ADAMAYA sana sini orang bercakap
Sana sini peminat ADAMAYA bercerita tentang kisah Adam, Maya dan Dani yang sedang dditayangkan di TV3. Di dunia siber pun ramai sungguh blogger yang membawa cerita tentang ADAMAYA. Baru semalam baru aku tahu mengapa teman kita Mohd Isa begitu kecewa apabila blog beliau yang boleh download cerita ADAMAYA ada masalah dengan hostingnya. Rupanya blog Mohd Isa tersenarai ranking no 1 di google untuk keyword ADAMAYA. Bukan mudah tu nak dapat ranking no 1 di google tu. Dan yang tak kurang menarik juga majoriti yang tersenarai top 10 di google untuk keyword ADAMAYA ni adalah blogger yang dikenali. Tahniah untuk semua.
Aku sempat tengok episod pertama ADAMAYA dan selepas tu memang tak pernah ada kesempatan kerana waktu tayangan memang tidak sesuai dengan jadual aku. Kalau aku nak tengok ADAMAYA pun hanya ada satu sebab je iaitu LISA SURIHANI. Dulu aku minat dengan Nasha Aziz tapi entah bila pulak aku mula minat dengan Lisa Surihani. Tapi sekadar minat tengok lakunan mereka yang bersahaja itu pun sesekali sahaja.
Selamat menonton kepada semua peminat ADAMAYA. Kepada yang tertinggal klik je google dan masukkan keyword ADAMAYA ada banyak blog yang menyediakan perkhidmatan download slot ADAMAYA. Ada juga blog yang menyediakan episod akhir ADAMAYA untuk ditontoni.
[ad#advertlets336]
