Hijrah Artis Malaysia

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, alhamdulillah setiap hari ada sahaja berita hijrah artis lelaki dan wanita Malaysia. Yang terbaru giliran Sharifah Sofia berhijrah. Baru-baru ini seorang Ustaz sahabat lama bercerita suatu maghrib beliau berkongsi ilmu di sebuah surau di Gombak.

Ada seorang pemuda berserban duduk di hadapan mengadap beliau. Jemaah yang lain seperti biasa duduk dibelakang bersandar di dinding dan tiang. Selepas majlis pemuda tersebut datang bertanya samada ustaz kenal beliau ke? Ustaz dengan pantas menjawab tak kenal.

Rupanya pemuda tersebut suatu masa dahulu terkenal sebagai penyanyi dangdut tersohor. Ustaz cakap tak masuk TV manalah nak tahu.

Hijrah Artis Malaysia

Selain penyanyi dangdut ramai juga penyanyi rock yang telah berhijrah penjadi pendakwah antaranya mael xpdc yang sekarang anaknya belajar di Madrasah An Nuur, Muar. Sejak tahun 1970 an sudah ramai artis Malaysia yang berhijrah tetapi tidak diumumkan dalam media masa seperti sekarang.

Sekadar pendapat peribadi aku memang gembira dengan hijrah artis Malaysia tetapi kurang suka menggunakan platform politik. Politik ini banyak sepak terajangnya. Politik sentiasa sahaja berubah kepimpinan. Hari ini artis yang berhijrah menggunakan platform politik diusung ke sana-sini untuk meraih sokongan.

Penyanyi akan diangkat menjadi penceramah menyanyi ketika berceramah. Apabila berlaku perubahan kepimpinan maka artis tersebut akan diketepikan, dikutuk dan diangkat pulak artis yang lain. Politik memang begitu banyak liku-likunya bukannya lurus seperti kayu.

Hijrah Abby Abadi

Ujian hijrah itu sendiri sudah terlalu besar dicampur dengan ujian politik pasti lebih hebat. Walaubagaimanapun semua itu pilihan sendiri. Semuga yang berhijrah dengan platform politik akan dapat istiqamah seperti ramai artis yang berhijrah sebelum ini dan masih kekal dalam jemaah dakwah.

Dua hari sebelum majlis persandingan Irma Hasmie aku terserempak dengan beliau bertudung labuh bersama ibunya. Antara hijrah artis Malaysia yang terbaik daripada pandangan mata aku. Semuga rumahtangga yang dibina kekal sehingga ke Syurga.


Spread the love

212 Comments

  1. Dah ramai artis yang berhijrah ke arah kebaikan dan tidak semestinya masuk arena politik. Mereka insaf, semasa jadi artis segala urusan keagamaan sentiasa terabai akibat terlalu asyik berlakon atau menyanyi. lihat saja kisah Malik Nor dulu.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Mengapa Persie Tinggalkan ArsenalMy Profile

  2. pada saya, hijrah ke arah kebaikan, tiada masalah.. cuma mungkin ade yg tersilap, bila berubah ditarik ke politik… jadi kadng2 masing2 ingat, satu pihak je yg betul, sedangkan manusia mana ada perfect, nak2 lagi politik.. pendapat jer..
    Curahan rasa fiezaradzi @ ..Bila Takhta BertukarMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!