Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bertahun juga aku kenal Hilal Azmi dari seorang rakan blogger sehingga menjadi rakan baik. Perkenalan bermula apabila Hilal Azmi ketika itu seorang blogger join salah satu contest yang dianjurkan blog Denaihati. Hari ini beliau bukan hanya seorang blogger tetapi juga wartawan Astro Awani yang semakin meningkat naik. Contoh kejayaan seorang blogger yang boleh dijadikan ikhtibar blogger yang lain.
Hilal Azmi seorang wartawan yang berani apabila telah membuat berbagai coverage yang berisiko tinggi seperti peperangan di Syria, cuba masuk ke Gaza ketika Israel sedang menyerang tanpa henti, ground zero tragedi banjir lumpur Cameron Highland dan terbaru banjir besar Kelantan.
Hilal Azmi bukan sebahagian team Denaihati tetapi sentiasa bersama menyokong perjuangan kami. Selalu bersedia menjadi mc untuk semua majlis yang kami anjurkan melainkan pada ketika itu beliau tidak dapat cuti. Antara majlis anjuran kami yang dihostkan oleh Hilal Azmi adalah Sepetang Bersama Blogger, Seminar Buat Duit dengan Blog dan Seminar Buat Duit dengan Affiliate. Hilal Azmi juga wartawan yang telah membawa blog Denaihati ke beberapa program Astro Awani begitu juga Abang Ensem.
Terharu juga apabila aku mendapat PM dari Hilal ketika beliau nak bertunang dan diperkenalkan dengan bakal tunang semasa kami mengopi di Hotel Concorde KL. Sememangnya dari awal beliau dah jemput kami sekeluarga ke majlis perkahwinan di Penang. Jutaan maaf kepada Hilal Azmi kerana tidak dapat meraikan hari bahagia majlis perkahwinan di Penang pada 7/2/2015 kerana kebetulan pada hari yang sama ada program lain.
Selamat Pengantin Baru kepada Hilal Azmi dan Sharifah Sabtariah Syed Ahmad semuga berbahagia sehingga ke Syurga dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan soleha. Jangan marah ya .. nanti di KL abang belanja Hilal dan wife ya!
72 Comments
Selamat Pengantin Baru Hilal dan isteri. Cantik persalinan tu. Rasa macam nak buat wedding photoshoot sempena ulangtahun perkahwinan saya yang ke 7 pula..
Curahan rasa Ain Ridzuan @ ..SUAMI MAKAN HATI KERANA ISTERI SELALU MARAH KETIKA MENGANDUNG
Boleh je kalau nak rasa trend orang sekarang…heee. tahniah dah 7 tahun kahwin.
Curahan rasa Denaihati @ ..Adakah kita Pengguna Berani
kalau melihat photo pengantin, jadi teringat mau pengantin lagi mas …
saat-saat indah yang pernah dilewati dan sampai sekarang belum pernah menemui lagi … 🙂
Curahan rasa info-menarik.NET @ ..Berikut Arti Kosakata Dalam Slip Gaji TKI Korea
selamat pengantin baru, semoga berbahagia hingga ke anak cucu dan akhir hayat.
Curahan rasa ikhwan @ ..Temuduga Kerja Kerajaan Februari 2015
Selamat Pengantin Baru tuan Hilal Azman.
Moga bahagia hingga ke jannah…
Curahan rasa Sani Yunus @ ..Makan Percuma di Tudia Char Kuey Teow
Selamat Pengantin Baru kepada saudara Hilal Azmi Semoga berkekalan bahagia hingga ke janah dan dimurahkan rezeki…
tahniah pada kedua pasangan pengantin..cantik suci persalinan tu:) teringat pula majlis MJ 9 tahun yang lalu..
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Memang Menjadi Gambar Budak Rosak Otak Tu
mesti tak sama 9 tahun lepas, style orang sekarang ada tempat untuk tetamu melaram bergambar… heee
Curahan rasa Denaihati @ ..MH370 berakhirnya sebuah tragedi
Selamat pengantin baru Hilal. 1st time jumpa masa Seminar Buat Duit dengan Affiliate memang tak sombong. Selamat menempuh alam baru dengan tanggungjawab yang lebih besar. Aaamin.
Curahan rasa cikpin @ ..GA Subkontest HASRULHASSAN.COM Best Blog 2015
Nice wedding..suka tengok warna putih nampak suci je…Congrate for Hilal Azmi 🙂
Selamat Pengantin Baru dari PG ya. Semoga berkekalan hingga ke janah. InshaAllah 🙂
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Biro Tatanegara, Kem Bina Negara Kundasang Sabah.
walaupun aku bru tahu dia adalah blogger gak..selamat pgantin bru ..tahniah dh jd sorang suami..
Curahan rasa Jie Susanos @ ..Video Setting Domain
Tahniah! Selamat Pengantin Baru bro. Semoga bahagia selalu. harap-harap update blog tambah rancak lepas ni. 🙂
Curahan rasa suhiminain @ ..Easy Social Share Buttons, Plugin Pilihan DenaiHati.Com
Ini kena beritahu dia lah, awal2 kawin ni mesti jarang updatelah kot…heee
Curahan rasa Denaihati @ ..MH370 berakhirnya sebuah tragedi
Semoga berbahagia sentiasa.
Selamat Pengantin Baru.
Ini Bukan Perkara Biasa.
Curahan rasa Kucing Comel @ ..Patung Berhidung Carot
Hilal azmi ni dulu cover banjir kat kelantan. So hari hari tengok dia
Curahan rasa nikkhazami @ ..Malaysia Best Blog 2015
Satu persatu melepas Masa bujang Ariff sudah sekarang giliran Hilal Azmi Tahniah Semoga diridhai oleh Allah dan menjadi keluarga Sakinah
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Umar bin Abdul Aziz, sang teladan
Assalamualaikum…..
Tahniah buat Hilal Azmi.
Selamat Pengantin Baru….
Moga Kekal Ke Syurga dan bahagia hendaknya.
Saya suka cara beliau menjadi pengacara majlis di SBB2014 tahun lepas. Terbaikkkkk……
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Jadual Perlawanan Liga Super Malaysia 2015
Memang terbaik beliau jadi pengacara, harap akan datang pun beliau sudi jadi pengacara.
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan cabaran iPhone 5s
Comments are closed.