Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Jangan minta tolong pada manusia kerana tiada kuasa“. Kali ini Abang nak berkongsi kisah sesat mencari tempat menggunakan Waze dan Google Maps.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Baru-baru ini, team Denaihati Network telah ke Majlis Pelancaran Karnival Minda yang diadakan di Kuching Waterfront. Pelancaran yang dilakukan oleh Perdana Menteri kita, Dato Seri Najib telah berjalan dengan meriah dan karnival di hadiri oleh ramai penduduk sekitar.
Program #YouCanDuit MDeC
Selesai pelancaran MINDA, Dato Seri Najib telah ke tapak pameran Multimedia Development Corporation (MDeC) untuk bersama-sama mendengar dan melihat mengenai program #YouCanDuit yang telah diwujudkan sejak jun 2015. Program ini terbahagi kepada dua program iaitu eRezeki dan juga eUsahawan.
Beberapa peserta yang telah berjaya menjana ribuan ringgit sebulan melalui program #YouCanDuit ini telah hadir untuk menerima hadiah kerana telah mengungguli kategori cabaran yang telah disediakan.
Program eUsahawan MDeC
Program eUsahawan yang telah diwujudkan lebih 6 bulan yang lalu ini, telah berjaya membantu begitu ramai usahawan baru yang boleh berjual beli dengan menggunakan platform online. Program bimbingan keusahawanan ini memberikan pendedahan kepada para peserta bagaimana untuk menjalankan perniagaan online dengan teratur.
Klik untuk mengetahu Rahsia menambah rezeki ketika ekonomi merudum
Setakat ini, lebih 4000 peserta telah menyertai program ini dan jumlah transaksi pendapatan yang telah terkumpul setakat ini adalah sebanyak RM5 juta.
Program eUsahawan ini dijalankan dengan kerjasama institusi Technical and Vocational Education and Training (TVET) di seluruh Malaysia. Inisiatif MDeC untuk menjadikan program ini sebagai latihan mikro ekonomi bagi membolehkan para pelajar dan belia untuk menceburi bidang perniagaan dengan lebih teratur dan dibimbing dengan baik.
Salah seorang daripada peserta eUsahawan ini; Wani menyatakan
“saya hanya menguruskan perniagaan saya dari jam 5.00petang hingga 8.00 malam, iaitu sekitar 3 jam sehari, dan sehingga harini, purata pendapatan sebulan saya adalah sekitar RM3000 sebulan“
Ini merupakan peluang yang baik kepada pelajar-pelajar di luar sana untuk menjana pendapatan dengan perniagaan online melalui program eUsahawan ini. Pihak Denaihati Network sempat menebual semua peserta yang telah berjaya ini, kami akan kongsikan kisah kejayaan mereka dalam artikel yang berlainan.
Program eRezeki MDeC
Selain itu, terdapat satu lagi program yang diberi nama eRezeki di bawah kempen #YouCanDuit oleh pihak MDeC. Program eRezeki ini membolehkan sesiapa sahaja yang mempunyai talian internet untuk berdaftar dan menjana pendapatan melalui pelbagai tugasan yang disediakan oleh platform eRezek ini.
Setakat ini, eRezeki telah mempunyai lebih 15,000 peserta dari seluruh negara dan menjana pendapatan sambilan keseluruhan sehingga RM12 Juta. Tugasan-tugasan dan latihan bagaimana untuk melakukan tugasan tersebut disediakan melalui platform eRezeki ini.
Bahkan terdapat peserta-peserta yang telah berumur tetapi masih mampu untuk menjalankan program eRezeki ini dari rumah. Pendapatan tambahan dari ratusan ringgit hingga ribuan ringgit dapat diperolehi hanya dengan melakukan tugasan dalam eRezeki ini secara sambilan.
Sekiranya anda berminat untuk menambah pendapatan sampingan, bolehlah mendaftar di Portal eRezeki »
Merakyatkan Ekonomi Digital
Tujuan utama kempen #YouCanDuit melalui program eUsahawan dan eRezeki ini adalah untuk merakyatkan ekonomi digital. Bermaksud, semua rakyat mampu dan boleh untuk menjana pendapatan dan meningkatkan ekonomi peribadi menggunakan platform digital ini.
Dalam dunia teknologi ini, peluang untuk menambah pendapatan melalui platform digital amatlah luas, sekiranya kita tidak mengambil peluang ini, kita telah kerugian satu peluang yang sangat bernilai.
Tahniah diucapkan kepada pihak Malaysian Development Corporation (MDeC) kerana mengusahakan program yang akan memberi manfaat kepada ramai rakyat di Malaysia seperti mereka ini.
- Esther Buat Duit dengan High Income Accelerator di eRezeki
- Adeline gadis dari sabah menambah pendapatan dalam bidang grafik program eRezeki
- Nurul Azliani Catat 60% Peningkatan Pendapatan dengan eUsahawan
- Mirza Jana Pendapatan US Dollar dengan Alih Bahasa
- Jualan Bantal Kekabu Meningkat 5 kali ganda selepas sertai Program eUsahawan
- Graduan UNIMAS Jana Pendapatan USD daripada Program eRezeki
Abang Denaihati
Penulis Blog
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
202 Comments
Saya dah cuba daftar, Tak habis buat test lagi, Banyak juga kena buat. Tapi tak ada susah pun kena cuba macam ni.
Curahan rasa OhPanduan @ ..3 Cara Pelajar Nak Buat Kerja Part Time Mudah
sangat menarik sekali bisa ikut berpartisipasi dalam program seperti itu dan bisa menambah penghasilan
Curahan rasa once Kim @ ..Kabupaten Malang Logo Vector
terima kasih denai hati sebab perkenalkan program ni, sebelum ni tak tahu ada program macam ni hehe. siapa dah pernah join? jom share experience korang kat sini. teringin nak join jugaak
Nampak macam menarik. Saya dah cuba daftar. Nampak macam ok. Tapi ada juga yang salah masa buat uijian tu.
Curahan rasa OhPanduan @ ..3 Cara Pelajar Nak Buat Kerja Part Time Mudah
saya dah daftar…. anda bila lagi. Jom kita tambah nilai pada poket kita 😀
Curahan rasa yangbaik @ ..Belian Pertama di Zalora
Wah dah daftar.. lepas ni bolehlah kongsikan pengalaman menjana pendapatan melalui program tersebut.
Curahan rasa anuar @ ..Pak Ya Homestay di Perak 2 (Rumah corner lot)
Ada peluang mudah daftar aje. Ini kira langkah yang bagus juga kerajaan buat macam ni nak galakan kita buat duit secara online.
Curahan rasa OhPanduan @ ..3 Cara Pelajar Nak Buat Kerja Part Time Mudah
satu lagi program tambah nilai kepada pendapatan yang amat bermanfaat buat rakyat Malaysia. Terima kasih kepada team Denaihati yang memperkenalkan program ini. 😀
Curahan rasa yangbaik @ ..Mudah saja hendak menulis
Program tambah nilai yang bagus. Semoga lebih ramai yang menyertai program ini.
Curahan rasa anuar @ ..Pak Ya Homestay di Perak 2 (Rumah corner lot)
Wah… bagus program ni… Harapnya ramai graduan institusi Technical and Vocational Education and Training (TVET) akan memanfaatkan program ini dengan sebaiknya…
Curahan rasa Anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
Hanya bisa register untuk warga negara Malay kah? Saya lihat ada kolom MyKAD. Mohon pencerahannya…
macamana nak masuk program ni ek..admin cuba cerita sikit mcmn nak masuk ni,,
Curahan rasa iklan percuma @ ..ebook rahsia kuasa minda
Yurp… Kalau ada peluang, saya juga nak join program ini… Terutamanya untuk anak-anak didik kami di Politeknik..
Curahan rasa Anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
Saya berkesempatan mencuba eRezeki ni, kiranya boleh tahan juga la tugasan dan latihan yang diberi dan yang penting ada komputer / laptop dan talian internet
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Cuti Dah Habis Bro 4
Wah.. Bro pun dah join… Bolehlah kongsi pengalaman di blog tuan… Pasti ramai yang berminat nak membacanya…
Curahan rasa Anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
saya tak sempat g program ini… kalau tak boleh jumpa
tak boleh nak bukak link sebab kat sini FB kena block lagi …
berhu hu la dlu
Curahan rasa lankapo @ ..Lawatan Kota London 2016
Macam best program macam ni. Boleh nak try juga. Tapi kena tengok juga syarat dia. Takut macam-macam pula yang nak. Jika ok boleh nak cuba juga macam ni.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..5 Sebab Kenapa Balik Kampung Masa Cuti Sekolah
saya tak dapat tengok lagi, hari tu masuk macam jem terus mungkin ramai yang tengah akses
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Bagaimana Isoflavones Dalam Soya ESP Shaklee Membantu Kesihatan Anda
ada sesiapa tak yang kat sini pernah try program mdec nih?
cecerita sikit.
teirngin juga nak tahu.
Curahan rasa ohcikgu @ ..Ramai yang MARAH sebab PTPTN potong hutang dari gaji.
Betul betul betul, macam menarik je. Kalau dah ada pengalaman tu, boleh cerita secara terus.
Curahan rasa myliferia @ ..Cara Mengawal Paras Kolestrol Dalam Darah
Betul juga tu. Kalau ada boleh cerita. nank tahu juga senang susah dia. Susah sikit-sikit tu biasalah. Tapi kalau susah banyak tak terdaya juga nak buat.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..5 Sebab Kenapa Balik Kampung Masa Cuti Sekolah
Kalau ikut program eRezeki tusesiapa pun boleh joint dengan syarat pendapatan diawah RM4,000, tetapi mesti di diberi kelayakan oleh usat pusat eRezeki dan untuk eUsahawan tu menggalakkan para pelajar berniaga dengan platform online.
Wah bestnya program ini, boleh dapat ribuan ringgit sebulan dan angat sesuai untuk mereka yang ada bisne online. Peluang beini perlu direbut sebaiknya.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..RF3 World Firmax3 Malaysia
Betul tu. Macam best. bolah dapat ribuan tu. Boleh jadikan cara nak dapat duit online yang bagus macam ni.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..5 Sebab Kenapa Balik Kampung Masa Cuti Sekolah
bolehlah nak cuba, sebagai backup plan jika apa2 jadi time ekonomi teruk sekarang ni
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Bagaimana Isoflavones Dalam Soya ESP Shaklee Membantu Kesihatan Anda
Kena cuba tu, mungkin boleh mula dengan telefon pusat rezeki tu untuk tahu macam mana caranya.
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki ni Tapau RM400,000 Dalam Masa 2 Bulan Di Market Antarabangsa
Dengar tajuk jer pun dah menarik tuh, kompem kalau join lagi masyukkk nih….
Curahan rasa Supernifz @ ..Kelebihan Minum Air Kosong
Kena cuba dulu i Supernifz, baru tahu masyuk atau tak masyuk. Saya dah pernah daftar online eRezeki tu, tapi takda apa-apa follow up pun.
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Banduan Ni Buat Duit USD80,000 Melalui Kedai Online Shopify
Comments are closed.