Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bertahun juga aku kenal Hilal Azmi dari seorang rakan blogger sehingga menjadi rakan baik. Perkenalan bermula apabila Hilal Azmi ketika itu seorang blogger join salah satu contest yang dianjurkan blog Denaihati. Hari ini beliau bukan hanya seorang blogger tetapi juga wartawan Astro Awani yang semakin meningkat naik. Contoh kejayaan seorang blogger yang boleh dijadikan ikhtibar blogger yang lain.
Hilal Azmi seorang wartawan yang berani apabila telah membuat berbagai coverage yang berisiko tinggi seperti peperangan di Syria, cuba masuk ke Gaza ketika Israel sedang menyerang tanpa henti, ground zero tragedi banjir lumpur Cameron Highland dan terbaru banjir besar Kelantan.
Hilal Azmi bukan sebahagian team Denaihati tetapi sentiasa bersama menyokong perjuangan kami. Selalu bersedia menjadi mc untuk semua majlis yang kami anjurkan melainkan pada ketika itu beliau tidak dapat cuti. Antara majlis anjuran kami yang dihostkan oleh Hilal Azmi adalah Sepetang Bersama Blogger, Seminar Buat Duit dengan Blog dan Seminar Buat Duit dengan Affiliate. Hilal Azmi juga wartawan yang telah membawa blog Denaihati ke beberapa program Astro Awani begitu juga Abang Ensem.
Terharu juga apabila aku mendapat PM dari Hilal ketika beliau nak bertunang dan diperkenalkan dengan bakal tunang semasa kami mengopi di Hotel Concorde KL. Sememangnya dari awal beliau dah jemput kami sekeluarga ke majlis perkahwinan di Penang. Jutaan maaf kepada Hilal Azmi kerana tidak dapat meraikan hari bahagia majlis perkahwinan di Penang pada 7/2/2015 kerana kebetulan pada hari yang sama ada program lain.
Selamat Pengantin Baru kepada Hilal Azmi dan Sharifah Sabtariah Syed Ahmad semuga berbahagia sehingga ke Syurga dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan soleha. Jangan marah ya .. nanti di KL abang belanja Hilal dan wife ya!
72 Comments
Lerrr….blogger juga rupenya. Tahniah to Hilal Azmi dan pasangan. Semoga terus sukses dalam kerjaya.
Curahan rasa ummi tokei vitamin @ ..Selamatkah hubungan seks semasa hamil?
Selamat perantin baru bro.. wah sweet jerk warna tema tuh….
http://supernifzvitamin.com/pancit-selepas-travel/
Curahan rasa SuperNifz @ ..Cara Hilangkan Parut Chicken Pox Yang Hodoh
Barakallahufiq .. Selamat pengantin baru , semoga kekal hingga ke jannah .. Moga Allah memberkati kedua mempelai..
Curahan rasa Aretikz @ ..Malaysia Best Blog 2015
Alhamdulillah semoga menjadi pernikahan yang diberkahi dan di Ridhai oleh Allah SWT untuk menciptakan keluarga Sakinah dan terus rukun sampai akhir hayat
Curahan rasa Belajar Agama Islam @ ..7 Faedah Qana’ah
Thanks abang atas entry ni…hehehehe…. Moga dengan doa kalian semua, segalanya bertambah baik untuk kehidupan kita bersama… Insyaallah.
Curahan rasa Hilal @ ..Roti Canai teloq meleleh
Waalaikumsalam, selamat dan semoga menjadi keluarga sakinah mawadah warohmah dan semoga mendapatkan rejeki yang berkah dan melimpah, aamiin 🙂
selalu jugak singgah blog dia. selamat penganti baru. kawin muda la bagus.
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Teman Lelaki Upahan di Tv3
selamat pengantin baru hilal azmi. semoga berbahagia bersama isteri hingga ke Jannah. ^___^
Selamat pengantin baru..dan semoga berbahagia ke anak cucu..cam seronok jer..rasa nak alaminya sekali lagi..hahaha
Curahan rasa Hafizul @ ..Peluang Kerja Online Bersama TaskV
Tahniah dan selamat pengantin baru. semoga bahagia selamanya hingga ke syurga
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Tips Tenang Bersalin Dengan Teknik Pernafasan
Tahniah.
Baru nak kenal-mengenali.
Selamat pengatin baru.
Semoga perkahwinan kekal hingga ke akhirnya.
Tahniah Encik Hilal Azmi dan Selamat pengantin baharu 🙂 Semoga dimurah rezeki dan kekal bahagia hingga ke akhir waktu.
Curahan rasa Sylarius Yusof @ ..Manusia yang Cemburu dengan Lelaki Hodoh Dapat Wanita Cantik
taniah hilal..semoga terus kan bakat yang ada..terima kasih kerana byk menyumbangkan info-info yang menarik kepada pembaca…
beliau banyak memberi sumbangan dalam menjayakan rancangan denai hati dan blogger yang lain.
Curahan rasa Dr Fattah @ ..Seksyen Pengetahuan Am Peperiksaan Separa Perubatan
Tahniah Hilal. Selalu follow beliau di Twitter. Wartawan muda yang rajin dan berani
Curahan rasa MV @ ..Affiliate Marketing Apa Yang Anda Patut Tahu
Comments are closed.