MH370 berakhirnya sebuah tragedi

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ini ketika aku membeli baju di Sogo Kowloon Hong Kong seorang penjual bertanya tak takut ke naik kapal terbang. Katanya ramai pelanggan dia dari Malaysia yang takut nak naik kapal terbang selepas peristiwa kehilangan misteri MH370, tragedi tembak MH17 dan kehilangan QZ8501. Jujurnya bukan tidak risau terutama apabila berada ribuan kaki di atas udara tetapi kitakan ada ALLAH tempat berserah.

Selepas lebih daripada 327 hari kehilangan misteri pesawat MH370, Kerajaan telah mengisytiharkan pesawat malang itu kemalangan mengikut ketetapan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan semua 239 penumpang dan anak kapalnya dianggap telah terkorban. Itulah hakikat yang semua kena terima walaupun ramai ahli keluarga yang tidak dapat menerima pengisytiharan ini.

gambar mangsa tragedi MH370

Memang berbagai misteri menyelubungi kehilangan MH370 yang masih belum terungkai yang hanya mereka, askar dajjal sahaja yang mengetahui rahsianya. Kita masih boleh menerima alasan apabila MH17 ditembak jatuh dan QZ8501 jatuh kerana cuaca yang tidak baik tetapi kehilangan MH370 begitu sahaja memang sukar diterima terutama kaum keluarga mangsa.

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka akan dibiarkan (saja) hanya dengan mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia pasti mengetahui orang- orang yang dusta. – Surat Al-Ankabut ayat 2-3

Begitulah kehidupan kekadang kita kena belajar menerima hakikat bahawa kehidupan bukan semua seperti yang dirancang. Perancangan ALLAH Maha hebat untuk menguji ketauhidan manusia atas keesaan Tuhan yang satu. Kita memang dengan mudah berkata-kata bahawa kita meyakini adanya ALLAH tetapi keyakinan kita teruji apabila ditimpa kesusahan terutama kesusahan yang diluar jangka fikiran. Insan yang beriman akan sentiasa redha dengan ketentuan ALLAH biar pun sekecil mana pemberian apatahlah sebesar ujian kehilangan MH370.

missing-mh370

Tidak pernah sekelumit ALLAH pernah menzalimi hambanya melainkan diri kita yang selalui menzalimi diri kita sendiri. Mari kita berdoa semua kaum keluarga mangsa tabah menghadapi ujian dan dugaan besar dari ALLAH yang pasti akan ada hikmahnya. Semuga damai mu di sana MH370.

AL FATIHAH.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Rahsia Yakjuj Makjuj terbongkar! Klik Sini

Rahsia Main Instagram 1 jam sehari dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini

Jana Duit 5 angka sebulan tanpa modal. Rahsianya terbongkar! Klik Sini [/box]


Spread the love

125 Comments

  1. Masa dpt berita mh370 hilang dr radar, terus terbyg nasib adik yg keje d klia. Mesti sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada stafnya. Seperti dijangkakan, tarikh 1mac 2015 tarikh yg bakal mengumumkan siapa staf yang akan dhentikan perkhidmatan.

    A total lost for malaysia when 3 of their aircraft crash, lost n shot. Tapi saya yakin malaysia dan isi kandungannya sgt hebat dan mampu bangkit dari pelbagai masalah.

    Jemput lawat entry emy di blog emy. sudi-sudikan juga drop a comment. Tqvm
    http://emyashura83.blogspot.com/2015/01/jangan-makan-vitamin-c-shaklee.html

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!