Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Jangan minta tolong pada manusia kerana tiada kuasa“. Kali ini Abang nak berkongsi kisah sesat mencari tempat menggunakan Waze dan Google Maps.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Baru-baru ini, team Denaihati Network telah ke Majlis Pelancaran Karnival Minda yang diadakan di Kuching Waterfront. Pelancaran yang dilakukan oleh Perdana Menteri kita, Dato Seri Najib telah berjalan dengan meriah dan karnival di hadiri oleh ramai penduduk sekitar.
Program #YouCanDuit MDeC
Selesai pelancaran MINDA, Dato Seri Najib telah ke tapak pameran Multimedia Development Corporation (MDeC) untuk bersama-sama mendengar dan melihat mengenai program #YouCanDuit yang telah diwujudkan sejak jun 2015. Program ini terbahagi kepada dua program iaitu eRezeki dan juga eUsahawan.
Beberapa peserta yang telah berjaya menjana ribuan ringgit sebulan melalui program #YouCanDuit ini telah hadir untuk menerima hadiah kerana telah mengungguli kategori cabaran yang telah disediakan.
Program eUsahawan MDeC
Program eUsahawan yang telah diwujudkan lebih 6 bulan yang lalu ini, telah berjaya membantu begitu ramai usahawan baru yang boleh berjual beli dengan menggunakan platform online. Program bimbingan keusahawanan ini memberikan pendedahan kepada para peserta bagaimana untuk menjalankan perniagaan online dengan teratur.
Klik untuk mengetahu Rahsia menambah rezeki ketika ekonomi merudum
Setakat ini, lebih 4000 peserta telah menyertai program ini dan jumlah transaksi pendapatan yang telah terkumpul setakat ini adalah sebanyak RM5 juta.
Program eUsahawan ini dijalankan dengan kerjasama institusi Technical and Vocational Education and Training (TVET) di seluruh Malaysia. Inisiatif MDeC untuk menjadikan program ini sebagai latihan mikro ekonomi bagi membolehkan para pelajar dan belia untuk menceburi bidang perniagaan dengan lebih teratur dan dibimbing dengan baik.
Salah seorang daripada peserta eUsahawan ini; Wani menyatakan
“saya hanya menguruskan perniagaan saya dari jam 5.00petang hingga 8.00 malam, iaitu sekitar 3 jam sehari, dan sehingga harini, purata pendapatan sebulan saya adalah sekitar RM3000 sebulan“
Ini merupakan peluang yang baik kepada pelajar-pelajar di luar sana untuk menjana pendapatan dengan perniagaan online melalui program eUsahawan ini. Pihak Denaihati Network sempat menebual semua peserta yang telah berjaya ini, kami akan kongsikan kisah kejayaan mereka dalam artikel yang berlainan.
Program eRezeki MDeC
Selain itu, terdapat satu lagi program yang diberi nama eRezeki di bawah kempen #YouCanDuit oleh pihak MDeC. Program eRezeki ini membolehkan sesiapa sahaja yang mempunyai talian internet untuk berdaftar dan menjana pendapatan melalui pelbagai tugasan yang disediakan oleh platform eRezek ini.
Setakat ini, eRezeki telah mempunyai lebih 15,000 peserta dari seluruh negara dan menjana pendapatan sambilan keseluruhan sehingga RM12 Juta. Tugasan-tugasan dan latihan bagaimana untuk melakukan tugasan tersebut disediakan melalui platform eRezeki ini.
Bahkan terdapat peserta-peserta yang telah berumur tetapi masih mampu untuk menjalankan program eRezeki ini dari rumah. Pendapatan tambahan dari ratusan ringgit hingga ribuan ringgit dapat diperolehi hanya dengan melakukan tugasan dalam eRezeki ini secara sambilan.
Sekiranya anda berminat untuk menambah pendapatan sampingan, bolehlah mendaftar di Portal eRezeki »
Merakyatkan Ekonomi Digital
Tujuan utama kempen #YouCanDuit melalui program eUsahawan dan eRezeki ini adalah untuk merakyatkan ekonomi digital. Bermaksud, semua rakyat mampu dan boleh untuk menjana pendapatan dan meningkatkan ekonomi peribadi menggunakan platform digital ini.
Dalam dunia teknologi ini, peluang untuk menambah pendapatan melalui platform digital amatlah luas, sekiranya kita tidak mengambil peluang ini, kita telah kerugian satu peluang yang sangat bernilai.
Tahniah diucapkan kepada pihak Malaysian Development Corporation (MDeC) kerana mengusahakan program yang akan memberi manfaat kepada ramai rakyat di Malaysia seperti mereka ini.
- Esther Buat Duit dengan High Income Accelerator di eRezeki
- Adeline gadis dari sabah menambah pendapatan dalam bidang grafik program eRezeki
- Nurul Azliani Catat 60% Peningkatan Pendapatan dengan eUsahawan
- Mirza Jana Pendapatan US Dollar dengan Alih Bahasa
- Jualan Bantal Kekabu Meningkat 5 kali ganda selepas sertai Program eUsahawan
- Graduan UNIMAS Jana Pendapatan USD daripada Program eRezeki
Abang Denaihati
Penulis Blog
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
202 Comments
banyak peluang sekarang ini, tinggal lagi nak usaha atau tak je. saya pilih untuk berusaha
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Cara Mencegah dan Merawat Diabetes / Kencing Manis
Dalam keadaan ekonomi macam ini memang kena usaha, mana boleh duduk diam sahaja.
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Banduan Ni Buat Duit USD80,000 Melalui Kedai Online Shopify
banyak sungguh peluang untuk jana pendapatan..tinggal lagi kena rajin cari dan grab peluang tersebut. 🙂
Curahan rasa Oja Samid @ ..Mudahnya Hidup Dengan Penapis Air Mudah Alih Shaklee
Orang kata kalau orang rajin ni campak kat pulau pun boleh hidup.
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Banduan Ni Buat Duit USD80,000 Melalui Kedai Online Shopify
bagus nie…rugi jika tidak mengambil peluang sebaik mungkin…pelajar sekarang ramai buat bisnes sampingan…
Curahan rasa inspirasihuda @ ..Promosi Shaklee Mac 2016
Kebanyakannya pelajar sekarang ni ramai yang celik berniaga, belum keluar universiti dan berniaga dan masyuk pulak tu.
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Banduan Ni Buat Duit USD80,000 Melalui Kedai Online Shopify
bagus nie…rugi jika tidak mengambil peluang sebaik mungkin…pelajar sekara ng ramai buat bisnes sampingan…
Kalau yang celik tu memang sedar dan akan berusaha untuk membantu keluarga mereka dengan berniaga secara sampingan.
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Banduan Ni Buat Duit USD80,000 Melalui Kedai Online Shopify
Bagus ada peluang kerja online macam ni. Boleh membantu rakyat malaysia yang nak cari duit dari internet.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Wanita Buat Bisnes Di Rumah Demi Anak
Zaman internet nih memang senang aa buat duit bagi mereka yang pandai ngan teknologi nih.
Curahan rasa Supernifz @ ..Kelebihan Minum Air Kosong
Orang kata bolehlah cari duit dapur atau duit tambahan untuk pergi pasar.
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Banduan Ni Buat Duit USD80,000 Melalui Kedai Online Shopify
Kena cuba lihat apa yang ditawarkan ni.Tak nak tertinggal
Curahan rasa roslina mohd sobri @ ..Aktiviti Chef Cilik,Cuti Sekolah
Cubalah nanti Roslina Mohd Sobri, nanti boleh share dengan kita nanti.
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki ni Tapau RM400,000 Dalam Masa 2 Bulan Di Market Antarabangsa
Boleh cuba satu hai nnt…yg penting kena kuat semangat
Curahan rasa Alin Marlini @ ..Cari Makan di Pekan Tanjung Malim
Boleh cuba ni. Mana tahu dapt jana duit tambahan ddn program ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..Proton Perdana 2016 2.4L Spesifikasi dan Harga
Memang kena terjah nanti ni, untuk tahu berbaloi atau tidak program ni.
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Banduan Ni Buat Duit USD80,000 Melalui Kedai Online Shopify
Dengan keadaan ekonomi sekarang semua org tgh cari duit tambahan. Program ni hadir pd masa yg sesuai
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Batman v Superman: Dawn of Justice
Nikkhazami, timing dia tu macam cantik aje kan, tapi kita tahu macam lambat aje, dari tahun lepas dia dah mula kan?
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Banduan Ni Buat Duit USD80,000 Melalui Kedai Online Shopify
oh ada program seperti ini rupanya..
Ini juga sudah dikira tempat untuk melaksanakan kerjaya kedua dari rumah..
Di doakan untuk mereka yang menyertai .. semoga berjaya dan kaya dunia dan akhirat..
Curahan rasa onlajer @ ..Mencari Harga Terbaik Mesin Basuh
Macam jobdirumah lah ni kiranya kan onlajer. Memang cun sangat tu, boleh cuba nantini ya.
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Banduan Ni Buat Duit USD80,000 Melalui Kedai Online Shopify
Seronok ada program macam ni.. Tambah-tambah lagi sekarang musim ekonomi merosot.. Boleh cuba untuk jana pendapatan sampingan.. Ikut nasihat menteri, kena ada side income.. 🙂
Curahan rasa Moms Avenue @ ..5 Perkara Aneh Bayi Baru Lahir Lakukan Yang Mana Ia Adalah Normal Sebenarnya
jika dipandang dari sisi positif, banyak sebenarnya yang kerjaan telah sediakan untk rakyat.sebagai contoh yang ini.
Curahan rasa semak saman @ ..Semak Saman Trafik PDRM dan JPJ Online
Bertuah betul mereka dapat income secara online.. Banyak lagi tu.. Terbaik la
Curahan rasa mrhanafi @ ..Jom Sertai Program Penjimatan Wafymobile
Boleh tahan jugak tu income mereka ni. Memang cunnya timingnya.
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Banduan Ni Buat Duit USD80,000 Melalui Kedai Online Shopify
Terima kasih atas perkongsian ini. Ini peluang yang menarik untuk dicuba.
Curahan rasa MDHAFiZ.NET @ ..Servis Buat Blog WordPress Self-Host Percuma
Cuba lah bro.. Mana tahu ada rezeki kat situ..
Belum cuba belum tahu
Curahan rasa mrhanafi @ ..Jom Sertai Program Penjimatan Wafymobile
saya dah try masuk semalam, tapi tak dapat. barangkali terlalu ramai cuba masuk agaknya. nanti nak cuba lagi
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Vitamin Sesuai Untuk Anak Berumur Satu Tahun
Raihanah, mungkin sebab entri ni makin ramai yang nampak dan nak cuba peluang itu.
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki ni Tapau RM400,000 Dalam Masa 2 Bulan Di Market Antarabangsa
Mungkin sebab posting di blog ni dia jadi viral pulak ya Raihanah?
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Banduan Ni Buat Duit USD80,000 Melalui Kedai Online Shopify
Comments are closed.