Goodbye 2010, Welcome 2011

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pejam celik 2010 kian melabuh tirai dan ini bermakna usia kita kian pendek dan semakin hampir dengan kematian. Hari terakhir 2010 sebaiknya kita gunakan untuk muhasabah pencapaian sepanjang 2010. Adakah 2010 lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya atau sebaliknya? Apakah pencapaian yang paling terbaik sepanjang 2010? Mungkinkah 2010 adalah tahun yang penuh cabaran dalam hidup?

Walauapapun yang berlaku sepanjang 2010 ianya tidak boleh diubah lagi kerana masa yang berlalu akan terus berlalu begitu sahaja. Jadikan semua peristiwa yang telah berlaku sepanjaang 2010 sebagai motivasi untuk jadi lebih baik untuk 2011.

Menjadi amalan apabila menyambut tahun hijrah dengan doa menutup tahun dan doa awal tahun. Untuk tahun masihi biasanya akan disambut dengan lebih meriah yang diisi dengan hiburan di sana-sini. Hiburan biasa disambut dengan secara bebas bercampur lelaki dan wanita dan akibatnya akan dapat dilihat 9 bulan ke depan di mana ketika itu banyak sekali kes buang bayi akan berlaku di seluruh negara. Semuga kita bukan sebahagian daripada mereka.

Kepada yang gagal pada tahun 2010 jangan terus kecewa insyallah 2011 adalah tahun kejayaan. Yang paling utama perlu dilakukan bagi yang gagal adalah untuk mencatatkan perkara-perkara yang menyebabkan kegagalan yang mesti diperbaiki pada tahun 2011. Untuk yang telah mencapai kejayaan sepanjang 2010 pastikan kekalkan atau menambahbaik kejayaan itu ketahap yang lebih baik.

GOODBYE 2010, WELCOME 2011 kepada semua pengunjung Denaihati semuga sambutan tahun baru diisi dengan program yang bermanafaat.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

237 Comments

  1. Selamat tahun baru kepada tuan rumah. Saya berterima kasih kerana dapat enjoy entri dan komen disini.

    Cuma saya perasan tuan rumah pada penghujung tahun akan kurang kemaskini kerana sibuk. Walaubagaimanapun 2011 tentu lambaran baru yang menanti semua orang diluar sana menjadi lebih baik 🙂
    Curahan rasa akubiomed @ ..Proses naik taraf versi WordPress di cPanelMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!