Adeline gadis dari sabah menambah pendapatan dalam bidang grafik program eRezeki

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

harini masuk hari kedua Karnival YouCanDuit di Sabah Trade Center anjuran MDEC. Karnival 2 hari ini memberikan pendedahan kepada para tetamu yang hadir untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana mereka boleh menambah pendapatan melalui platform digital.

Ini adalah road tour yang dijalankan oleh pihak MDEC dalam usaha merakyatkan ekonomi digital.

Adeline peserta eRezeki dari Sabah

High Income Accelerator

Adeline, 25 tahun, gadis kelahiran sabah ini, sedang melalui program High Income Accelerator yang dikelolakan oleh eRezeki selama 3 bulan.

Program ini disediakan untuk memberi latihan kepada Adeline bagaimana menambah kemahiran rekaan grafik dan bagaimana untuk beliau menggunakan kemahiran itu untuk membida projek daripada syarikat-syarikat di luar negara.

Sepanjang tempoh 3 bulan program ini dijalankan, Adeline telah menetap sementara di hostel yang disediakan di pusat latihan agar beliau boleh menjalani latihan 5 hari seminggu di pusat latihan yang ditetapkan.

Semasa tempoh pembelajaran untuk program ini, Adeline belajar sambil bekerja dengan pembinaan projek melalui platform eRezeki. Elaun pembelajaran sebanyak RM1200 sebulan disediakan untuk membantu peserta seperti Adeline untuk belajar dan memenuhi keperluan sepanjang latihan.

para peserta dalam kelas eRezeki di karnival youcanduit sabah
Kelas eRezeki di karnival #YouCanDuit Sabah

Jana pendapatan semasa latihan

Sepanjang tempoh hampir dua bulan lebih ini, Adeline telah berjaya membida untuk beberapa projek dan menjana pendapatan sekitar RM900. Ini adalah pendapatan yang diterima semasa beliau masih menerima latihan untuk menambah baik proses rekaan grafik dan pembelajaran untuk berkomunikasi secara profesional dengan wakil syarikat yang menyediakan projek.

Program High Income Accelerator ini memang disediakan agar para peserta yang terpilih selepas melalui proses temuduga dan ujian, akan dapat menjana pendapatan melalui platform digital terus dari rumah atau lokasi di mana mereka mempunyai capaian internet.

Menjelang pertengahan Oktober, Adeline akan menamatkan program accelerator beliau dan boleh meneruskan kerjaya dalam bidang rekaan grafik menggunakan kemahiran, ilmu dan pengalaman yang telah diperolehi daripada program eRezeki ini.

Karnival YouCanDuit Sabah

Program eRezeki untuk merakyatkan ekonomi digital

Program High Income Accelerator ini bertujuan menjana pendapatan digital secara konsisten dan sepenuh masa bagi rakyat Malaysia menerusi kaedah crowdsourcing. Kaedah pendapatan digital di mana kerja ditawarkan dan dilaksanakan secara digital dalam platform global seperti freelancer.com dan upwork.

eRezeki High Income Accelerator melatih, mentor dan memupuk pelatih menjadi pekerja digital sepenuh masa & menjana pendapatan bulanan secara stabil dan konsisten minimum RM2000 sebulan.

Selepas latihan 3 bulan seperti yang disertai oleh Adeline, pelatih akan dipantau selama 6 bulan secara virtual oleh Mentor yang berpengalaman.

Program seperti ini membolehkan lebih ramai menjana pendapatan tetap dengan kemahiran IT @ ICT. Berminat untuk mengetahui lanjut mengenai program eRezeki, boleh terus ke Laman Rasmi eRezeki.my


Spread the love

14 Comments

  1. Pingback: You Can Duit
  2. Saya ingin menjalankn biz telekomunikasi yg melibatkan 9 negara di bawah syarikat Mymi1 International. Persoalannya bolehkah saya menggunakan platform eRezeki bagi mendapatkan dana?
    Terima kasih atas respon.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!