Kerjaya Impian selepas tamat belajar

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah keputusan STAM abang sangat baik. Impian di hati nak sambung belajar ke Universiti Madinah semuga menjadi kenyataan. Memilih universiti untuk sambung belajar sangat penting kerana ia akan menentukan hajat di hati untuk mendapat kerjaya impian tercapai.

Pemilihan universiti perlu bantuan daripada Ibu bapa dan guru-guru supaya pelajar lepasan STAM, SPM dan STPM tidak tersalah pilih. Aku dahulu tidak terpilih untuk ke universiti impian hati dan akhirnya dengan rela memilih untuk masuk ke UKM. Akhirnya belajar lain, bekerja lain dan berkerjaya lain.

kerjaya impian siswa

Kepada adik-adik yang masih ragu dengan kerjaya yang ingin diceburi mungkin boleh menonton program kerjaya impian yang di siarkan oleh Astro Tutor pada setiap hari Jumaat yang boleh dijadikan panduan untuk memilih kerjaya mengikut bidang yang berdaya saing..

Berikutan sambutan yang menggalakkan daripada musim yang pertama, Astro dengan berbesar hati membawakan Kerjaya Impian untuk musim kedua. Kerjaya Impian Musim Kedua akan bersiaran pada setiap hari Jumaat bermula dari 30 Januari 2015, jam 5.30 petang secara eksklusif di Astro Tutor TV SPM (Saluran 603).

Pemilihan kerja sudah banyak berubah berbanding tahun-tahun kebelakangan kerana perubahan teknologi yang terlalu cepat. Zaman kami dulu tidak pernah terbayang kerjaya sebagai usahawan blogger, usahawan Affiliateusahawan Facebook, usahawan instagram, usahawan Hartanah, usahawan ubat kuat lelaki atau usahawan emas apatah lagi seperti sekarang berbagai kerjaya baru yang bakal ditampilkan dalam program kerjaya impian musim kedua.

Kerjaya Impian Musim Kedua ini akan menampilkan skop bidang kerjaya yang lebih meluas berbanding kerjaya lazim yang dibawakan semasa musim pertama. Kesemua bidang kerjaya yang ditampilkan untuk musim ini merupakan kerjaya yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi, profesion dengan pendapatan yang lebih lumayan, atau kerjaya baru serta luar dari kelaziman. Antara industri yang ditampilkan adalah seperti keusahawanan, filem dan televisyen, keusahawanan teknologi, media digital, keusahawan minyak dan gas dan pelbagai lagi.

Ramai juga yang mempunyai kerjaya impian di zaman belajar tetapi semuanya tinggal kenangan kerana perubahan masa. Kerjaya boleh menjadi pengalaman yang sangat berharga sebelum menceburi diri dalam dunia perniagaan. Aku sangat menghargai pengalaman berkerja sebagai anggota kerajaan selama lebih 6 tahun dan kemudian berhijrah ke dunia perkerjaan swasta. Kedua-dua pengalaman berbeza yang boleh digunakan dalam kehidupan sebagai seorang blogger dan usahawan.

Apakah kerjaya impian anda? Impian aku nak jadi Usahawan Online Jutawan.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Rahsia untuk lulus temuduga kerja kerajaan! Klik Sini

Rahsia Untuk Lulus Temuduga Kerjaya impian samada kerajaan atau swasta! Klik Sini

Rahsia menulis resume yang akan membuatkan bakal majikan jatuh cinta! Klik Sini[/box]


Spread the love

142 Comments

    1. Semasa saya kecil dulu, saya ada banyak cita-cita.. Ada masa nak jadi pilot, nak jadi cikgu, jadi saintis dan lain-lain.. Tapi bila dah ambil universiti dapat bisiswa KPM… Terus terikat kontrak dengan pekerjaan saya sampai sekarang… Kontrak yang agak lama, iaitu selama 10 tahun… sebab saya dapat peluang buat master pendidikan dengan biasiswa pendidikan..
      Curahan rasa Anuar @ ..Niche X, Niche Y dan Jutawan SenyapMy Profile

  1. dlu perlu sekolah tinggi kerana sijil pelajaran amat bernilai tp bg aku zaman skrg ni lebih kepada kepakaran dan pengalaman kot..bukan kata xbgus blajar tinggi tp tu laaa boleh di katakan 30% je kot yg dpt keje bgus yg lain huhuhuhhuhhuuhu…kwn aku byk giler blajo tinggi2 tp tu laaa erkkkkkkkkkkkkkkk !!!! hehehe apa yg aku merepek pn xtau boring giler kot xtAU NAK BUAT APA TGN GATAIIIIIII

    1. Bagi saya belajar tinggi penting.. Bukan sebab untuk kita dapat kerja, tapi untuk bagi motivasi kepada anak-anak kita.. Bila tengok kelulusan yang kita ada, kita boleh memotivasikan mereka supaya belajar lebih tinggi daripada kita… Itulah antara harapan saya sekarang ni…
      Curahan rasa Anuar @ ..Niche X, Niche Y dan Jutawan SenyapMy Profile

    1. Betul tu saya setuju… kerja makan gaji sesuai untuk mereka yang tidak suka berhadapan dengan cabaran dan persaingan… Cukup bulan gaji masuk… Berbanding orang yang berniaga, perlu strugle untuk cari pendapatan… Tapi kalau tahu caranya, pendapatan orang yang berniaga berkali-kali ganda lebih tinggi berbanding kerja makan gaji..
      Curahan rasa Anuar @ ..Niche X, Niche Y dan Jutawan SenyapMy Profile

  2. Macam student yang saya ajar sekarang ni, skop pekerjaan mereka sebagai seorang Juruteknik mengikut Diploma yang bakal mereka perolehi nanti.. Tetapi, saya percaya ada diantara mereka yang tak nampak berminat pun untuk menjadi juruteknik… Nasihat saya kepada mereka, supaya habiskan belajar dulu, supaya dapatkan Diploma… Bila dah dapat Diploma nanti, cuba gilap perkara yang mereka minati untuk dijadikan sebagai kerjaya…
    Curahan rasa Anuar @ ..Niche X, Niche Y dan Jutawan SenyapMy Profile

  3. Zaman sekarang ni terdapat banyak peluang kerjaya setelah menamatkan zaman pengajian.. Selalu saya berpesan kepada pelajar saya, supaya menggilap bakat sedia ada, supaya boleh dijadikan sebagai kerjaya bila dah menamatkan pengajian di Peringkat Diploma nanti… 😉
    Curahan rasa Anuar @ ..Niche X, Niche Y dan Jutawan SenyapMy Profile

    1. Samalah dengan saya Bro… Masa belajar dulu, saya cukup tak suka dengan Programming… Saya cukup tak suka belajar subjek C Programming dan Bahasa Himpunan… Tapi tak sangka, bermula pada tahun 2012, saya kena mngajar kedua-dua bahasa ini kepada pelajar saya… Masa mula-mula mengajar tu, rasa tak suka jer… Tapi bila, dah jadi tanggungjawab, kita kena teruskan juga… Tapi, sekarang ni syukur Alhamdulillah… Saya mula menyukai subjek yang saya ajar… 😉
      Curahan rasa Anuar @ ..Niche X, Niche Y dan Jutawan SenyapMy Profile

  4. Saya belajar sampai peringkat SPM saja, result tidak memuaskan. Terus bekerja sampai sekarang dalam bidang bakery dan kek. Cuma sekarang masih pekerja swasta. Nak berniaga buka kedai sendiri tak tercapai akibat ada masalah berkaitan dengan kewangan.

    Insya Allah…gunakan apa yang ada untuk meneruskan kehidupan. Apa pun hidup perlu diteruskan.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Laman Web MAS DigodomMy Profile

  5. Bab belajar ni saya dulu pun nyaris-nyaris bunuh masa depan sendiri bila menolak masuk ke Tingkatan 6 mungkin rezeki saya telah tertulis masuk ke IKM sahaja. Alhamdulillah dengan kemahiran yang ada sekarang kehidupan saya agak baik walaupun jauh tersasar dari cita-cita sebenar.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!