Hilal Azmi sedang menuju Gaza

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, saudara Hilal Azmi seorang pemuda biasa bermula sebagai seorang blogger dan kini bertugas sebagai seorang wartawan dan pengacara di Astro Awani. Sahabat yang pernah menjadi pengacara majlis kami iaitu Sepetang Bersama Blogger 2014. Kelihatan seorang yang berperwatakan biasa tetapi ada jiwa besi di dalam dirinya. Pernah menjejaki Syria untuk melihat pergolakan yang  boleh dibaca dalam ceritanya “kisah Syria“, katanya hampir terkorban di sana.

hilal azmi di Beirut
Hilal Azmi di Lapangan Terbang Beirut menuju ke Gaza

Dari facebook Hilal dikongsikan gambar-gambar di lapangan terbang Beirut bersama wartawan dan pasukan pengaman Malaysia dan terbaru mereka sudah berada di Ma’rakah Camp South Lebanon. Apa tujuan kalau bukan menuju ke Gaza. Aku sendiri pernah menjejaki bumi Palestine di Tebing Barat boleh baca kisah “kembara Palestine” boleh merasai penderitaan saudara Palestine yang ditindas oleh Israel.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata “Saya Tidak Akan Tunduk Pada Sesiapapun” menunjukan peperangan ini akan berlansung lebih lama melainkan Israel tewas kepada tentera Palestine seperti pada tahun 2012. Bangsa Yahudi memang bangsa pembunuh sehingga ramai Nabi-nabi mereka yang telah mereka bunuh inikan pula umat Islam Palestine.

Banyak hadis dan ayat Al Quran yang menyebut tentang kezaliman Bangsa Yahudi antaranya :

[box]‘Wahai Abu ’Ubaidah, ketahuilah bahawa Bani Israel sudah membunuh 43 nabi pada sebelah pagi dalam satu masa. Kemudian ada 170 orang Bani Israel yang mengajak mereka membunuh nabi berkenaan kepada ma’ruf dan mencegah mereka daripada mungkar tapi mereka juga membunuhnya pada sebelah petang.” (Hadis riwayat Abu Hatim dan Ib Jarir)

‘‘Mereka ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab daripada manusia. Dan mereka kembali mendapat kemurkaan Allah, dan mereka ditimpa kemiskinan. Yang demikian itu, disebabkan mereka ingkar akan ayat-ayat Allah, dan mereka membunuh Nabi-Nabi dengan tiada alasan benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan melampaui batas.” (Surah Ali ’Imran: 112)

‘‘Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, dan mereka kufur ayat-ayat keterangan Allah, dan mereka membunuh Nabi-Nabi dengan tiada suatu alasan yang benar, dan mereka berkata: Hati kami tertutup. Bahkan Allah memeterai hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit saja di antaranya.” (Surah al-Nisa: 155)

[/box]

Mereka memang bangsa yang kejam dan tidak berhati perut. Mereka hanya akan takut kepada umat Islam apabila jemaah solat Suboh di masjid dan surau ramainya seperti solat Jumaat. Kabarnya setiap hari ada pengintip Israel yang sentiasa melihat berapa ramai jemaah Suboh di surau dan masjid di Palestine.

Mengikut berita terkini Gaza di Astro Awani perang kali ini sudah membunuh 186 jiwa melebih perang tahun 2012 dan pasti ramai lagi yang bakal terkorban. Kecekalan Briged al Qassam terus menentang tentera Israel yang lengkap dengan senjata moden pasti akan mendapat bantuan dari ALLAH. Kepada yang nak boikot produk Israel boikotlah kepada yang tidak pun tak mengapa kerana yang paling penting kita mengirim doa dengan munajat yang bersungguh-sungguh agar ALLAH melihat kesungguhan kita umat Islam. Doa adalah senjata terbaik umat Islam bukannya berselisih faham tentang boikot memboikot. Kita mungkin tidak seberani Hilal Azmi dan rakan-rakannya yang lain jadi jangan berhenti teruskan berdoa untuk Gaza.

Klik gambar di bawah untuk melihat lebih banyak kehancuran Gaza oleh tentera Zionist.

gambar korban gaza

Banyak lagi gambar penderitaan Gaza dapat dilihat di entri “Gaza di robek Israel lagi“. Teruskan berdoa untuk Gaza.

306 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!