Assalamualaikum dan salam 1Dunia, alhamdulillah setiap hari ada sahaja berita hijrah artis lelaki dan wanita Malaysia. Yang terbaru giliran Sharifah Sofia berhijrah. Baru-baru ini seorang Ustaz sahabat lama bercerita suatu maghrib beliau berkongsi ilmu di sebuah surau di Gombak.
Ada seorang pemuda berserban duduk di hadapan mengadap beliau. Jemaah yang lain seperti biasa duduk dibelakang bersandar di dinding dan tiang. Selepas majlis pemuda tersebut datang bertanya samada ustaz kenal beliau ke? Ustaz dengan pantas menjawab tak kenal.
Rupanya pemuda tersebut suatu masa dahulu terkenal sebagai penyanyi dangdut tersohor. Ustaz cakap tak masuk TV manalah nak tahu.
Selain penyanyi dangdut ramai juga penyanyi rock yang telah berhijrah penjadi pendakwah antaranya mael xpdc yang sekarang anaknya belajar di Madrasah An Nuur, Muar. Sejak tahun 1970 an sudah ramai artis Malaysia yang berhijrah tetapi tidak diumumkan dalam media masa seperti sekarang.
Sekadar pendapat peribadi aku memang gembira dengan hijrah artis Malaysia tetapi kurang suka menggunakan platform politik. Politik ini banyak sepak terajangnya. Politik sentiasa sahaja berubah kepimpinan. Hari ini artis yang berhijrah menggunakan platform politik diusung ke sana-sini untuk meraih sokongan.
Penyanyi akan diangkat menjadi penceramah menyanyi ketika berceramah. Apabila berlaku perubahan kepimpinan maka artis tersebut akan diketepikan, dikutuk dan diangkat pulak artis yang lain. Politik memang begitu banyak liku-likunya bukannya lurus seperti kayu.
Ujian hijrah itu sendiri sudah terlalu besar dicampur dengan ujian politik pasti lebih hebat. Walaubagaimanapun semua itu pilihan sendiri. Semuga yang berhijrah dengan platform politik akan dapat istiqamah seperti ramai artis yang berhijrah sebelum ini dan masih kekal dalam jemaah dakwah.
Dua hari sebelum majlis persandingan Irma Hasmie aku terserempak dengan beliau bertudung labuh bersama ibunya. Antara hijrah artis Malaysia yang terbaik daripada pandangan mata aku. Semuga rumahtangga yang dibina kekal sehingga ke Syurga.
212 Comments
dah hijrah tu harap2 terus kedepan, jgn pandang belakang lagi
Curahan rasa drsuri @ ..rawatan alternatif di shah alam
Shukur alhamdullilah mereka-mereka terbuka hatinya mendekati kepada Allah. Ameen
wah nampaknya sekarang lagi musim hijrah.
lama tak kunjung denai hati, makin top
Curahan rasa abc123456785 @ ..Scan IP address & Website for exploits, malware, other malicious threats
Kehebatan seorang artis di atas pentas dan bertukar kepada ceramah politik bilaha berpada-pada, takut nanti ada yg ramai tersalah tafsir,
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Liga Super 2012 dijulang di Kota Bharu
Penghijrahanlah ke arah kebaikan, irulah yg dituntut oleh Nabi Junjungan kita Rasulullah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Liga Super 2012 dijulang di Kota Bharu
Seseorang artis mampu mempengaruhi peminatnya dan masyarakat utk sertai mana2 parti politik jika kena pada gayanya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Liga Super 2012 dijulang di Kota Bharu
Tanamkan satu amalan yg mulia pada diri seseorg artis supaya peminatnya akan mengikutinya dgn betul tanpa apa2 tindakan yg melangakaui batas2 yg normal.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Liga Super 2012 dijulang di Kota Bharu
Pemerintah atau pembangkang perlu memastikan artis itu benar2 mengikut ikhlas dlm penghijrajannya supaya tidak berlaku sesuatu yg lari drp perjuangan asalnya utk berbakti, tanpa apa2 prajudis.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Liga Super 2012 dijulang di Kota Bharu
Bila berpolitik, seseorg artis itu perlu tunjukan nilai2 yg murni dengan ini, peminat akan tertarik terhadap mereka dan dgn ini akan meningkatkan kualiti pendidikan ke arah kesejahteraan dan keamanan dlm negara tanpa ada apa2 tindakan yg akan menganggu gugat kemakmuran negara.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Liga Super 2012 dijulang di Kota Bharu
Peranan dan pengaruhnya terhadap peminat dan masyarakat bukan satu tugas yg mudah, perlu bertanggungjawab dan mesti hebat menyampaikan sesuatu isu supaya tidak melanggar undang2 negara.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Liga Super 2012 dijulang di Kota Bharu
Peranan artis terhadap masyaraka amat penting utk menarik peminatnya sama2 berbakti, ini memberi artis itu sendiri satu tugas yg amat mencabar.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Liga Super 2012 dijulang di Kota Bharu
Niat yang ikhlas utk menabur budi pada masyarakat, jangan hanya melepas batuk ditangga.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Liga Super 2012 dijulang di Kota Bharu
Seseorang artis yg ingin masuk berpolitik memerlukan seseorg itu betul2 serius yg benar bersedia dan bertanggungjawab apabila diberikan amanah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Liga Super 2012 dijulang di Kota Bharu
Ada artis yg cenderung ke pemerintah dan ada juga ke pembangkang, ini satu perkembangan yg menarik, mereka berhak memilih arah tuju masing2, negara ini adalah negara bebas, berhak memilih apa yg difikirkan sesuai dgn naluri masing2.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Liga Super 2012 dijulang di Kota Bharu
Rakyat di nagara ini diberi hak utk memilih di mana hendak mereka tuju kearah mana yg difikirkan sesuai.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Liga Super 2012 dijulang di Kota Bharu
Comments are closed.