Graduan UNIMAS Jana Pendapatan USD daripada Program eRezeki

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

anak muda yang tamat belajar tidak kira di Institut Pengajian Tinggi agak ramai saban tahun. Namun seperti yang kita ketahui, ramai juga yang menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Muhamad Haziq bin Badrul Hisham yang berumur 23 tahun, graduan Universiti Malaysia Sarawak menyertai program eRezeki ini sejak 7 minggu lalu. Walaupun belajar di dalam bidang Sains dan Pengurusan Sumber Akuatik, Haziq minat dengan rekabentuk grafik dan selepas ditemuduga pusat eRezeki, beliau memulakan kelas pada 18 Julai 2016.

Haziq eRezeki

Minat Grafik Bukan Penghalang

Apa yang dipelajari pada peringkat permulaan adalah untuk menguasai beberapa platform yang menjadi pilihan untuk menjana duit secara atas talian. Ramai anak-anak muda mempunyai kemahiran tetapi tidak dapat menterjemahkannya ke bentuk pendapatan. Contoh yang paling mudah adalah seperti Haziq yang minat grafik.

Permintaan di luar negara juga sentiasa ada untuk mereka yang berkemahiran di dalam bidang grafik. Rekabentuk poster, brosur, logo, banner dan lain-lain lagi sememangnya ada keperluan dan semuanya dibayar kira-kira serendah USD50 untuk satu logo sebagai contoh.

eRezeki Success

Buat Duit dengan USD

Setakat lima minggu Haziq di pusat eRezeki Cyberjaya, beliau sudah mendapat USD150 hanya dengan merekabentuk logo dan poster sahaja. Dua minggu pertama adalah pengenalan dan minggu ketiga beliau sudah menuai hasil. Bagi yang mahukan kelas lanjutan, pemerhatian selama tiga bulan dikenakan kepada mereka yang belajar di pusat eRezeki.

Inshaa Allah beliau sedang menyasarkan untuk menjana lebih lagi pendapatan digital ini dengan bantuan dan latihan di pusat eRezeki. Belajar tanpa guru lebih menyusahkan dan Haziq gembira dengan tunjukajar yang menjadikannya lebih bersemangat di dalam program ini.

Syarat minima adalah berumur 18 tahun ke atas dan umur bukan penghalang untuk menjana duit kerana Encik Zulkifli telah buktikan Umur 57 tahun Boleh Buat Duit Online.

Bagi yang minat untuk menyertai program eRezeki ini, boleh terus ke eRezeki.


Spread the love

28 Comments

  1. Terhebat..,. siapa sangka. Bukan mudah nak buat usd 1 buat pemula… tetapi bila dah berjaya memang takkan dilepaskan lagi daging yang sedap ni.

    Apapun saya pun tengah belajar lagi cara untuk menjadi freelancer sepenuh masa. Doakan saya berjaya.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!