Jualan Bantal Kekabu Meningkat 5 kali ganda selepas sertai Program eUsahawan
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kali ini akan dikongsikan cerita individu yang telah menyertai program eUsahawan anjuran MDEC di Kuantan. Peserta yang bernama Liyana Shahirah Esahar.
Semenjak beliau masih belajar di Universiti Malaysia Pahang dalam bidang Grafik lagi beliau sudah mula melakukan kerja-kerja kreatif seperti membuat hantaran, membuat hamper dan membuat cetakan tshirt. Bermula dari menolong keluarga yang tidak mampu untuk membeli hantaran, timbul minat beliau dari situ untuk menjadikan hantaran sebagai satu perniagaan.
Sebagai pelajar, masalah kekurangan modal menjadi halangan utama kepada beliau pada masa itu. Dalam menerima tempahan hantaran perkahwinan, beliau terpaksa mengeluarkan modal sendiri untuk membeli peralatan.
Liyana Shahirah yang berumur 26 tahun mengambil keputusan untuk menghadiri kursus eUsahawan setelah melihat promosi di televisyen. Jika sebelum ini beliau mempunyai masalah untuk mengurus masa beliau, kini selepas kursus eUsahawan beliau sudah bijak menggunakan masa untuk mempromosikan produk beliau di media sosial dan berjaya mendapat banyak tempahan.
Apa yang dipelajari di kelas eUsahawan telah menaikkan semangat beliau untuk meneruskan perniagaan secara sambilan. Jika sebelum ini hanya sebaran dari mulut ke mulut dan blog, pendapatan jualan pun hanya sedikit.
Dengan mengeluarkan modal sebanyak RM300, beliau berjaya mendapat hasil jualan sebanyak RM1,500 sebulan selepas aktif dan pandai menggunakan media sosial.
Setiap hari semakin bertambah tempahan yang diterimanya. Penulis juga melihat beliau gigih menyiapkan tempahan walaupun sedang menjaga booth di karnival #YouCanDuit Kuantan ini.
Beliau berharap dapat membeli mesin sendiri untuk menjahit tempahan beliau dan menaikkan jualan.
Bagi mereka yang masih mencari mencari rentak berniaga, boleh sertai program eUsahawan dan rasai sendiri perubahannya.





