Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah keputusan STAM abang sangat baik. Impian di hati nak sambung belajar ke Universiti Madinah semuga menjadi kenyataan. Memilih universiti untuk sambung belajar sangat penting kerana ia akan menentukan hajat di hati untuk mendapat kerjaya impian tercapai.
Pemilihan universiti perlu bantuan daripada Ibu bapa dan guru-guru supaya pelajar lepasan STAM, SPM dan STPM tidak tersalah pilih. Aku dahulu tidak terpilih untuk ke universiti impian hati dan akhirnya dengan rela memilih untuk masuk ke UKM. Akhirnya belajar lain, bekerja lain dan berkerjaya lain.
Kepada adik-adik yang masih ragu dengan kerjaya yang ingin diceburi mungkin boleh menonton program kerjaya impian yang di siarkan oleh Astro Tutor pada setiap hari Jumaat yang boleh dijadikan panduan untuk memilih kerjaya mengikut bidang yang berdaya saing..
Berikutan sambutan yang menggalakkan daripada musim yang pertama, Astro dengan berbesar hati membawakan Kerjaya Impian untuk musim kedua. Kerjaya Impian Musim Kedua akan bersiaran pada setiap hari Jumaat bermula dari 30 Januari 2015, jam 5.30 petang secara eksklusif di Astro Tutor TV SPM (Saluran 603).
Pemilihan kerja sudah banyak berubah berbanding tahun-tahun kebelakangan kerana perubahan teknologi yang terlalu cepat. Zaman kami dulu tidak pernah terbayang kerjaya sebagai usahawan blogger, usahawan Affiliate, usahawan Facebook, usahawan instagram, usahawan Hartanah, usahawan ubat kuat lelaki atau usahawan emas apatah lagi seperti sekarang berbagai kerjaya baru yang bakal ditampilkan dalam program kerjaya impian musim kedua.
Kerjaya Impian Musim Kedua ini akan menampilkan skop bidang kerjaya yang lebih meluas berbanding kerjaya lazim yang dibawakan semasa musim pertama. Kesemua bidang kerjaya yang ditampilkan untuk musim ini merupakan kerjaya yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi, profesion dengan pendapatan yang lebih lumayan, atau kerjaya baru serta luar dari kelaziman. Antara industri yang ditampilkan adalah seperti keusahawanan, filem dan televisyen, keusahawanan teknologi, media digital, keusahawan minyak dan gas dan pelbagai lagi.
Ramai juga yang mempunyai kerjaya impian di zaman belajar tetapi semuanya tinggal kenangan kerana perubahan masa. Kerjaya boleh menjadi pengalaman yang sangat berharga sebelum menceburi diri dalam dunia perniagaan. Aku sangat menghargai pengalaman berkerja sebagai anggota kerajaan selama lebih 6 tahun dan kemudian berhijrah ke dunia perkerjaan swasta. Kedua-dua pengalaman berbeza yang boleh digunakan dalam kehidupan sebagai seorang blogger dan usahawan.
Apakah kerjaya impian anda? Impian aku nak jadi Usahawan Online Jutawan.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia untuk lulus temuduga kerja kerajaan! Klik Sini
Rahsia Untuk Lulus Temuduga Kerjaya impian samada kerajaan atau swasta! Klik Sini
Rahsia menulis resume yang akan membuatkan bakal majikan jatuh cinta! Klik Sini[/box]
142 Comments
Dulu selepas belajar, impian memang nak jadi WAHM. Kerja dari rumah dan jaga anak-anak. Famili memang tak setuju sebab bagi orang tua, bekerja di ofis adalah kerja yang menjamin masa depan.
Sempat bekerja beberapa tahun sambil mencari dan menimba ilmu bisnes online.
Alhamdulillah sekrang dah tercapai impian suci murni ku.. Duduk rumah, jaga anak, duit masyuk 😀
Curahan rasa Lin Chalo @ ..Kenapa Saya Jatuh Cinta Dengan Bisnes Shaklee Walaupun Ianya Bisnes MLM Yang Ramai Orang Tak Suka
puan hebat kerana melepaskan cita cita yang dikejar sekian lama hanya kerana mahu memberi tumpuan pada keluarga.
Curahan rasa Tim Infokerjaya @ ..Objektif Kerjaya Yang Diperlukan Oleh Graduan
Perghhh Usahawan Online Jutawan tu .. in Sha Allah, boleh je tu Bro … 🙂 semoga dipermudahkan …
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Esotik Wisata Alam Kawah Putih Ciwidey Jawa Barat
DT mendapat kelulusan Banking dan Finance.. tapi tak minat la plak dengan kerjaya itu.. lebih minat kerja ganas-ganas.. seperti kerja di perhutanan ke.. tapi mereka mahu kelulusan yang berkenaan.. susahnya
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kejutan Buat Heliza Helmi
kerja dalam kategori lasak memang menjadi idaman sebab tak ngantuk duduk dalam pejabat.
Curahan rasa Tim Infokerjaya @ ..Contoh Objektif Kerjaya Untuk Resume
Pilihlah untuk menjadi usahawan..tak ternilai rasanya perasaan dapat membantu orang..perniagaan adalah ruang dan peluang untuk kita membantu sesama manusia… 🙂
InsyaAllah bila empayar perniagaan saya expand nanti, tak sabar nak buka peluang perniagaan kepada fresh graduates!
Doa2kan yer.. 😀
Curahan rasa faezahjalil @ ..Vita-Lea For Children terbaru dari Shaklee, terbaik untuk si manja kita!
Hmmm usahawan itu berniaga. Dan perniagaan adalah jalan untuk kekayaan dan rezeki. In Sha Allah, kalau niat dan cara kita berniaga tu betul, segalanya mungkin
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Esotik Wisata Alam Kawah Putih Ciwidey Jawa Barat
Sama,
Belajar lain, kerjaya lain…
Apapun semua tue..
Tapi tentu ada hikmahnya..
Curahan rasa fazrol @ ..Surat dari google! bermulannya era Adsense kembali…
ramai sekarang macam tu kan.
sebenarnya tak perlu pon belajar ni.. he he
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kejutan Buat Heliza Helmi
Hahaha .. samalah kita. Saya belajar bidang lain, kerja dalam bidang lain, akhirnya pilih jalan lain dalam kerjaya …
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Esotik Wisata Alam Kawah Putih Ciwidey Jawa Barat
InsyaAllah banyak peluang terbuka di Internet. Cari cikgu yang boleh membimbing kita.
kerja online pon boleh kaya sekarang.. cuma kena rajin dan bijak bertindak… jangan leka
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kejutan Buat Heliza Helmi
Jadilah blogger yang berjaya. Tak payah nak punch pagi petang dan mendengar bos membebel..
Curahan rasa SentiasaPanas @ ..Doa Memanggil Ikan Untuk Kaki Pancing
betul, buat sahaja kerja atau menjual di internet, kita yang kawal masa dan tenaga.
Curahan rasa Tim Infokerjaya @ ..Senarai Objektif Kerjaya Yang Digunakan Dalam Resume
saya nak jadi WAHM. masih sednag mengejar cita-cita tersebut, semoga tahun ini dapat tercapai.
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Cara Pastikan Tiada GDM Semasa Hamil
Ingin berkerjaya tidak salah..yang salah jika berkerjaya sampai lupa Allah. Graduan perlu ada hard skil dan soft skil juga utk pastikan mereka menjadi dambaan bakal majikan..
Curahan rasa EN. Zam @ ..Garden Beads
Semoga tercapai impian saudara untuk melanjutkan pelajaran ke universiti madinah insya Allah
Curahan rasa qtiechan @ ..Sporo igauan ngeri kucing dan pemiliknya
Kerjaya impian kita sama pula bro…In Shaa Allah akan termakbul impian tu nanti
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Jom Aktifkan Mykad
Kalau susah nak cari kerjaya, jadi blogger macam Denaihati……hehe
Curahan rasa KelipKelip @ ..Buat Duit 4 Angka Klikjer Dah Tak Rahsia Lagi
benar, belajar blogging dan jadikan denai hati sebagai rujukan untuk penulisan blog.
Curahan rasa Tim Infokerjaya @ ..Senarai Objektif Kerjaya Yang Digunakan Dalam Resume
belajar selagi yang termampu untuk dunia dan akhirat….semoga semua mendapat ilmu yang berkat….
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Harga Minyak Petrol RON95 RM 1.70 Seliter Februari 2015
Semoga Allah permudahkan setiap urusan kita sehingga impian tercapai di dunia dan di akhirat Amin
Curahan rasa blogger bumi lasinrang @ ..Peringatan untuk yang enggan melunasi hutang
dah dapat kerjaya impian.
dua-dua kerja dah dapat.
Sebab tu setiap hari penuh dengan kasih sayang.
Haha..
Curahan rasa titan @ ..Malaysia Best Blog 2015
Alhamdulillah dan tahniah. hari2 penuh dengan kasih sayang, memang bahagialah tuan..
Curahan rasa Denaihati @ ..MH370 berakhirnya sebuah tragedi
Comments are closed.