Ariff Shah selamat pengantin baru

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, selepas Yuyu Zulaikha mengakhiri zaman bujang kini tiba giliran Top Blogger Malaysia Ariff Shah. Ketika di Baitulmuqqadis dapat kiriman dari sahabat gambar pernikahan Ariff Shah dengan baju melayu serba putih. Memang rezeki rombongan kembara Palestine kami mendarat di KLIA malam 24/12/2013 jadi sempatlah meraikan majlis persandingan Ariff Shah di Dewan Merak Kayangan Felda tapi hampir-hampir juga terlupa dek kerana jet lag.

Menyelusuri Tasik Tonle Sap, Siem Reap
Ariff Shah dan rakan menyelusuri Tasik Tonle Sap, Siem Reap

Ariff Shah mempunyai sejarah yang panjamg dengan blog Denaihati jadi memang tak patut sangat kalau aku tak meraikan masjlis istimewa yang mungkin sekali seumur hidup. Bermula sebagai peserta contest kemudian menjadi konsultan WP dan kemudian sebagai menulis tetap di blog Denaihati. Banyak jasa dan ilmu yang telah Ariff Shah kongsikan bersama blog Denaihati.

ariffshah upcoming blogger of the year
Bergambar bersama Ariffshah (pemenang Upcoming Blogger of The Year)

Paling best walaupun dah berkerjasama bertahun tetapi kami tidak bernah bertemu melainkan berhubung secara online sehingga suatu hari terjumpa tanpa dirancang di Alamanda Putrajaya. Kalau tak silap masa tu Ariff baru sahaja tamat belajar di Moscow. Terasa rugi pulak kerana tak sempat menjejaki Moscow ketika Ariff di sana kalau tidak mesti senang ada tour guide.

abang ensem di majlis persandingan ariff shah

Ariff Shah seorang anak muda yang ada visi dan misi pernah bersama kami mengembara di bumi Kemboja dari Siem Reap ke Battambang dan Phnom Penh. Jika Ariff meneruskan disiplin sekarang tidak mustahil suatu hari nanti akan menjadi insan yang berjaya. Zaman sekarang bukan senang nak cari anak muda yang ada perancangan hidup dan mengurusan ekonomi yang baik. Lebih ramai anak muda yang hidup lebih daripada kemampuan kerana mengikut emosi dengan terikut-ikut cara orang lain.

gambar nikah ariff shah

Kami sekeluarga mendoakan semuga Ariff Shah hidup bahagia hingga ke Syurga dan mungkin entri “Suami Isteri bukan untuk dimiliki” boleh dijadikan panduan membina kehidupan suami isteri yang sangat mencabar. Ariff Shah kalau nak belajar rahsia berumahtangga inshaa Allah boleh je berkongsi sedikit pengalaman yang ada.


Spread the love

127 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!