Debat Chua Soi Lek vs Lim Guan Eng

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, di persidangan Malaysia World Bloggers and Social Media Weeks 2012 isu perdebatan Khairy Jamaluddin vs Rafizi Ramli banyak diperkatakan. Kepada penyokong Pakatan Rakyat, Rafizi adalah pemenang dan kepada penyokong Barisan Nasional, Khairy adalah pemenang tetapi seperti kata Khairy apabila debat tersebut tersebar di Youtube pemenangnya bukan Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional tetapi kepada Demokrasi Malaysia.

Selama ini rakyat Malaysia dihidangkan dengan politik emosi samada dari Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional. Banyak isu peribadi di paparkan dalam ceramah-ceramah kepada rakyat melebihi daripada perancangan membina negara yang lebih berjaya.

Debat Politik Chua vs Lim

5.00 pm, 18/2/12 akan menjadi satu lagi sejarah apabila Dr Chua Soi Lek dari Barisan Nasional akan berdebat menentang Lim Guan Eng dari Pakatan Rakyat. Debat Chua Soi Lek vs Lim Guan Eng jangan di pandang siapa menang siapa kalah kerana pasti setiap penyokong akan katakan merekalah pemenang. Info dari blog ZulkboDebat Chua vs Lim yang dijadualkan bermula pada jam 5 petang itu akan turut disiarkan secara langsung menerusi siaran Astro AEC (301), akan diulang tayang pada jam 11 malam hari yang sama dan Astro Awani (501) dengan alih bahasa. Moderator debat ini ialah Ketua Pegawai Operasi Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Tan Ah Chai.

Pandangan peribadi aku apa yang nak ditunjukkan adalah kematangan ahli politik Cina berpolitik. Apa pula pandangan Rakyat Malaysia yang lain?

Kepada yang belum mengundi sila buat pilihan anda di Ramalan Pilihan Raya Umum 13 di side bar kanan. Berdasarkan keputusan terkini pengundi Atas Pagar bakal menentukan masa depan Malaysia.

Antara perkataan yang menarik dipetik dari Malaysiakini : “DAP tidak mengiktiraf ketuanan Melayu. Kami mengiktiraf ketuanan rakyat,” kata Lim.

Debat ke dua Chua Soi Lek vs Lim Guan Eng

Debat ke dua Chua Soi Lek vs Lim Guan Eng dianggap gagal apabila debat tidak berlansung secara sihat. Platform debat lebih banyak digunakan untuk menerangkan perjuangan parti daripada menjawab soalan dan berdebat secara lansung menjawab isu semasa. Presiden MCA, Chua Soi Lek menolak untuk debat ke tiga kerana debat tidak membawa kesan positif.

Video Debat Chua Soi Lek vs Lim Guan Eng (dalam bahasa Cina)

Video Debat Khairy Jamaluddin vs Rafizi Ramli


Spread the love
author avatar
denaihati
Denaihati blog personal yang telah memenangi anugerah MSMW Best Blog of the year 2012, MSMW Most Creative Blog 2013 dan MyNic Best Personal Blog 2013.