Pelancaran Dewamor Perfume Signature by Nizam

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

kali ini ingin dikongsikan kisah seorang insan biasa tetapi sangat istimewa. Beliau dilahirkan seperti kanak-kanak normal yang lain, namun ketetapan Allah mengubah segalannya. Mesra dengan panggilan Nizam , seluruh tubuh dan kakinya lumpuh. Hanya berbekalkan tiga jari kanan yang boleh bergerak, Nizam tekad membantu keluarganya. Bermula dengan menjual kad nilai tambah prabayar dan minyak wangi dalam talian, ia menjadi pencetus untuk menghasilkan minyak wangi sendiri.

Nizam masih ingat ibunya iaitu Puan Norizan sanggup bersusah payah menjual sate untuk mencukupkan belanja harian keluarga. Namun, sebagai anak sulung, beliau merasa bertanggungjawab untuk membuat sesuatu yang terbaik bagi keluarga mereka.

Nizam Wahidin

Nizam seorang yang istimewa. Kerusi roda menjadi teman setianya. Persekolahan beliau terhenti dipertengahan jalan, namun ia bukan menjadi penghalang Nizam untuk merealisasikan impiannya. Beliau ingin menjadi seorang insan yang berjaya, hatinya cukup cekal. Diceritakan dahulu telefon bimbitnya juga pernah dicuri oleh pelanggan yang tidak berhati perut semasa berniaga kad tambah prabayar.

Nizam masih cekal.

Beliau nekad ingin mengubah hidupnya dengan bergelumang dalam bisnis online. Nizam pernah menyertai pertandingan seperti Fulus Mania dan beberapa pertandingan lain. Semangatnya tidak pernah pudar, beliau melibatkan diri dengan perniagaan online eBay dan yang berkonsepkan dropship.

Berbekalkan RM6000, beliau dan ibunya bertekad untuk memulakan perniagaan menjual minyak wangi gred AAA yang dijual melalui atas talian. Bagai sudah dijanjikan rezekinya, jualan hari pertama mencecah RM800 dan permintaan pelanggan yang tidak menang tangan membuahkan hasil pabila satu ketika pernah mencecah sehingga RM400,000 sebulan!

Khairul Nizam Wahidin

Sewaktu perniagaan sedang memuncak, berlaku sesuatu yang cukup mendukacitakan. Stok barangan berharga ratusan ribu dirampas oleh pihak berkuasa dan waktu itulah juga ia perlu dihantar kepada pelanggan. Nizam dan ibunya pasrah dan redha apa yang berlaku.

Disebabkan peristiwa itulah, Nizam mula memikirkan untuk menghasilkan minyak wanginya sendiri. Beliau yang sudah lima tahun bergelumang dalam minyak wangi telah membuat kajian untuk minyak wangi yang bakal digilai ramai. Dan selepas itu, terhasillah DEWAMOR yang menggabungkan dua nama iaitu Dew bermaksud embun dan Amor bermaksud rasa cinta dari bahasa Itali.

Dew amor

Dew amor pink floral

Gabungan pati haruman ros dan blossom menjadi intipati utama Dewamor. Serapan keunikan bauan vanilla, straberi, paraline, musk dan amber cukup membuatkan minyak wangi ini bakal menjadi igauan wanita. Warna pink atau merah samar dipilih menjadikan Dewamor menjadi sesuatu yang indah buat si pemakainya.

Di majlis pelancaran Dewamor Perfume Signature by Nizam ini juga telah dimulakan dengan perkongsian kisah daripada Dato Ab Roslan Hamid yang menjadi mentor kepada Nizam. Semangat dan kata-kata motivasi telah diserapkan dalam jiwa Nizam untuk terus menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Pelancaran Dew Amor

Tiada yang mustahil berlaku, pokok pangkalnya perlu berusaha dengan gigih tanpa jemu. Sasaran 10,000 botol sebulan untuk pasaran seluruh negara dan dijangkakan memasuki pasaran lebih 42 negara termasuk Asia Tenggara.

Semoga adik Nizam terus sukses dunia dan akhirat!

Bagi yang ingin lebih maklumat lanjut, boleh dapatkannya di :

Instagram: @DewamorOfficial

Spread the love

57 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!