Assalamualaikum dan salam 1Dunia, alhamdulillah setiap hari ada sahaja berita hijrah artis lelaki dan wanita Malaysia. Yang terbaru giliran Sharifah Sofia berhijrah. Baru-baru ini seorang Ustaz sahabat lama bercerita suatu maghrib beliau berkongsi ilmu di sebuah surau di Gombak.
Ada seorang pemuda berserban duduk di hadapan mengadap beliau. Jemaah yang lain seperti biasa duduk dibelakang bersandar di dinding dan tiang. Selepas majlis pemuda tersebut datang bertanya samada ustaz kenal beliau ke? Ustaz dengan pantas menjawab tak kenal.
Rupanya pemuda tersebut suatu masa dahulu terkenal sebagai penyanyi dangdut tersohor. Ustaz cakap tak masuk TV manalah nak tahu.
Selain penyanyi dangdut ramai juga penyanyi rock yang telah berhijrah penjadi pendakwah antaranya mael xpdc yang sekarang anaknya belajar di Madrasah An Nuur, Muar. Sejak tahun 1970 an sudah ramai artis Malaysia yang berhijrah tetapi tidak diumumkan dalam media masa seperti sekarang.
Sekadar pendapat peribadi aku memang gembira dengan hijrah artis Malaysia tetapi kurang suka menggunakan platform politik. Politik ini banyak sepak terajangnya. Politik sentiasa sahaja berubah kepimpinan. Hari ini artis yang berhijrah menggunakan platform politik diusung ke sana-sini untuk meraih sokongan.
Penyanyi akan diangkat menjadi penceramah menyanyi ketika berceramah. Apabila berlaku perubahan kepimpinan maka artis tersebut akan diketepikan, dikutuk dan diangkat pulak artis yang lain. Politik memang begitu banyak liku-likunya bukannya lurus seperti kayu.
Ujian hijrah itu sendiri sudah terlalu besar dicampur dengan ujian politik pasti lebih hebat. Walaubagaimanapun semua itu pilihan sendiri. Semuga yang berhijrah dengan platform politik akan dapat istiqamah seperti ramai artis yang berhijrah sebelum ini dan masih kekal dalam jemaah dakwah.
Dua hari sebelum majlis persandingan Irma Hasmie aku terserempak dengan beliau bertudung labuh bersama ibunya. Antara hijrah artis Malaysia yang terbaik daripada pandangan mata aku. Semuga rumahtangga yang dibina kekal sehingga ke Syurga.
212 Comments
Terpengaruhnya terhadap politik atas kehendak masing2, ada yg berpaksikan kepada keadaan semasa dan ada pula atas kesedaran masing2.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Liga Super 2012 dijulang di Kota Bharu
Artis banyak mempengaruhi peminatnya dlm berpolitik, jika kena pada gaya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Liga Super 2012 dijulang di Kota Bharu
penhijrahan tukan suatu yang bagus
klu hijrah tapi nk memcah belah kan sesame islam tu pun tak jadik juga. hijrah tetap hijrah tapi sepatutnya makin kuat perpaduan . klu masuk parti cerca parti tu parti ni yang seagama sebangsa pulak tu itu bukan hijrah kpada kebaikan tapi tu hijrah x seimbang. kawan dan sahabat hijrah islam tu lebih kepada seimbang dari pelbagai sudut. sama2 kita belaja
aku takpaham dengan hijrah iwan dandut tu. dia tu dah hijrah ke islamik apepasal dia masih nyokong dan mahu perjuangkan dangdut yang rekrut budak ppuan . kan ppuan haram mnyayi dikayalayak ramai. sesame puan seagama pun makhruh hukumnya
bagusla artis semakin ramai yang berhijrah…satu petanda baik untuk negara kita..moga2 artis lain puk ikut sama..
Curahan rasa hidupbiarbest @ ..Kenali Iblis Laknatullah
Semoga akan bertambah lagi artis yang hijrah ke dalam kebaikan aamiin
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Pelayanan Keperawatan
Alhamdulillah ikut senang mendengarnya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Pelayanan Keperawatan
Sebagai seorang muslim bahwasannya bila mendengar ada yang hijrah kedalam kebaikan adalah mengucapkan hamdalah
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Pelayanan Keperawatan
Semoga niatnya dalam berhijrah hanya kepada Allah Ta’ala dan mengiktu sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Pelayanan Keperawatan
alhamdulillah,berhijrah tu sgt bagus…mmg disarankan.bukan hanya untuk artis shj insyallah
Curahan rasa Ikhtiar Shah @ ..Isu Hantaran Dan Kos Perbelanjaan Majlis Perkahwinan
hidayah di tgn Allah…
jgnlah dinodakan dgn politik…
irma bertudung labuh? allahuakbar… suka tgk gambar kawin dia 😉
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Gambar baby Hanie – 8 bulan
mmg aku tabik org yg berhijrah!
Curahan rasa Master Zuheir @ ..DenaiHati.com Tanya Income Blog Untuk Apa?
Kepada Mu ya Allah ku sembah dan kepada Mu ya Allah aku memohon portolongan, tunjukkanlah kami jalan yg lurus, jalan yang Kau diredhai bukannya jalan yang Kau sesatkan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Perbanyakkan amalan yang baik dan berhijrahlah lagi ke arah yg lebih baik lagi, itulah yg seharusnya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Allah akan membuka pintu hati seseorang yg dikehendakiNya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Keperibadian seseorang Islam harus dipertahankan daripada diaibkan. Penghijrahan ke jalan Allah lebih mulia di sisiNya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Kehidupan di dunia ini hanya sementara, di akhir jua tempatnya yang kekal abadi selamanya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Comments are closed.