejabat Charlie Hebdo diserang oleh Cherif Kouachi dan abangnya Said Kouachi. Tragedi ini telah membunuh total 17 orang apabila polis Paris bertindak balas termasuk Cherif dan Said Kouachi. Serangan ini tidak akan berlaku sekiranya majalah tabloid tidak memprovokasi Islam dengan melukis kartun Rasulullah.

perhimpunan solidariti Perancis

Dunia sengaja melupakan sebab utama mengapa serangan berlaku dengan mengutuk penyerang Islam sebagai extrimis dan mengangkat Charlie Hebdo sebagai hero dunia. Maka berlakulah perhimpunan solidariti Perancis yang menghimpunkan lebih satu juta manusia dengan dihadiri oleh berbagai Ketua Negara tanda sokongan kepada Charlie Hebdo termasuk Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Mereka sengaja lupa bahawa Netanyahu telah membunuh dengan kejam lebih ramai Rakyat Palestine. Mereka semua bersatu menentang Islam atas tiket demokrasi sementara Islam terus berpecah dan dipecahkan.

penyokong Charlie Hebdo

Dengan sokongan dunia Charlie Hebdo telah menerbitkan tabloid baru dengan karikator Rasulullah bersedih menghiasai muka depan. Satu tindakan provokasi yang memang disengajakan dilakukan dengan harapan Islam akan bertindak balas. Tapi kali ini aku sangat berharap perjuang Islam tidak masuk perangkap dengan menyerang balas kerana itulah yang diharapkan oleh musuh-mush Islam.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Rahsia Yakjuj Makjuj sudah terbongkar! Klik Sini

Rahsia magnet rezeki bukan lagi rahsia! Klik Sini

Sedekah pembuka pintu rezeki. Ramai yang masih tidak tahu rahsianya! Klik Sini[/box]

Musuh Islam terlalu takut dengan perkembangan Islam yang sangat pesat sehingga ada statistik mengatakan dalam tempoh 30 tahun Perancis akan menjadi negara Islam. Bukan sahaja Perancis malah seluruh dunia pertambahan penganut Islam bertambah dengan banyak sekali.

muka depan tabloid Charlie Hebdo kartun Rasulullah

Sebagai umat Islam mari kita terus berdoa dan tunjukkan akhlak yang baik kerana tidak mustahil kartunis Charlie Hebdo ini akan menjadi seperti Greet Wilders penghina Islam tegar yang kini sudah mendapat hidayah mengucap dua kalimah syahadah. Biarkan Charlie Hebdo melukis lagi dan lagi kartun Nabi Muhammad sehingga akhirnya hidayah masuk di dalam hati mereka kerana mereka jahil bahawa Rasulullah adalah pembawa rahmat keseluruh alam.


Spread the love

111 Comments

  1. Pingback: Kembara Paris 2015

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!