Tekanan hidup seharian merupakan isu yang sering bermain di ruang fikiran setiap individu, bagi memenuhi tuntutan kos sara hidup yang tinggi pelbagai cara dan inisiatif yang telah diambil untuk mendapatkan sumber pendapatan sampingan bagi menambah pendapatan yang sedia ada. Lebih-lebih lagi jika hidup di kotaraya ini yang mana taraf hidupnya semakin meningkat.
” Aku ingin menambah pendapatan sampingan , tetapi bagaimana dan apakah caranya untuk aku menambahkan pendapatan itu “
Pelaburan Hartanah merupakan salah satu cabang dalam bidang pelaburan selain pelaburan saham, pelaburan emas, dan pelbagai lagi jenis pelaburan yang boleh mendatangkan keuntungan yang berlipat ganda kepada pelabur-pelabur yang bijak menyusun strategi mereka. Dalam pelaburan hartanah terdapat beberapa jenis strategi pelaburan antaranya pelaburan dalam Subsale, Auction, Under-construction, Bulk Purchae, Lease Option dan REIT.
Bidang pelaburan hartanah ini sebenarnya satu peluang yang besar kerana nilai hartanah seringkali naik dari masa ke semasa. Walaupun terdapat juga keadaan dimana sesuatu hartanah itu mungkin mengalami kejatuhan dari segi nilai, namun ianya masih lagi merupakan pilhan pelaburan yang masih dianggap stabil. Pelaburan hartanah juga merupakan pelaburan jangka masa panjang tetapi terdapat juga keadaan dimana pulangan tersebut mungkin dapat diperolehi dalam tempoh masa yang cepat.
Bagaimana hartanah dapat membantu anda?
1. Hartanah sebagai “ATM machine” anda setiap bulan
2. Hartanah sebagai dana pendidikan anak-anak
3. Hartanah sebagai dana persaraan anda
4. Hartanah sebagai perlindungan dari kadar inflasi
Aku yakin diluar sana sudah ramai mula membuka fikiran untuk berjinak-jinak dengan bidang pelaburan hartanah ini. Aku pasti juga anak-anak muda di luar sana juga telah memulakan langkah permulaan untuk berjaya dalam pelaburan ini. Ini dapat dibuktikan apabila aku melihat di beberapa seminar pelaburan hartanah yang telah diadakan ramai golongan muda yang menghadirkan diri mereka untuk menimba ilmu dari pakar-pakar hartanah yang ada di dalam negara.
Bercakap mengenai pakar pelaburan hartanah di malaysia, mungkin anda semua sudah kenal dengan nama DSR, iaitu pemilik DSR Group merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia pelaburan hartanah di Malaysia. Dimana lebih 10000 orang telah menghadiri siri seminar beliau dan telah melahirkan lebih 500 orang pelabur hartanah yang telah berjaya.
DSR telah berkecimpung di dalam bidang kewangan dan pelaburan bermula pada tahun 2001. Pada waktu itu, DSR menyertai sebuah institusi kewangan yang terkenal di Malaysia untuk menjadi seorang pelatih pegawai pengurusan. Kemudian DSR beralih arah ke dunia kejuruteraan apabila mendapati industri perpaipan di Malaysia masih dalam keadaan yang sederhana.
Selama lebih 10 tahun berkecimpung dalam pelaburan hartanah, beliau mempunyai aset hartanah yang pelbagai, dari tanah, bangunan komersial, bangunan kediaman, dan banyak lagi yang mampu menjana puluhan ribu ringgit sebulan sebagai pendapatan pasif beliau.
Minat yang mendalam dan membuak-buak dengan dunia hartanah dan perniagaan membuatkan beliau terpanggil untuk berkongsi strategi pelaburan dan perniagaan beliau daripada modal yang kecil hingga menjana pendapatan yang lumayan.
DSR pernah muncul dalam beberapa media massa seperti NTV7, Capital TV, Kosmo Property Insight dan sebagainya.
Buah tangan terbaru dari DSR ialah Seminar DSR Property Strategy, dimana program ini adalah dibawah pengawasan Dr Shah Razali, a self-made millionaire dan pakar hartanah Malaysia. Seminar ini akan diadakan pada :
Tarikh : 11 May 2014
Masa : 9.30AM-5.30PM
Tempat : Old Trafford Classroom, 111A, Jalan BP 6/3, Bandar Bukit Puchong 2, 47100 Puchong, Selangor.
Apa yang akan anda belajar dalam seminar satu hari ini ?
1. Apakah strategi yang digunapakai oleh DSR sepanjang penglibatan beliau dalam pelaburan hartanah?
2. Dimanakah lokasi-lokasi hotspot yang patut diberikan perhatian?
3. Apakah strategi untuk senang lulus pinjaman perumahan?
4. Bagaimana untuk bersedia menghadapi kegawatan ekonomi?
5. Bagaimana untuk memaksimakan keuntungan semasa kegawatan ekonomi?
6. Apakah strategi untuk senang lulus pinjaman perumahan?
7. Bagaimanakah untuk melindungi diri kita ?
8. Bagaimana Investment Holding Company dapat memaksimakan keuntungan kita?
9. Bagaimana membina telaga duit yang dapat membantu kita di masa hadapan?
10. Bagaimana menggunakan hartanah sebagai dana pendidikan anak-anak?
Satu peluang yang sangat berharga dari DSR sendiri untuk mereka di luar sana yang dahagakan ilmu strategi pelaburan hartanah. Dengan ilmu pelaburan hartanah yang betul anda boleh mengubah nasib keluarga anda dan tidak lagi mengeluh dengan kenaikan kos kehidupan. Apa lagi jangan sayang untuk melabur untuk kejayaan anda jadi rebutlah peluang untuk mendaftar awal apa lagi DAFTAR SEKARANG kerana tempat terhad :
Early-bird sehingga 10 April 2014. Harga RM97. Selepas itu, RM197
Pendaftaran Tamat : 30 April 2014.
Website : http://dsrgroup.my/dpsx/
Hubungi hotline: 016-2060-669 / 017-4066-411 / 017-4066-422
Bagi maklumat lanjut dan info mengenai Seminar DSR Property Strategy ini anda boleh mengikuti DSR di Media Sosial beliau :
Facebook : https://www.facebook.com/DSRFan
Twitter : https://twitter.com/drshahrazali
Instagram : http://instagram.com/Drshahrazali
90 Comments
Nak ceburi pelaburan bidang hartanah macam nih perlu ada ilmu. Seminar macam nih juga bagus untuk peroleh ilmu pelaburan hartanah untuk kita lebih faham selok belok strategi pelaburan hartanah..
semnar mcm ni boleh jadi permulaan kepada satu kejayaan yang hhebat
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
untung juga kalau dpt join seminar mcm ni. boleh tambah ilmu. dan cari duit lebih
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kalendar Cuti Sekolah dan Cuti Umum 2015
Kalau ada ilmu..semua benda boleh dijadikan duit.. antara mahu atau tidak jer..
Curahan rasa UpProfits @ ..JDT vs Pahang Final Piala Malaysia 2014
semuanya bergantung pada diri sendiri samada nak buat atau tak kan
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Tak pandai sangat dengan pelaburan hartanahni tapi kalau siapa yg ceburkan diri dalam bidang ni memang akan perolehi pendapatan yang lumayan
Bukan semua yang dah ceburi bidang nih boleh buat duit. Semuanya kena ada ilmu dan faham selok belok pelaburan hartanah nih dulu..
Curahan rasa UpProfits @ ..JDT vs Pahang Final Piala Malaysia 2014
Bestnya jika dapat attend seminar macam ni…banyak ilmu dapat diperoleh…
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
Majlis ilmu macam nih patut lebih kerap diadakan. Kalau boleh biarlah di setiap negeri agar lebih ramai yang dapat menyertainya..
kalau boleh ia tidak hanya tertumpu kpd KL. boleh juga buat di negeri lain
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Tak faham sangat bidang hartanah, Bagi yang berminat, memang la peluang ni takkan dilepaskan. Perlu sertai seminar seperti yang dah lepas ni untuk tambahkan lagi ilmu. Kena berguru. Jangan main hentam saja
kena belajar dengan orang yang betul soal hartanah ni. sebab ia melibatkan wang ringgit
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kalendar Cuti Sekolah dan Cuti Umum 2015
Setiap orang ada kemahiran dan keistimewaan dalam diri yg kadangkala kita boleh temui dan kadangkala ianya hanya menyerlah apabila mencuba. Bagi mereka yg ingin mencuba kpd bidang hartanah ini disarankan mengikuti seminar ini kerana mungkin potensi diri boleh menyerlah setelah anda mendapat bimbingan yang betul dan tepat!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cita-Citaku Ingin Menggapai Pelangi
dengan pelaburan hartanah pun boleh buat duit kan..aduh cetek betul la pemikiran ana.kena berfikir luas ni..tak mau jadi kata di bawah tempurung..
Curahan rasa adna2029 @ ..Testimonia Produk Ecover
Dalam bidang ni bukan minat saya tapi bagi mereka yang belajar dan minat dengan bidang ini pasti seronok dan dapat menjana kewangan yang lebih kerana tanah dan rumah akan sentiasa meningkat pelaburannya.
Curahan rasa adarain @ ..Review Movie The Maze Runner
Ada kawan saya, duduk di rumah sewa je.
Tapi rumah beli dia, disewakan kepada orang lain.
Yang bestnya sebab harga dia sewakan tu lebih mahal daripada rumah sewa yang dia duduk sekarang.
Jadi, lebih menguntungkan dia. Jadi, nak main hartanah ni, kenalah pandai.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
Satu lagi, simpanan kena jadi amalan, dan wang gaji perlu diuruskan dengan baik.
Baru boleh terjun ke bidang hartanah.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
kalau bidang hartanah ni dijadikan sampingan pun okey. boleh tambah pendapatan
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Nak main pelaburan hartanah ni, melibatkan wang yang banyak. Walaupun banyak strategi diterangkan, harap hadam betul-betul dan tanya sampai jadi pakar gitu. Sebab dah ada kawan yang buat beberapa pinjaman serentak kononnya nak buat duit dengan sewaan, akhirnya tergadai.
Sebabnya, rumah-rumah tersebut tak dapat disiapkan oleh pemaju. So masalah teknikal sebegini boleh juga berlaku.
Semoga berjaya kepada semua perserta ye. Terbaiklah.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
Bukan mudah nak libatkan diri dengan pelaburan ni. Kena penuhkan ilmu didada dan belajar dulu selok belok gentangnya dengan mereka yanng berjaya.
Tapi kalau ada kesungguhan, memang tak mustahil.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Iri
memang tak mustahil nik. kalau kita ikut jalan yang betul pasti kita akan berjaya
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Hartanah memang pelaburan menguntungkan.
Sebelum terjebak, memang bagus kita menuntut ilmu terlebih dahulu
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Vivix Shaklee Untuk Kesihatan Yang Premium
kena belajar dari orang yang dh berjaya, nanti kita boleh ikut cara dia. hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
kebanyakkan orang yang kaya harta berjaya melibatkan diri dalam hartanah. bila banyak duit boleh bagi banyak zakat
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Kalau nak melibatkan diri dalam hartanah kena tahu memilih pakej loan yang sesuai dengan profile kita dan apa yang perlu ditelitikan dalam pinjaman perumahan supaya pakej yang diambil tidak merugikan kita
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Comments are closed.