Hikmah di sebalik ujian Allah swt

Spread the love

”Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari dan berikan kita petir dan kilat, kita tercari-cari dimanakah matahari, rupa-rupanya Allah hadiakan kita pelangi yang indah”

“Dan sesungguhnya akan kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa (pengikut) dan buah-buahan (biji-bijian). Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ‘Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadanyalah kami akan kembali’. Meraka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”. (Al Baqarah : 155-157 )

Adakah kita benar-benar yakin dengan ayat-ayat di atas?

Sony Vaio Siri X

Pada tanggal 24/4/10 aku transit di Doha, Qatar selama 7 jam dalam perjalanan pulang yang jauh. Aku sempat membeli beberapa ole-ole untuk keluarga dan teman-teman di duty free shop. Kami naik ke pesawat QatarAirWays pada jam 2 am. Aku letakkan notebook Sony Vaio siri x yang baru dibeli kira-kira 2 bulan lepas di Bangkok ke dalam beg plastik ole-ole. Sampai di pesawat aku terus letakkan beg plastik tersebut di tempat letak beg. Oleh kerana malam sudah terlalu lewat aku terus tertidur selama 5 jam.

Setiba aku di KLIA aku dapati beg plastik ole-ole dan notebook Sony Vaio dah lesap. Aku maklumkan kepada pramugari tetapi hasilnya negatif. Sayang juga ole-ole dan notebook yang bernilai lebih RM7,000 hilang begitu sahaja. Aku bersangka baik mungkin ada yang tersilap ambil dan ini juga pasti ujian kecil daripada ALLAH swt untuk dapat digantikan dengan sesuatu yang lebih besar jika aku bersabar dan redha.

Aku diminta buat laporan di pejabat QatarAirWays di tingkat 4 KLIA tetapi setelah aku tercegat 15 minit dan mengetuk beberapa kali pintu pejabat tak terbuka pun. Aku pasrah dan berjanji untuk call pada hari Isnin. Aku yakin ini ujian kecil dari ALLAH swt untuk menguji kesabaran aku. Duit dan harta ini semua milik ALLAH pujuk hati aku kepada diri aku sendiri.

Subhan’Allah janji ALLAH swt tu memang sangat betul bagi orang yang bersabar. Selang 3 jam selepas aku kehilangan barang bernilai lebih RM7,000 aku mendapat sms dari pada teman. Nak tahu apa isi sms tu. Alhamdulillah aku baru dapat rezeki baru yang nilainya 250% daripada nilai barangan yang hilang.

Syukur pada mu ya Allah.

“Sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar”. (Al Baqarah : 153)

@Kepada semua peserta contest Acer Aspire One senerai peserta sedang di update.
[ad#HTML]


Spread the love