Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest Gadget Impian peringkat akhir semakin sengit. Blog pertama Cikgu Naman, blog kedua Zie Fauzi, blog tiga Faizal Fredley sudah tamat dan blog ke empat Hans akan tamat pada 11.59pm, 18/2/12 dan blog ke sepuluh yang terpilih adalah blog Yanmieonline telah mengumpul 5729 mata pada pusingan awal akan meneruskan perjuangan. Samsung Galaxy SII tukar kepada iPhone 4S menjadi impian dan harapan Yanmie semuga menjadi kenyataan. Kepada yang lupa bagaimana pusingan akhir berjalan sila baca kembali entri “Gadget Impian Jadi Kenyataan“. Joom baca rasa hati Yanmie kenapa iPhone 4S menjadi impian beliau kalau suka berilah sokong sebaik mungkin.
Salam, syukur alhamdulillah terpilih untuk menjadi peserta pusingan akhir Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com dan penaja eQurban. Bertuah rasanya terpilih antara 20 blogger yang lain.
Sebelum itu saya berharap penyertaan saya ini dinilai sebaiknya, dan tidak diketepikan sebab dah pernah menang sebelum ini. Harap pihak penganjur tidak memandang sedemikian, ini kerana saya telah pun berkerja keras untuk memenangi contest tersebut, saya telah mengeluarkan modal hampir RM400 untuk contest ini di mana saya membuat contest dalam contest iaitu Contest Cabutan Bertuah yang mana saya meraih LIKE, ReTweet, Komen dan G+ melalui contest tersebut. Saya rasa saya layak menang sebab saya ada kesungguhan tersebut.
Ok bercerita tentang gadget impian, memandangkan boleh tukar gadget impian selari dengan perkembangan semasa, saya memilih untuk memiliki iPhone 4S. Teringin nak live blog macam Denaihati guna iPhone 4S, teringin nak tweet dari iPhone, teringin nak ambil gambar guna iPhone 4S. So. nanti tak perlulah saya bawa kamera gedabak kalau sekadar ingin berjalan-jalan di shopping complex. Cukup dengan snap gambar menggunakan iPhone 4S tersebut, plus rekod video. Kamera gedabak saya tu tak boleh rekod video, yang boleh rekod pun dari Blackberry tu pun cuma 3MP, tak cantik. Hehehe. Boleh rekod guna iPad2 tapi tak seronok pulak, orang pandang semacam sebab iPad2 besar sangat, kalau untuk main game sesuailah.
Phone HTC yang saya dapat dari Maxis10 dahulu saya dah hadiahkan dengan suami. Phone tersebut tidak sesuai dengan saya, berat dan bateri cepat habis. Untuk seseorang yang kaki online 24 jam macam saya ni memang tak sesuai menggunakan phone tersebut. So, saya berikan dengan suami, saya pakai Blackberry 2nd hand yang saya beli dari blogger Roslan Nazri, since dia pun perlukan duit time tu (niat nak membantu). Sehingga sekarang saya masih menggunakan Blackberry tersebut. Hari tu rosak, skrin buta, saya repair kena caj RM250. Huhuhu. Takpelah asal boleh guna lagi. Sekarang Blackberry ni pula kamera buat hal, kadang-kadang heng tak boleh nak snap gambar. Tu yang dah kurang nak live twitpic gambar kat twitter. Hehehe. Kalau dapat iPhone 4S ni kan best ^____^
Saya berharap sangat saya dapat menang Contest Gadget Impian ini kerana saya sudah berusaha sehabis baik, sehari mahu berapa puluh ratus kali saya kempen kat laman sosial untuk membantu saya mendapatkan markah. Sehari jugak berapa puluh kali saya pantau blog rakan-rakan lain yang turut serta dalam contest ini kerana saya tidak ingin ketinggalan di belakang. Saya tidak suka buat kerja sekerat jalan, alang-alang berperang biar sampai jadi pemenang.
Dan saya yakin juga dengan berkat usaha berterusan insyaAllah ada rezeki untuk saya. Pilihlah saya jadi pemenang (ayat serius). Anda sendiri nampak kesungguhan saya dalam contest ini bukan? Di samping jumlah markah yang telah saya perolehi, boleh kata balance ke empat-empatnya, saya mempunyai RT yang banyak, Like yang banyak, Komen yang banyak dan G+ yang boleh dikatakan banyak jugak.
Saya yakin pihak penganjur dan pihak penaja pasti tidak menyesal untuk memberikan hadiah tersebut kepada saya. Ini kerana saya akan gunakan gadget tersebut sebaiknya, saya akan gunakan sendiri, saya takkan sesekali jual hadiah penghargaan tersebut, sebab ada sesetengah orang bila dah dapat mereka tidak gunakan, malah jual pulak. Lebih baik berikan kepada orang yang betul-betul inginkan gadget ini, seperti saya ^____^ hikhikhik.
Itu jelah kot. Rasanya cukup untuk saya gambarkan betapa saya ingin memenangi iPhone 4S tersebut. Terima kasih kepada penganjur dan penaja kerana menganjurkan Contest Gadget Impian ini, dan secara tak langsung membuka peluang kepada kami untuk memiliki gadget impian tersebut.
Semoga Allah S.W.T melipat gandakan rezeki Penganjur dan Penaja. InsyaAllah. Amin.
Aku yang nak menang ^____^
Yanmie
Nota :
- Yanmie diberi masa sehingga 11.59pm, 25/2/2012 untuk mempromosi entri ini dan mengumpul seberapa banyak point yang mampu. Selamat maju jaya.
- Ingat komen kurang dari 7 perkataan akan di delete.
4,106 Comments
tapi walau waktu terus berkurang, tapi kita harus tetap tenang
Curahan rasa Dadan @ ..Info Lowongan Kerja TKHI Tahun 2012
tenang dalam memberi dukungan, sehingga mbak yan meraih kemenangan
Curahan rasa Dadan @ ..Info Lowongan Kerja TKHI Tahun 2012
selepas semua selesai, para peserta gadget impian akan berdebar untuk tunggu keputusan pulak… 🙂
lepas ni boleh nak buat senaman jari jemari apa lagi lah.
Curahan rasa rosezha @ ..Pernah dengar Nama "Ceiba pentandra"
ada berapa minit je lagi nak tamat da lepas ni kak yan dah boleh lena dah.ehehe 🙂
Curahan rasa fiezahkecik @ ..mimik MOMOK contest by CIMOT
waktu telah 5 minit lagi, page pun telah masuk page 39
Curahan rasa Dadan @ ..Info Lowongan Kerja TKHI Tahun 2012
bisakah dalam 5 minit masuk ke page 40 sesuai yang ditargetkan ?
Curahan rasa Dadan @ ..Info Lowongan Kerja TKHI Tahun 2012
5 minit lagi horayyy hikhik, tak sabarnyaaa hehee
Curahan rasa yanmie @ ..Gambar Majlis Perkahwinan Ana Raffali Dan Naim
lepas ni akan lebih lega, tunggu keputusan sahaja la kan
Curahan rasa rosezha @ ..Pernah dengar Nama "Ceiba pentandra"
seronoknya kak yan… 5 minit masa amat bernilai.. harap komen ni lebih 7 patah perkataan
Dadan, Bang Iwan, MJ,KakYan, PuanBee, Kakyong dan zie memang rajin berkomen di sini
Curahan rasa rosezha @ ..Pernah dengar Nama "Ceiba pentandra"
kalau ada silap dan salah sepanjang berkomen di sini harap dimaafi ya
Curahan rasa rosezha @ ..Pernah dengar Nama "Ceiba pentandra"
jangan disimpan dalam hati, harap usaha kita ni diberkati
Curahan rasa rosezha @ ..Pernah dengar Nama "Ceiba pentandra"
Kimmie pun apa kurangnya,
Turut membantu sesiapa saja
Zie fauzi juga turut serta
Moga impian kak yan jadi nyata
Curahan rasa Myra Jay @ ..MJ nak menang Nikon D90 dari Denaihati – Harap Rakan2 sudi membantu
samalah akak pun ye, salah silap harap dimaafi
Curahan rasa yanmie @ ..Gambar Majlis Perkahwinan Ana Raffali Dan Naim
semoga kak yan berjaya menjadi antara top 5 dalam contest gadget impian ni…
terima kasih zie, amin mudahan tercapai impian 😀
Curahan rasa yanmie @ ..Gambar Majlis Perkahwinan Ana Raffali Dan Naim
dua tiga kucing berlari,
mana nak sapa kucing saya,
dua tiga boleh dicari,
mana nak sama kita semua.
Curahan rasa rosezha @ ..Pernah dengar Nama "Ceiba pentandra"
Maaf tak dapat reply komen, duk online dari ipad 2, apa pun saya hargai sangat2 sokongan dari anda semua, alhamdulillah.
Curahan rasa yanmie @ ..Gambar Majlis Perkahwinan Ana Raffali Dan Naim
kalau ada sumur diladang,
boleh kita menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
lain kali kita bertemu lagi
Curahan rasa rosezha @ ..Pernah dengar Nama "Ceiba pentandra"
Alhamdulillah RT akhirnya cecah 300 jugak, terima kasih semua 🙂
Curahan rasa yanmie @ ..Gambar Majlis Perkahwinan Ana Raffali Dan Naim
alhamdulilah tercapai juga, moga akhirnya impian menjadi nyata
Curahan rasa rosezha @ ..Pernah dengar Nama "Ceiba pentandra"
tinggi – tinggi kelapa bali,
tinggi lagi tapi masih jejak bumi,
contest ini anjuran DenaiHati,
dengan tagline Hidup untuk memberi
Curahan rasa rosezha @ ..Pernah dengar Nama "Ceiba pentandra"
bang iwan takde ke ni untu countdown malam ni?
Curahan rasa yanmie @ ..Gambar Majlis Perkahwinan Ana Raffali Dan Naim
iya mbak yan, entah mengapa dari tadi beliau tak muncul juga
Curahan rasa Dadan @ ..Info Lowongan Kerja TKHI Tahun 2012
tapi biarlah, saya pun bisa jadi wakil beliau untuk tetap menyokong mbak yan
Curahan rasa Dadan @ ..Info Lowongan Kerja TKHI Tahun 2012
iya benar, ngak apa koq, cumaan seperti ada yang kurang aja
Curahan rasa yanmie @ ..Gambar Majlis Perkahwinan Ana Raffali Dan Naim
9minit lagi heeeee, terima kasih semua atas sokongan 🙂
Curahan rasa yanmie @ ..Gambar Majlis Perkahwinan Ana Raffali Dan Naim
Comments are closed.