Hilal Azmi selamat pengantin baru

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bertahun juga aku kenal Hilal Azmi dari seorang rakan blogger sehingga menjadi rakan baik. Perkenalan bermula apabila Hilal Azmi ketika itu seorang blogger join salah satu contest yang dianjurkan blog Denaihati. Hari ini beliau bukan hanya seorang blogger tetapi juga wartawan Astro Awani yang semakin meningkat naik. Contoh kejayaan seorang blogger yang boleh dijadikan ikhtibar blogger yang lain.

Hilal Azmi seorang wartawan yang berani apabila telah membuat berbagai coverage yang berisiko tinggi seperti peperangan di Syria, cuba masuk ke Gaza ketika Israel sedang menyerang tanpa henti, ground zero tragedi banjir lumpur Cameron Highland dan terbaru banjir besar Kelantan.

Hilal Azmi emcee Seminar Affiliate

Hilal Azmi bukan sebahagian team Denaihati tetapi sentiasa bersama menyokong perjuangan kami. Selalu bersedia menjadi mc untuk semua majlis yang kami anjurkan melainkan pada ketika itu beliau tidak dapat cuti. Antara majlis anjuran kami yang dihostkan oleh Hilal Azmi adalah Sepetang Bersama Blogger, Seminar Buat Duit dengan Blog dan Seminar Buat Duit dengan Affiliate. Hilal Azmi juga wartawan yang telah membawa blog Denaihati ke beberapa program Astro Awani begitu juga Abang Ensem.

Terharu juga apabila aku mendapat PM dari Hilal ketika beliau nak bertunang dan diperkenalkan dengan bakal tunang semasa kami mengopi di Hotel Concorde KL. Sememangnya dari awal beliau dah jemput kami sekeluarga ke majlis perkahwinan di Penang. Jutaan maaf kepada Hilal Azmi kerana tidak dapat meraikan hari bahagia majlis perkahwinan di Penang pada 7/2/2015 kerana kebetulan pada hari yang sama ada program lain.

hilal azmi nikah

Selamat Pengantin Baru kepada Hilal Azmi dan Sharifah Sabtariah Syed Ahmad semuga berbahagia sehingga ke Syurga dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan soleha. Jangan marah ya .. nanti di KL abang belanja Hilal dan wife ya!

hilal azmi makan beradap


Spread the love

72 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!